Aiskrim Pasu Bunga
Assalamualaikum...
Beberapa minggu lepas, aku join treasure hunt company dari KL ke Melaka. Malam tu amik angin, jalan-jalan ke Jonker Walk. Meriah, ramai giler manusia. Ala-ala Petaling Street kat sini. Pelbagai barangan dan cenderamata yang unik & agak rare di jual disini. Harga pun berpatut patutan.
Tapi ade satu bende yang menarik!
Apakah pandangan pertama korang bila tengok pasu kecik ni?
Dengan bende hitam tu macam tanah gambutnya. Sebijik macam pokok yang ditanam dalam pasu bunga. Kat jonker pon ade jual pokok bunga kecik2 macam kat Cameron tu ke? Ape ke hell nak heran?? ;P
Plants Ice-cream |
Ni la Ais krim dalam bentuk pasu bunga. Bole pilih pelbagai perisa aiskrim.
Pastu diletakkan orea crumb kat atas. Sedappp! Tu yang macam tanah gambut tu.. hehe.... Pastu letak daun pudina untuk effect macam tanam pokok bebetul. Jangan lepas makan aiskrim ni, tumbuh pokok dalam perut sudah?! lol ;p
Harga RM 5.00 untuk pasu kecik, RM7.00 untuk pasu besar.
Kalau nak cari souvenir, keychain, fridge magnet, dan pelbagai lagi boleh datang kat Jonker Walk ni!
Kbye!
memang sedih hari tu pegi melaka tak jumpa benda alah ni.
ReplyDeletewah bestnya. Kawan ad sorg stay Melaka. Nnti nk suruh dia ajak makan iseykrim ni lah ..huhu Harga pun takdelah mahal sgt. so so je XD
ReplyDelete(http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/01/last-payperr-sabarr.html)
saya yang duduk Melaka pun tak makan lagi..hahaha =)
ReplyDeleteooo menariknya o.o mesti orang ingat kita gila bawak pasu ke hulu ke hilir aahhahahaha
ReplyDeletesekali pandang macam kaktus pon ade..
ReplyDeleteArea Shah alam ada x eskrem ni
ReplyDeletesedap sangat
ReplyDelete