Review filem : Captain Phillips


Assalamualaikum....


Baru-baru ni sempat pergi menonton movie Captain Phillips.. 

 Jom review filem hebat ni.


Sebuah filem yang padat dengan drama dan aksi thriller ni mengisahkan mengenai perjuangan Kapten Richard Phillips, dari kapal Maersk Alabama yang mengangkut kargo sebesar 17.000 ton dengan 20 orang anak kapal, dari Oman menuju ke Mombasa, Kenya melalui perairan antarabangsa yang kerap menerima ancaman daripada lanun. .

Muse & the geng sedia memeras kapal kargo dengan senjata mereka
Filem ni berdasarkan kisah benar kejadian rampasan kapal oleh sekumpulan lanun dari Somalia. Rampasan kapal kargo Amerika, MV Maersk Alabama yang berlaku pada tahun 2009 itu merupakan kali pertama sejak 200 tahun.


"Kapal ini tiada apa. Kami bawa makanan. Untuk mereka yang lapar di negara kamu."


"Ya, kapal besar datang ke negara kami. Mereka datang bawa makanan. Kemudian mereka pergi dengan segala hasil bumi kami."


Nyawa seluruh penumpang kapal terancam, karena lanun2 ni dengan bengisnya menyatakan bahwa mereka tidak takut untuk membunuh siapapun yang berani melawan. Apa yang akan terjadi pada kapten & anak kapal Maersk Alabama? Mampukah Kapten Phillips menyelamatkan dirinya dan juga semua penumpang kapal tersebut?

Pihak tentera cuba berunding bagi menyelamatkan Kapten Phillips

Sebelum filem ni dihasilkan, kisah ini juga pernah diangkat ke dalam sebuah buku berjudul A Captain's Duty: Somali Pirates, Navy SEALs, and Dangerous Days at Sea oleh Richard Phillips bersama Stephan Talty yang diterbitkan pada tahun 2010.

The real Captain Phillips
In a nutshell, filem daripada pengarah trilogi “Bourne” Paul Greengrass dan aktor Tom Hanks ni sangat memukau. Adegan terbaik dari “Captain Phillips” tersimpan di babak2 akhir yang sangat berdebar & mencemaskan. Bersiaplah untuk menangis, sedih, sebak dan sekaligus terharu. Filem terbaik penutup tahun 2013


Rating : Sangat puas hati - 9/10


Nah trailer movie ni!



Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS