Part 4 : SkayCab, SkyDome, SkyBridge & SkyPos



Assalamualaikum....




Ahad, 29 Mac 2015, 9.00am



Harini sambung jalan-jalan lagi kat Langkawi! 
Kita ke Sky Cab di Gunung Mat Chincang!

But first lemme take a selfie! lol :p
Pemandangan indah puncak gunung dari bawah!

Sebagai warganegara, korang bolehlah menikmati harga tiket 1Malaysia RM20. hahaa... Sebelum ni tiket RM15 jer, tapi dah naik sejajar dengan pertambahan aktiviti iaitu SkyDome yang baru je dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1 September 2014.


Dari kaunter masuk, kitaorang terus dibawa ke SKYDOME yang bernilai RM1.53juta! Apa ada dalam ni? Macam ala-ala kat planetarium negara jer! Ada kerusi yang sedikit menyandar dan ada layar gergasi. Kene melangut ke atas tengok screen dia.


Rasa teruja jugak sebab tempat ni merupakan yang pertama ada Skydome di Asia. Tujuan dibina untuk mengurangkan kebosanan semasa menunggu. Persembahan pun tak lama, 10 minit je. Keistimewaannya, ada 12 projektor, boleh tengok 360 darjah dengan imej 3D. Kesimpulannya, pening la tengok persembahan 3D ni. hahaaaa.... :p


Nah tengok pening tak pening!


Lepas dah layan Skydome tadi tu, terus naik cable car. Disebabkan orang pon tak ramai sangat, tak de la tunggu lama! hehee


Kat sini korang boleh teropong view sekitar geologi Gunung Machincang yang unik.

Tu dia bak ang, the face of Mat Chincang! Muka dia tengah baring! Tu dahi, hidung & dagu dia!


 Kalau dapat tergantung lama kat kabel car ni mesti lagi best sebab tak puas nak tengok pemandangan hutan hijau dan batu yang berusia lebih 550 juta tahun ni! hahaa...

 Pastu cuba adjust tingkap cable car tu & feeling angin sejuk yang sangat segar. Fresh!


Sedang menikmati perjalanan sejauh 1.7km, pada ketinggian 650m dari paras laut. Wooo gayat!

Apa dia la yang depa ni dok teropong tuh! hahaaa
Tahun lepas aku datang sini semata nak naik Jambatan Gantung! Tengok2 jambatan tu tutup! Kuciwa! Tahun ni baru dia bukak balik setelah hampir 2 tahun terbengkalai! hahaa...

Tu dia skybridge!

Jambatan Gantung Panorama Langkawi yang merupakan antara jambatan paling menggerunkan di dunia telah ditutup hampir 20 bulan kerana kelewatan dalam mendapatkan dana dan perunding luar untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Penutupan tu mengecewakan kebanyakan pelancong sama ada di dalam mahupun luar negara yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas jambatan gantung sepanjang 700 meter di atas paras laut dari Gunung Mat Chinchang.


Tak rugi dan sangat berbaloi naik SkyCab ni. Tak perlu susah-susah nak mendaki gunung, dah boleh sampai atas puncak dan menikmati pemandangan indah! hahaa...


Dak teropong!
#followmeto

A pair of binoculars! lol :p

Behind the scene! 
Nak jugekkk follow me to! hahaaa

Disebabkan escalator nak pergi ke jambatan gantung tak siap lagi, maka semua pelawat nak tak nak kena berjalan kaki, jungle tracking sikit dengan jarak 400 meter. Mengambil masa 20 minit gak nak sampai jambatan. Sebelum tu, nak masuk kena bayar dulu RM 5 dan jangan lupa beli air sebabnya perjalanannya cukup memenatkan bagi orang yang jarang bersenam. 


Mula-mula tu turun bukit pastu naik bukit yang agak curam lebih kurang 60-80 darjah. Memang confirm akan berpeluh, baju, seluar dan kasut mungkin akan kotor. Kadang-kadang kesian gak tengok makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek pun ada yang cuba gak nak pegi tempat ni.


Maka di nasihatkan supaya korang tak yah nak vogue pakai heels berwedges bagai. Fuhhhhhhh, mencabar jugak perjalanan dia! Baru ingat konon2 nak bersara dari dunia hiking lepas turun dari Kinabalu haritu! lol .. Korang pakai tshirt sudah & spek mata gelap wajib! hahaaa...


Budak ni terer gak hiking! Mak bapak dia dah mengah nak panjat tangga dah! hahaa...


Ahhh sampai jugak kat sini akhirnya! SKYBRIDGE (World’s longest curve suspension bridge)

Peluh jantan  ehh menitik! hahaa


Cantiknya gila pemandangan!.. Cantik yang amat sangat dengan hutan hijau dan jurang di bawah, batu-batu gunung di kiri kanan, lautan dan pulau di hadapan, langit yang putih kebiruan di atas, pastu angin sejuk yang kadang-kadang bertiup kencang. Whoahhh!


Believe it! Tu jer tiang yang dipanggil pylon yang support jambatan nih!. Tetiba rasa kalo buat bungee jumping kat sini pun macam best kan?  hahaaa...


SkyBridge sepanjang 125 meter ni dinobatkan as the world’s longest curve suspension bridge, memang rasa goyang goyang bila angin tiup kencang. Ianya tergantung 100 meter dari dasar & di support oleh sebatang tiang pylon setinggi 82 meter sahaja. Sesiapa yang ada masalah kesihatan, sakit jantung, high blood pressure dan seanteronya memang diberi amaran awal-awal kalau nak pergi kat jambatan ni. 

Amik gambo ngan budak kecik tadi! Cute jer!

Breathaking view!


Jambatan ni dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang diangkut menggunakan helikopter.


Ade macam Machu Pichu tak gunung kat belakang tu? #verangan lol

Thorbaekkk!


Kat laluan jambatan ni, ada laluan kaca lutsinar, boleh tengok jurang dalam kat bawah. Cuba la berdiri kat kaca tu, rasa macam nak jatuh pun ada. 

Muka bajet cool! Padahal gayat woooiii!
Kalau pecah kaca tu... ermmmm terjunam le aku! lol

TriAdvisor- laman web penggembaraan terbesar dan terkemuka dunia - menyenaraikan Jambatan Gantung Langkawi sebagai antara lima jambatan gantung paling menggerikan di dunia.


Sedang meneropong di celah-celah hutan, kot2 la ade jejaka sado sedang hiking naik gunung ni! bhahaaa... :p


Tu dia main jump-jump pulak kat sini... bergegor jambatan oi! hahaa


Sedang recce bayroute nak ke Thailand! hahaa...

Follow me me me too......
Tadaaaaa!

Kat sini ade lagi satu benda yang menarik! Ada Skypos! Ni peti pos yang pertama kat Malaysia yang ada kat atas Gunung! Yang kedua, baru-baru ni dia letak peti pos kat Gunung Kinabalu! Kat Kinabalu haritu aku dah pos untuk diri sendiri , skang nak pos dari Gunung Mat Chincang pulak! hehee;)


Korang2 yang ingin menghebahkan kepada rakan-rakan yang korang dah sampai kat sini boleh la hantar poskad dari atas gunung ni. Setem & poskad memang ade jual kat sini!


Poskad2 ready untuk dipos! :)




Gudbye Skybridge!


Kelihatan Air terjun Telaga Tujuh dari Gondola Kabel Car



Done my bucket list #62 nak naik Skybridge! hahaa

Senarai Baldi Saya




So jangan lupa naik Langkawi Cable Car kalau korang plan nak pergi Langkawi ok!




Previous entry :








Comments

  1. cantik...i pergi dulu tak sempat naik sebab bawa anak2 kecil heheh macam malas nak tunggu...dapat tengok gambar awak ni dah best gak rasa mcm dah naik ;-)

    salam kenal...

    blog updated : http://bitttravel.blogspot.com/2015/04/coloseum-roma.html

    ReplyDelete
  2. wahhh, dah ada skypos! :D nampak sgt lama dah tak pergi, ke ada je dah dulu tp sy yg tak perasan. hehe. :D dalam gambar yg dahi, hidung dagu tu kan, dia ada halkum sekali ea? hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.... Best nyerrrrr..!!! Mmg awesome.. Insyallah will be there soon.. Dlm malayia langkawi jer yg belum dijejaki.. Tapi kalau gayat mau tersungkur atas lantai kaca tu hahahaaa..

    ReplyDelete
  4. dah lama ngidam nak naik bendalah nih...
    hajat xkesampaian lagi....




    =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, menarik coretan saudari! Sy ingin bertanya 2 soalan?
    1) teropong yg saudari dan rakan2 gunakan adakah ianya disewa atau dibawa?
    2)Tuan punya blog dah berkahwin ke blum?

    Terima kasih.

    syafiqbas88@gmail.com (reply di sini, bmbg x berkesempatan follow...kekangan tugas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Teropong boleh disewa sebelum nak naik cable car tu.
      2. Tn punya blog ni masih belum berkahwin

      Delete
    2. Tq sudi balas sy punya komen. Mcm mn nk ctct tuan punya blog if betul2 single?

      Delete
    3. Ok....akan cuba buka fb sbb dh lama sgt x buka...

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Cik Nadzirah, boleh sy th fb awk? Rasanya x jumpa....

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah