Bukit Botak 2.0
Assalamualaikum
Baru-baru ni aku nak pergi ke Bukit Sapu Tangan, tapi aku waze sampai ke tempat lain jadinya! hahaa.. So dah alang-alang sampai kat area Puncak Alam, aku pun lajak je la ke Bukit Botak. Ni kali kedua aku sampai kat sini.
Pendakian kali ni santai-santai jer!
Sekitar 10 minit perjalanan, anda akan tiba di kawasan pencangan TNB. Dari sini juga, pemandangan sekitar kawasan Puncak Alam sudah mulai kelihatan.
Steady bossku! |
Kalau dulu berat saiaa 60kg. Sekarang?
65?
Tak. Sekarang berat saiaa nak lupakan awaa... hahaa
Dab pose! |
Konspirasi pendaki gila katanya! hahaa
Panas lit lit bak ang! |
Kawasan Bukit Cherakah ini sangat redup kerana dilindungi oleh pokok disekeling.
Ingat nak turun ke kawasan kuari tu ikut jalan ni. Tengok la dia punya beratur nak tunggu turn tu bapak panjang! So kita ikut trek lain.
Lagipun ikut sini giler curam sebab dorang ikut batang paip! Gayat nak mati weyh! Aku tengok dari atas dah gerun sebab aku ni penggayat teruk! hahaa
Panas giler weh kat sini! Nasib baik ada topi! hahaa
So jom ikut jalan lain nak turun kat belakang tu!
Ku lihat hijau!
Jalan ni ok sikit dari ikut paip tu. Agak jauh sikit ke tepi. Tak curam sangat tapi still perlu turun berhati-hati gais!
Sampai bawah dengan selamat & pewai kepanasan! hahaa
Jom tengok apa yang ada kat bawah ni.
Terjumpa tasik kecik warna hijau! Teringat trip macam kat kawah Ijen! hahaa
The reflection! |
Kat sini panas giler gais! Habis sun burn suda muka iolls! uhukkk.. Kalau nak datang sini, better datang awal pagi selepas suboh tu. Masa ni nak dekat tengahari bahang dia boleh bikin gaduh! Tak tahan! hahaa
Korang punya tapak kasut pun get ready la diselaputi tanah liat tebal! Berat jadinya! hahaa.. Jenuh nak bersihkan nanti!
Dah jom balik sis! Tak payah nak lompat happy2 sangat! Aku dah penat nak mati ni kepanasan! hahaa
Ni pokok octopus katanya! Tapi memang unik bentuk dia.
In a nutshell, done Bukit Botak 2.0!
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!