Backpacking ke Kota Singa!



Assalamualaikum.....






Hai ape khabar uolss?... Harini aku nak story pasal trip aku backpack ke Kota Singa hujung taon lepas. Ape yang bestnyer trip kali ni, mak aku pon nak tumpang sekaki. Seriusly??? 



Asyik engko jer berjalan kehulu -kehilir, mak pon nak ikut jugak! Teringin nak jalan-jalan pergi obersea. 

Serius ke mak nak ikot ni?? Orang nak pergi enjoy berjimba dengan member2 ni nek roller coaster bagai kat USS tu...

Yelah betul mak nak ikot. Mak tengok je la ko main nanti... hehee ;) Cute je mak aku ni! ;)



Plan asalnya ramai jugak member yang aku hajak. Last2 tinggal berempat je.. ok la tu senang nak gerak.


26 Disember 2014, Jumaat 11pm

Aku memang dah plan nak naik keretapi je terus dari KL ke Woodlands. First memang nak amik katil tapi masa aku nak beli tiket kat KL Sentral, dia cakap yang katil dah habis.... T____T


So kalau korang memang dah plan nak amik yang katil, kene beli tiket cepat2 sebulan sebelum tarikh tu. Yang tempat duduk pon tinggal beberapa seat je. Tapi masa aku nak beli tu, tiket untuk balik dari Woodlands ke KL tak de lagi. Esok baru ada. Aku pon cuak2 jugak nak beli ke tak tiket pergi je coz takut tiket habis. Memang tiket selling fast mungkin sebab cuti sekolah. Pastu aku decide beli je dulu tiket pergi sehala.

Esoknya aku datang balik pagi tu, nak beli tiket balik. Pastu akak kat kaunter tu cakap, kenapa beli semalam. Pastu kitaorang cakap la coz takut habis kan. Kalau beli tiket asing-asing, harga dari singapore memang mahal. SD36+5 train charter... aku cam perghhhhh! Mana kitaorang nak tau.. akak kaunter semalam tu tak cakap bagi habis, dah la kitaorang dok blur2! Harga jadi 2 kali ganda bek nek flight je kot! T___T


'Pastu kitaorang tanya leh refund tak kak?'

 'Boleh dik tapi dapat 75% je'...

'huhuu... Ok boleh lah daripada kene bayar 2x ganda'.

Tiket sehala RM 34, refund 75% so dapat balik dalam 25.50. So kene top up balik dalam RM8.50.

 So dapat tiket pergi balik KL-Woodlands RM68. (RM34 pergi dan RM34 balik)



Train aku gerak dari KL sentral pukul 11 malam. Sepanjang dalam train tak boleh tido sangat pon. Lampu dia terpasang jer.. Cerah sangat. Nasib aku ade beli travel pillow kat daiso ni RM5 je.. Selesa la sikit. Dulu dah merasa tido tegak jer dalam bas mase travel g Krabi, Hadyai & Perhentian dulu, memang sakit leher & sakit belakang.... hahaa...


Dalam pukul 6.30 pagi dah sampai kat JB Sentral. So kat sini semua kene turun untuk pemeriksaan Imigresen & Kastam.


Lepas dah check semua masuk balik dalam train. Dalam 10 minit lagi sampai la ke Singapore. Masa ni aku sempat roger member aku yang keje kat Singapore.
Dia memang ulang alik dari JB so kitaorang jumpa kat stesen bas.

Mak dah eksited dah sampai Singapore!
Woodlands
Dah sampai kat stesen Woodlands kene check passport & barang lagi sekali. Kat sini tak boleh amik gambar sebenarnye... Ni pon snap skali pastu kene tegur ngan pegawai... hahaa..

Map Singapore MRT

So dari Woodlands nak ke MRT station kene naik bas. Nasib baik ade member kat sini kalau tak aku pon blur2 nak naik bas ape ke stesen MRT ni. Tiket bas SGD1.10. So kitaorang naik bas sama2 coz member aku pon keje dekat2 situ jer.. Sempat la jugak bertanya khabar coz dah lama tak jumpa... Thanks Zack teman aku naik bas! ;)


Bila dah sampai kat MRT Woodlands station ni, jangan lupa amik map kat kaunter dia. So senang nak plan route korang nanti. Pastu kitaorang g kat ticket machine untuk beli tiket ke Little India SGD3.30. Dari Woodlands ke Little India boleh tahan jauh gak lebih kurang 1 jam pon ada dan dalam masa perjalanan tu kena interchange kat Dhoby Ghout station.


Aku dah study skit2 pasal map MRT ni before gerak. Aku decide nak stay kat Little India coz aku nak ke USS. So kalau dari little India, train akan straight je ke stesen Harbourfront. Senang sikit dari aku stay kat Bugis @ Lavender kene tukar2 train.

Dah sampai kat Little India kitaorang pon jalan kaki lebih kurang 10-15 minit cari hostel backpackers. Kate pon backpack so memang nak cari hostel jer.. Kalau hotel cam mahal sangat. Aku memang nak walk in je coz kalau dah book awal2 takut hostel dia jauh dari mrt.

Ade jumpa Backpakers Inn Hostel. Cantik jugak tapi tak de orang jage kat kaunter. Pagi lagi kot kitaorang sampai dalam pukul 9.00. Nak tunggu orang tu lambat sangat, kitaorang cari hostel lain la...


Pastu terjumpa Hostel The Inncrowd 


 Harganye SGD22 per head. Memang dalam bajet la. Ini first time aku nginap kat hostel backpackers. Setiap bilik disediakan katil double deckers.

Alamatnya :
The Inncrowd (Backpackers Hostel Singapore) 
73 Dunlop Street
Singapore 209401
(Historic Little India Conservation District)

Tel : (65) 6296 9169/(65) 6296 4280
Site : www.the-inncrowd.com
Email: reservations@the-inncrowd.com

Keistimewaan:
- Free Breakfast
-Free Lockers
-Free Wireless Internet
- Free Guided Tours


Breakfast di sini disediakan juga iaitu telur rebus, roti, air teh , kopi dan beberapa simple breakfast yang kena dengan bayarannye la. Kalo nak makan mewah korg kena gi makan luar la. Satu perkara lagi ialah bila dah dikatakan hostel backpackers ni takde istilah korg nak privacy ke nak bilik sorg ke. Bila korg book hostel backpackers ni korg akan satu bilik atau boleh dikatakan campur dengan minah atau mamat bacpackers yang lain yang datang dari seluruh dunia. Tapi kitaorang nak bilik ladies only la..


To be continued.....






Comments

  1. Jemput join segmen http://primrosebunga.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya boleh jalan kaki dari Woodlands Train Checkpoint ke stesen MRT terdekat iaitu Marsiling. Jalan tak sampai 1 km je. Boleh rujuk catatan di travel blog saya (KembaraGD) http://kembaragd.blogspot.com/2014/04/07-hingga-09-mac-2014-kembara-sendiri.html.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. wahh bestnya. saya dulu pergi USS, naik bas dari Johor je, direct masuk situ. ni best juga travel2 dalam singapore.. teringin nak tengok cara hidup diorang. ehhehehe best sangat tengok mak awak join backpacker ni.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya.nak ambil train ke woodland dri kl mcm mna ya?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya.nak ambil train ke woodland dri kl mcm mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawab ye sbb mmg tgh buat planning ke singapore ni :)
      fyi..skrg dah xde direct train dari kl je woodland..so dari kl ambik train ke jb sentral..and dari jb sentral ambik shuttle train ke woodland (Rm5)..kalau train dah tak available..blh jugak ambik bas ke woodland..blh refer website ktmb utk jadual train

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Lily imani,so kalau 2016 masih ada shuttle train to woodland kan?

      Delete
  6. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Anda tercari-cari syarikat penghantaran antarabangsa yang murah dan cepat? Viabox adalah jawapannya. Viabox menawarkan servis penghantaran yang cepat kerana barangan diproses dalam masa satu hari sahaja. Layari www.viabox.com sekarang.

    ReplyDelete
  7. halo ka informasi yang menarik, ka budget yaang paling minim berapa ya kalo mau jalan2 ke singapura

    ReplyDelete
  8. boleh saya tahu macam mana nak pergi ke uss menggunakan perkhidmatan bas/train dari segamat/johor bahru?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS