TASIK RIMBA BAYU


Assalamualaikum


Wassap gaisss! Dah lama tak bersua dengan projek hiking. hehee.. Kali ni, kita nak pergi ke Tasik Rimba Bayu iaitu tasik cantik yang tersembunyi dekat dalam hutan di Shah Alam Community trail. Ia juga dikenali sebagai 'mirror lake'. 

Mula-mula kami hike ke setia alam peak. Tapi bila dah sampai kat peak tu ramai gler orang. Dah macam shopping mall. Nak lepak pun dah xde space. So kami pun turun & decide nak ke tasik. 


Klu nak usha trail setia alam ni boleh usha entry ni :


mirror lake



Lokasi Setia Alam Community Trail terletak di projek pembinaan rumah baru di kawasan Setia Eco-Park berdekatan Petron Setia Taipan. Jangan berasa hairan jika anda lihat ada projek perumahan besar di situ kerana community trail berada di belakang projek tersebut.
Terdapat dua jalan untuk memulakan perjalanan iaitu entrance A & B. Entry A lebih mudah berbanding track B yang agak mencabar dengan adanya loose rock yang boleh dikategorikan medium-hardcore challenge. 
Ni tasik yang di permulaan trek

cover macho la bro nih..


Disebabkan terdapat dua jalan untuk bukit ini, anda boleh pilih tahap kesukaran pendakian anda. Akan tetapi jarak maksimum track ini cuma 12km sahaja.Pada pertengahan pendakian, anda dapat lihat hasil projek pembangunan kawasan setempat. Dalam beberapa kilometer sahaja lagi anda akan sampai di Peak Garden iaitu puncak Setia Alam Community Trail.

Dari puncak, anda boleh lihat Tasik Puncak Perdana dan kawasan Cahaya SPK. Jika menggunakan trail B, jalan ini bersambung dengan Bukit Sapu Tangan, Alam Budiman. Buat anda yang mahukan pengalaman yang lebih menarik serta sudah terbiasa dengan hiking, trail B mungkin menjadi pilihan anda. Pada waktu petang pula, anda boleh menyaksikan sunset yang sangat cantik.

sis dah pewai namati! hahaa

chill-chill dulu




Kat sini la start trek nak ke tasik tu. Time ni dah tengahari panas terik... Fuh mental jugak la.... hahaa


Di sinilah trek menjadi sedikit mencabar dengan tahap kecuraman yang agak tinggi, namun dalam keadaan pendakian menurun. Tetapi, jangan terlalu gembira, kerana apabila ingin pulang nanti, di sinilah yang akan menjadi kawasan paling sukar untuk didaki.


Kene trekking lebih kurang sejam juga nak sampai ke tasik ni. Sepanjang jalan terbit juga la penyesalan sebab tak sampai-sampai! hahaa.. Dah la trek dia menurun jer... sampai dah jelly lutut sis!


Finally, segala rasa letih mendaki bukit dan lenguh-lenguh kaki hilang sekelip mata sejurus tiba di lokasi tersembunyi ni. Pemandangan tasik yang indah bagaikan lukisan, dengan air biru kehijau-hijauan, luas terbentang di depan mata di ceruk hutan Rimba Komuniti Shah Alam itu.

Terasa berbaloi pendakian tadi apabila disajikan dengan lukisan alam yang indah ini.


Perut pon dah berkencorong dengan irama 'Mi pan Zuzuzuzuuu'...... Apalagi bukak bekal masing-masing.



Dugong kelihatan sedang berenang... hehehhh


Diberi nama Taman Tasik Botanik, tasik semula jadi yang terletak dalam hutan berkeluasan 430 ekar itu bagaikan sebuah cermin yang memantulkan lukisan langit membiru dan awan memutih.

Bukan itu sahaja, hembusan angin yang sekali-sekala menderu laju boleh membuat fikiran terbuai, lantas terlena didodoi lembutnya sang bayu.



Sis teringat kenangan macam di Danau Gunung Tujuh di Gunung Kerinci, Indonesia. Lebih kurang macam ni la dia punya trek & view danau tu... Sis rindu!


Memang jernih giler tasik ni.. Ikan pun banyak boleh nampak kat tepi-tepi tu. Tapi kawasan ni dilarang memancing.

Lepas dah lepak kat sini lebih kurang setengah jam, geng2 yang padu dorang sambung pendakian ke Bukit Sapu Tangan. Dorang ni memang xpenat ke... hahaa

Kami yang lain pulang semula ke trail entrance. Tapi sebelum tu memang kena menyumpah la sepanjang jalan sebab kena mendaki balik trek yang curam tadi! krim kaki woii! Another list trek penyesalan checked! hahaa



In a nutshell, mirror lake is done!



































Comments

  1. Baru ingat nak cuba. Tengok trail pacak macam tu, rasa insaf di balik keyboard. Tak sanggup. Heh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat insof, rase menyesal dgn trek pacak tuh! hahaa..Tapi ade jugak laluan lain ke tasik ni ikut trail Alam Budiman tp sy belum sempat exlpore lagi. hehee

      Delete
    2. saya try alam budiman semalam, act tu track plg jauh!!! igtkan dekat hahhahaha

      Delete
    3. oh yeke alam budiman lagi jauh eh.. adehh bersepai.. hahaa

      Delete
  2. Nampak menarik! Tapi alahh seramnya tgok trek mencacak tu😂 berfikir byk kali pula haha

    ReplyDelete
  3. Boleh masuk ke dlm air tu? Sbb tgok gambar mmg ramai masuk dlm air kat tepi2 tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer kot kalau pandai berenang. hahaa.. Sebab dalam juga tasiknya. hihii

      Delete
  4. Kalau masuk setiap laluan ada tanda ke..takut sesat pulak Sebb banyak jalan

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS