Jalan-jalan Perak


Assalamualaikum....


Hari ni kami dalam perjalanan merentas KL-Perak-KL 
dalam masa 24 jam...hahaa

Are you ready guys??!

Mereka kata aku havoc jadi aku mungkin havoc... ;p

Perjalanan hampir 3 jam setengah, kami sudah sampai di Lumut. Lepak di jeti Pulau Pangkor sambil menikmati pemandangan kapal-kapal.

Jangan tiru gaye sopan aku! hahaa

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia...
Kan gua dah cakap gua Havoc2!...

Kalau aku kaye, dah beli sebijik kapal nih..keh3...
hey hey hey...

Dah lame gua simpan hasrat nak bergambo di sawah padi....
Tak dapek pegi tongah2, tepi2 pon jadilah...hehehh


Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kita ke Teluk Intan pulak melawat Menara Condong. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun dah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh lagi tau.

tolak skit nak kasi tegak!
Dulu2, Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. 


Dengan konsep 'Pagoda' struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.



Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut. 

Bangunan ni didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.




Kini, menara ni berstatus sebagai menara condong kedua di dunia 
selepas Pisa di Itali. 


Kbye!












Comments

  1. Awww bestnye! Nape x naik menara condong tuh? Heheee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm x sempat nak naik.. next time klu sampai sini lg mmg akan naik sampai atas...hehee

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS