Javatrip Part 4 : Gunung Bromo & Batok



Assalamualaikum


11 September 2018, Selasa, 5.00 am

Gunung Bromo - Gunung Batok



Gunung Batok adalah sebuah gunung yang terletak di Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2,440 meter di atas permukaan laut dan berada di antara empat wilayah, iaitu Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Malang. 


Gunung Batok terletak berdekatan dengan Gunung Bromo dan Gunung Semeru. Gunung ini merupakan salah satu gunung mati atau tidak aktif yang terletak di kawasan pergunungan Tengger. 

Puncak Gunung Batok

Pagi ni kami akan mendaki ke Gunung Batok & Bromo. Pewai & sakit kaki turun Semeru tak habis lagi semalam! Ohoiii.. hari ni nak kena mendaki lagi.:p 

Nak adventurous trip sangat kan?! hahaa


Konon pagi ni nak tengok sunrise dari puncak Gunung Batok. Tapi semua pun bangun agak lewat sebab penat tak habis lagi, so kami keluar pun agak lambat sikit. Sempat la tidur dalam 3-4 jam jer. Hajat nak tengok sunrise tapi matahari dah keluar dulu. hahaa


Tak pe hari ni katanya mendaki santai-santai jer. Sebenarnya, aku yang paling eksited nak naik gunung batok nih! Sebab aku dah tekad kalau aku repeat datang Bromo lagi, memang aku akan sampai kat puncak Semeru dan gunung Batok pula. 

So memang tak sangka dapat datang Bromo sekali lagi selepas dua tahun & semalam sampai kat puncak Semeru. Trip redah last minute kan! hahaa.. Sekarang aku nak naik ke puncak Batok pula.



Dalam banyak-banyak Kuda, kuda apa yang paling kuat?

Kuda lumba, kuda kepang?

Salah!

Habis tu kuda apa sayang?

Kudapat hatimu dan kusimpan di dalam hatiku! hahaaaa


Nanti lepas turun Batok, aku memang nak naik ke puncak Bromo lagi. Tu pun kalau larat la. Kita tengok dulu macam mana trek Batok ni. hahaaa


Pukul 6.00 pagi, kami sampai di kaki Gunung Bromo. Suasana memang sangat tenang dan damai! Angin pagi tu memang sangat sejuk! Semua pun memang sangat teruja trekking di lautan pasir yang seluas mata memandang!


Yeayhhh cahaya matahari baru nak memancar!

love!


Kat belakang aku tu la gunung batok! Gunung Batok termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. 

Dalam bahasa Jawa, batok ertinya "tempurung kelapa". Penduduk Tengger percaya bahawa Gunung Batok terbentuk dari tempurung kelapa yang ditendang oleh Resi Bima, seorang raksasa sakti, setelah gagal memenuhi syarat yang diajukan Rara Anteng untuk memperisterinya, iaitu Dewa Dewi bagi suku kaum Tengger.


“When you see someone putting on his Big Boots, you can be pretty sure that an Adventure is going to happen.”


“Sunlight! The most precious gold to be found on Earth.” 

― Roman Payne


We need to be reminded sometimes that a sunrise last but a few minutes. But its beauty can burn in our hearts eternally.

Awas temen-temen!


Belakang tu Gunung Bromo yang tersergam indah! Jauh weh nak menapak kalau nak ke puncaknya! haha.. Dekat dimata namun jauh dikaki! Kalau tak larat nak jalan boleh naik kuda.



Lautan pasir yang sungguh asyik!


Taman Nasional Bromo Tengger Semeru



Gunung yang berada di sekitar taman negara ni. Dari sini boleh nampak betapa curamnya jalur pendakian ke G. Batok!


Kami start mendaki lebih kurang pukul 8.00 pagi. Masa ni ada nampak beberapa orang juga tengah naik gunung Batok. Tapi dorang dah jauh ke atas.

Sebenarnya sangat jarang orang naik kat Batok ni. Sebab ramai yang lebih teruja nak naik ke Bromo. hahaa


Tio decide tak nak naik ke Bromo & Batuk. Dia hanya nak berehat di kaki gunung je sambil makan bakso, minum kopi dan layan view sunrise. Sebab kaki dia cedera. So kami yang lain naik ke Batok meninggalkan Tio. Mas Aji naik dulu diikuti oleh aku & Mas Irvan. Kemudian Lan, Abi & Fuzah menyusul di belakang.


Laluan bermula di belakang tandas awam, di mana pasir hitam rata berakhir dan laluan berdebu ke arah Batok bermula. 


Mudah untuk naik pada mulanya.  Selepas itu jalan berpecah menjadi dua, kadang-kadang tiga laluan yang sangat sempit dengan kecuraman sehingga 70 dan 80 darjah.





Masa ni masing-masing boleh ceria lagi. Sempat selfie2! hahaa







Masa kat sini trek dah semakin curam dan susah! Aku pada mulanya cuba ikut rentak Mas Aji. Tapi dia berdesup jer naik laju. Trek dia agak mengelirukan sebab tak tahu nak pijak dekat mana. Laluan yang orang depan pijak akan hilang dibawa angin kencang!


Dia punya trek curam tersangatlah gayat! Tak de tempat nak pijak dan berpaut!


Mendaki Gunung Batok adalah seperti mendaki bukit pasir yang halus macam kat tepi pantai tu! Kaki anda akan tergelincir di bawah sebagai debu yang berterbangan! Bila nak pijak tapi tak boleh pijak! haaa korang rasa macam mana? 

Rasa nak give up weh! hahaaa.... 


Rasa macam Batok ni lagi susah dari Semeru! Fuhhhh... Pasir dia sangat halus! Please mental jangan koyak! Aku bisik dalam hati! Semeru boleh sampai takkan Batok aku tak boleh sampai! Mental kena kuat ohoiii!

Come on!



So salah satu cara nak naik adalah kena berpaut pada rumput kering. Tapi rumput tu pun tak kukuh dan rapuh sebab bila pegang dia tercabut dari pasir! Aduhhhh... ni memang kerja gila la nak naik gunung Batok! Sebab ni la kot jarang orang naik Batok ni! Untuk yang hati kental jer yang boleh sampai puncak! hahaa

 Terasa macam nak patah balik tapi ni dah separuh jalan dah! Nak turun balik ke tak nak? Gimana ni sih? Masa ni aku dah buntu, Mas Aji dah jauh ke atas, Mas Irvan pula masih jauh di bawah dengan teman-teman yang lain! Aku pun chill dulu layan view yang sangat awesome dari tepi gunung! 



Tengok syok layan perasaan sambil tengok view, sekali aku dengar budak-budak kat bawah tu jerit! 

Nadz! Weh kami turun dulu! Dah give up! Tak larat nak naik dah! Ni Fuzah dah menangis terok!


Ahhh sudah! 

Takkan nak tinggal aku sorang-sorang kat sini! hampeh betol! Lepas tu Mas Irvan pun suruh dorang cepat-cepat turun pergi naik ke Bromo sebab nanti takut tak sempat pula. 

Fuzah dah menangis terok sangat sebab tak larat nak naik Batok! Hati tisu rupanya! Tapi sebenarnya dia gayat giler nak naik trek licin ni. Lutut dah menggigil sebab tergelincir tak de tempat berpaut! Trek Batok ni memang hardcore!

Memang terok la si Fuzah kena bahan dengan kami lepas ni. Tak sangka naik Semeru steady je, naik batok sampai menangis! hahaa

Mas Irvan pun cepat-cepat naik teman aku yang tengah lost trek! Dia pun cuba cari jalan untuk naik. Aku pun ikut jejak Mas Irvan, tapi asyik makan debu je la. Hahaaa.. Bertabahlah!


Baju yang bersih masa naik tadi terus kotor berdebu! Kepulan debu dia sangat tebal boleh bikin sesak nafas! Sampai terbatuk-batuk dek penangan Batok! Kami memang tak bawak penutup muka pun sebab tak tahu trek Batok ni macam mana. hahaaa


“When everything feels like an uphill struggle,

Just think of the view from the top.”



Jom layan video :


Pendakian ke puncak Gunung Batok mengambil masa sejam lebih dengan trek yang sangat curam, berdebu dan berpasir halus. 


Finally, sampai juga! Bersepai weh nak sampai kat puncak nih! Batok bukan biasa-biasa gais!



Kat hujung tu kelihatan kuil kecil


Dari puncak Gunung Batok, pemandangan yang tersaji begitu mengagumkan! Kawah Bromo terlihat dengan jelas dan juga kelihatan puncak Gunung Semeru dari kejauhan. Berbaloi-baloi makan debu! hahaa


Hanya kami bertiga je yang ada kat puncak ni! So sakan la ambil gambar! hahaa


”Jobs fill your pockets, but adventures fill your soul.”


Aku sebenarnya nak valet nama kat Puncak Semeru semalam. Tapi disebabkan angin yang sangat kencang, tangan pun menggigil dah macam kena parkinson sebab terlalu sejuk, so lupakan je la hasrat tu! So valet dari puncak Batok pon boleh! hahaa..


In a nutshell takes Semeru, Bromo & Batok!


Birds eye view of Bromo and the Tengger Sea Of Sand (Lautan Pasir)


Pasang airbag kat puncak sambil layan view! Memang terbaik!


“Adventure is worthwhile in itself.”


Dari atas Gunung Batok di ketinggian 2,440m, aku dapat lihat Kawah Gunung Bromo yang eksotis tanpa penghalang. Sungguh indah dengan latar belakang pemandangan dari pergunungan lain yang ada di kawasan ini. Tambahan pula, warnanya yang kontras dengan langit. Sempurna sudah pemandangan saat berada di puncak Batok. Asyik sekali!




“The best view comes after the hardest climb.”



Picture Kredit to Mr Photographer, Mas Irvan & Mas Aji! hahaa


Hello from the other side

I must have called a thousand times

To tell you I'm sorry for everything that I've done

But when I call you never seem to be home


“Travel far enough, you meet yourself.”


"It’s not the mountain we conquer, but ourselves." - Sir Edmund Hillary


Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang selalu terbuka?

Pintu hati saia untuk awaa.... Ciaaa


Model wannabe! 




Serious tak boleh move on dengan view kat atas ni! Cantik giler! Rasa macam tak nak turun. Tapi memandangkan lepas ni kami nak ke Madakaripura waterfall, so kena turun cepat!


Lepas dah lepak lebih kurang sejam juga kat atas ni, kami decide untuk turun.


Gudbye Batok!



Sekali lagi, makan debu! hahaa.. Nasib baik shawl aku ni panjang boleh buat tutup muka!

Ninja in action!


Tapi turun ni lagi scary dari naik tadi! Kecuraman yang boleh membunuh! Salah step memang tergelincir jatuh sebab licin. So kena extra careful.


Acah berani! Tapi aku ni sebenarnya lagi gayat terok! hahaa


Getting to the top is optional. Getting down is mandatory. 


Sekian, pendakian yang paling berdebu di abad ini! Turun gunung terus comot nak mati macam baru keluar dari serombong asap!  Muka tangan habis berdebu. Sia-sia aku pakai baju yang paling bersih tau! hahaa


Dah sampai bawah, memang lega! Pergi cuci muka kasut dalam toilet! haha





Aku ingat nak naik Bromo, tapi sumpah dah tak larat akibat penangan Batok! So terus turun & tunggu yang lain kat Jeep jer.


Sayup kelihatan orang tengah naik tangga kat Bromo tu!


video pendakian ke Batok :




Edisi throwback!

My trip my adventure, to Bromo 2016 :






Fuzah, Abi & Lan meneruskan pendakian ke puncak Bromo.



Gunung Bromo 

Gunung Bromo iaitu gunung berapi aktif dengan ketinggian sekitar 2,392 mdpl adalah salah satu tarikan alam yang cukup primadona di Jawa Timur. Terpampang lautan pasir yang sangat luas seluas 5,290 hektar dengan udara yang begitu segar dan dingin. Bersedia untuk menempuh dan memanjat 250 anak tangga untuk mencapai puncak Bromo.



Keindahan Gunung Bromo sudah dikenali seantero dunia. Jangan pernah anda bilang ke Jawa Timur jika belum pernah menjejakkan kaki dan menikmati keindahan gunung berapi ini. Gunung Bromo terletak di kawasan Taman Nasional Bromo-Tengger-Semeru. Anda dapat juga merasakan pengalaman menyewa dan menunggang kuda dari kaki hingga ke kawah Gunung Bromo. 


Suhu udara di Gunung Bromo berkisar antara 3° sehingga -20° celcius. Jika tidak tahan dengan udara dingin, sebaiknya anda membawa jaket, sarung tangan, dan topi atau penutup kepala.


Gerun dengar bunyi gunung berapi yang tengah berasap!


Abi dah tak larat jalan. So turun naik kuda


Fuza & Tio

4 of us!


Kelihatan kawasan sekitar taman negara ni terbakar akibat cuaca panas dan kemarau!


Banyak kawasan yang terbakar antaranya savannah & bukit teletubbies. So kami tak singgah ke sana. 




Previous post :







Comments

  1. thank you for sharing, btw bleh share beli baju and seluar kat mana? saya sampai sekarang cari seluar hiking yang tahan selalunya seluar saya terkoyak je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli dekat Jaymie Bundle sis. Boleh waze dkt area damansara. Byk baju & seluar hiking yg lawa2 kat situ. Harga pun murah

      Delete
  2. Aku yg orang Indonesia...belum se seru mbak - mbak ini bikin liputan di area Tengger Semeru. Makasih kak liputannya, ni nak naik ke Bukit Tabur, Gombak hehehhehe latihan dulu.

    ReplyDelete
  3. parkir dulu sini dari masa hadapan 2022 😅😅

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Paintball

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS