Ada apa dengan Bukit Saga??




Assalamualaikum....


Kali ni aku & the gang nak pergi hiking kat Bukit Saga.  Bukit ni terletak di kawasan perumahan Taman Saga, Ampang, Kuala Lumpur. Kat tengah-tengah bandar ni sebenarnya ada banyak je bukit untuk didaki. Ketinggian bukit ni lebih kurang 402 meter dari aras laut. 



Let's The Saga Begins!



Ni la starting point untuk ke Bukit Saga
Permulaan trek Bukit Saga adalah di Jalan Saga 28. Terdapat tangga kecil untuk menuju ke Bukit Saga. 


Aku pakai sandal jer coz nanti nak mandi manda kat air terjun so malas nak pakai kasut nanti basah! hahaa.. Korang nak pakai sandal pon boleh asalkan tapak dia grip.


Lalu kat kawasan kebun-kebun.


Kat point ni ada satu gerai makcik tu jual nasi lemak, buah-buahan & air.



Lepak dulu makan buah!


Lepas tu start trekking sehingga jumpa ke Tokong kecil, kat situ ada simpang ke Trek A, Trek B dan Trek C. Yang kitaorang lalu ni trek A kot. Kitaorang men redah jer! hahaa... Dia punya trek mencacak naik.


Peace yo!

Trek Bukit Saga ni memang tak bagi peluang kat korang untuk bersantai, dari bawah lagi treknya mencanak naik dan curam. 2-3 kali jugak kitaorg berhenti berehat untuk tarik nafas. Semput gak! hahaa


Lebih kurang 40 minit, akhirnya sampai dah kat Saga hill top!


Di puncak Bukit Saga ni dijaga dengan baik oleh Persatuan Pendaki Bukit Saga. Ada kemudahan untuk senaman dan beristirehat. Terdapat juga bekalan air kosong disediakan secara percuma. 

Main buai kejap!
Malu konon! puihhhh! ;p hahaaaa...

Kat sini ade banyak hammock untuk lepak-lepak! Syiokk!



The Saga continues!


Lepak kat Puncak Bukit Saga tu dalam setengah jam pastu kitaorg teruskan perjalanan ke Air Terjun lak. Kat sini kitaorang jumpa geng baru. Dorang la yang tunjuk jalan pergi ke air terjun.




Trek ni ok lagi. Santai-santai!


Trek ke Air Terjun mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Puncak Bukit Saga. Treknya yang agak curam dan licin serta perlu berhati-hati.
Perjalanan ke Air Terjun lagi mencabar, turun bukit, naik bukit, turun bukit , naik bukit, menggigil gak kepala lutut! hahaa


Dan akhirnya sampai jugak ke waterfall Sungai Putih! Meriah jugak dengan orang time sampai, hampir pack kawasan air terjun ni. Kalo nak bergambar kat air terjun ni memang kena gilir2 la sebab ruang limit. hahaa

Thorbaekk!
Ni la geng baru, Emy & Asz! Dorang ni sporting jer! Layan... hehee

 Lepas tangkap gambar je kitorg rehat dulu makan nasi lemak yang kitaorang tapau sebelum naik tadi! Pastu mandi la kat air terjun! hehee..


Syiokkkkk oooooo….. Aku rasa lebih kurang 1 jam jugak kitaorg melepak kat sini berendam! hahaa



Siap ada tempat teduh nak berkelah & hammock. Best jer brother tu tido! lol


Gigih panjat kayu balak ni semata nak tangkap gambar! hahaa ;p


Perjalanan balik laju gile nak follow si dak Asz & Emi tu! Dorang memang power! Bila dah lama tak hiking ni, memang semput la nak kejar dorang! Lutut dah ketaq & goyang bila turun tangga! hahaa

Saga Beirut

In a nutshell, trek bukit saga ni sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan tapak latihan bagi mengekalkan tahap stamina dan keupayaan diri. 






Comments

  1. lorrr dekat sangat dgn umah my aunt nih... tapi lutut semua dah berlemak² mampu ke ahkak panjat ni dik non huhuhu

    ReplyDelete
  2. Air tejun kena ikut trek A, B or C or sampai puncak then baru boleh gi air tejun ??? esok nak pergi so nak tau dia punya trek ke sana

    ReplyDelete
  3. hi babe, laa dekat sangat dengan rumah I . tapi I tak pernah tahu pun boleh trekking kat situ . hiks. I ingatkan Bukit Saga ni kawasan perumahan biasa je . sonoknyaaa. lama tak jungle tracking .

    ReplyDelete
  4. ampang ada bukit...wow, x sangka...
    nampak sersih dan selesa utk beriadah

    ReplyDelete
  5. Wahhh convenient nye tpt ni, tgh2 bandar .. must-visit ni..

    ReplyDelete
  6. hokey.. so green.. cik en di amnjung xde gunung yg tinggi.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Wowww bestnye.. nak g tapi xde geng plk.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Wowww bestnye.. nak g tapi xde geng plk.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Sayang nya, sekarang dah xtau apa jadi,sbb pembinaan lebuhraya SUKE.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat