Mueeza, Kucing Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W



Assalamualaikum....


Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya.

Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong bahagian lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan menunduk kepalanya kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali.

Kucing munchkin kaki pendek
Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Kucing British Shorthair
Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai," (HR. Bukhari).

Kucing muke sedih tapi comey!


Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.



A street cat named BOB






Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS