PINOY TRIP : Part 4, Panglao Tour, Bohol!



Assalamualaikum



Day 4


10 Julai 2017, Isnin, 7.30 am



 Bohol - Hinagdanan Cave - Nova Shell Museum - Heritage church - Bohol Honeybee






Esok pagi, kami check out dari hotel di Oslob dan menaiki bot untuk menuju ke Bohol. Bayar tips kepada driver yang hantar kami dari hotel ke tempat bot, 100peso. Harga bot yang perlu dibayar, 1000peso seorang. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. 


Design bot kat sini agak unik!


Comfort Room aka CR! Tu sebenarnya adalah toilet! 'Open air' jer nak membuang air! Bila masuk CR tu, dia tutup separuh badan jer. Kepala terkeluar! hahaa



Di ufuk timur, air laut kelihatan begitu tenang!




Tiqa koh koh


Selamat tiba di Bohol!




Anak-anak kecil sedang bermain girang! Berbugil! Seksi! hahaaa



Musz aka kongkang with our unique boat!



Driver pick up kami di Alona Beach menuju ke Hillview. Tambang van 500peso. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Kami sampai di homestay pada pukul 1.45pm.


Sampai di Bohol, kami check in di Hillview - Holiday House di Dauis, Panglao untuk 3 hari 2 malam. Harga 5400peso. Seorang perlu bayar 1080peso. Homestay ni sangat selesa. Boleh cari di Airbnb. 


Petang tu, kami mengambil pakej berharga 1500peso untuk berjalan di sekitar Panglao dengan menaiki van . Tempat yang kami pergi adalah masuk ke dalam gua dengan air yang jernih di Hinagdanan Cave, melawat Nova Shell Muzium, heritage church, makan aiskrim yang sedap di Bohol Honeybee dan membeli barangan souvenier. Panglo Tour kami start pada pukul 2.15 pm sehingga 6.00 pm.



Masuk gua bawah tanah woi!


Harga tiket masuk gua beserta guide 100peso per pax.


Dapat tour guide dalam gua ni yang havoc! Macam-macam posing dia ambil gambar! Semua action kami buat, so amazing, wonderful! Kata dia lah! Padahal hasil gambarnya senget jer & blurrr! hahaaa. Tapi kami terhibur dengan kerenahnya!


Dalam gua ni ada air yang jernih! Mat salleh selamber je berenang dalam tu. Tengok macam dalam betul air dia. Nak tangkap gambar pula gelap. So celup-celup tangan jer.


This is so amazing bro! hahaaa
 

Kat sekitar gua ni ada banyak kedai souvenier. Rambang mata jadinya! hahaa.. Aku sempat beli :

Fridge magnet : 80peso
Keychain : 100peso
Selipar : 150peso
T-shirt : 280peso


Heritage church


Tetiba rasa berdebar pula masuk dalam church ni! hahaa


Terik betul cuaca petang tu!


Xue Li


Azele Lendzz



Nutshell


Tiket masuk ke Nova Shell Museum, 50peso per pax.



Macam-macam jenis cengkerang ada dalam ni. Yang sebesar alam sehinggalah sekecil zarah! Lawatan yang sangat berinformatif!


Kau bagaikan mutiara! ehhh ehh


She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore,
I'm sure she sells seashore shells.


Amacam terbelit tak lidah kome sume sebut seashell tuh! hahaa


Cengkerang yang berwarna-warni! Sangat cantik!


Next, kami ke Bohol Honey Bee.



Kafe hipsturr!


Selepas beberapa hari, ni baru sekali minum air sedap! hahaa



Beli air mango banana Smoothie! Harga 120peso.
  

Abam baker dunkel by Akim! Sape-sape yang nak order cookies, kek atau brownies yang sedap boleh pm tepi abam nih! Kasi promote! hahaa


Beli makanan kat souvenier shop 160peso, honey 100peso dan aiskrim melon 60peso. Kalau dah sampai sini, memang kene try aiskrim dia memang sedap dan lemak berkrim! Macam-macam perisa ada.




Total lost perbelanjaan hari ke 4 = 3650 peso per pax.


Esok kami nak buat aktiviti ekstrem yang menarik lagi mencabar kat Bohol ni! So adrenaline junkies stay tuned ok! hahaa








Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS