Mee Udang Kuala Sepetang


Assalamualaikum......


Cuti di kampung halaman harusla dimanfaatkan sebaik mungkin. Betol tak uolls?? Hari ni aku nak pegi jalan-jalan cari makan Mee Udang Mak Jah yang femes & meletops tu kat Kuala Sepetang....So sepetang ni je, xde dah petang esok ke lusa ke...hahaaa...

Jom kita layan......

Kampung kite banyak pokok vungee uolls!....Nyaman je

Budak kecik tu, Like a boss!

Ermm...sedap sangat ke mee udang Mak Jah ni sampai Mak Bedah, Mak Temah sume xleh nak caras??...keh3...Kat KL dulu dah terngiang-ngiang dah nak pekena mee udang ni disebabkan mee udang yang dekat ngan ofis tu cam hampeh kan....hahaa...


Ampa2 stanby na..mee oh mee....

Tapi disebabkan kedai Mak Jah tu memang sesak & full house sentiasa, kami pun pegi la kedai sebelah dia Kedai Anak Mak Jah. Tak dapat mak, anak dia pon jadilah...


Jom terjah!

Ketua rombongan, achik yang steady kacak! Ape rahsia eh?? hahaa
Tu....dia aih udang2 bak ang!
Selain mee, ade jugak bihun udang, kuetiaw udang & nasi goreng udang.

Mai tambah tambah!
Hambik hang hampas hampagas sume...

Sapa-sapa nak mai, ni alamat dia.. GPS pon hade...


Mee udang Anak Mak Jah,
Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Taiping
34650 Taiping, Malaysia
Tel No.: 05-8981400/ 012-2931101/ 017-4695026
GPS : N4 50.316 E100 38.025



Lepas dah kenyang, lepak2, meh jalan2 ke Hutan Paya Laut Matang. 
Hutan ni merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia.  Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.



Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.

Peace yaw!
Camou jadi pokok bakau ;p
Pokok bakau akar jangkang...unik nih!

'Bird watching' pun boleh kat sini coz macam2 spesies burung ade.



Hutan ni ada macam-macam tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. 

Dengan budak encem, Mirza.
Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau. Nak sewa chalet pun boleh jugak kat tengah-tengah hutan ni untuk kursus ke kem cuti sekolah ke.


Lepas dah jalan lebih kurang 30minit sampai dah kat hujung tasik. Berpeluh-peluh habis. Beware kat tasik tu ade buaye miang!....miahahaa


In a nutshell, memang terbaik ah jalan-jalan cari makan kat Kuala Sepetang ni. Oh mee udang yang enak & dapat relakskan otak beriadah tengok pokok-pokok yang hijau kat Hutan Paya ni. 


Kchow! XOXO



Comments

  1. Replies
    1. owh yeke..penat gak jalan sepanjang titi tu kan...hehe

      Delete
  2. Wah, udang penuh dalam mangkuk tu. Yumm... studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Alaa.. rugi nyer... hari tu pergi makan mee udang mak jah yang sedap tu jer.. tak tahu pulak ada hutan paya laut matang nie.. sayang betul la.. cuba tgk entry ni jika ada masa.. :D http://timetravelafif.blogspot.com/2013/10/pulau-pinang-part-7-shopping-di.html

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak