Jale2 Klate & Bekwoh

Assalamualaikum

Baru-baru ni sis berkesempatan roadtrip ke Klate untuk kerja kawen aka bekwoh adik lelaki sis. Sempat la singgah jalan-jalan sambil mengimbau tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat berchentaaaa... ehh..

Tempat sis kerja mencari rezeki selama 3 tahun dulu... 


First time hubby sis datang ke Kelantan & drive paling jauh katanya! Seharian suntuk atas jalan jer. Ni pun mujur jalan tak jem. Ni la rutin sis masa kerja kat sini dulu ulang alik KL-KB drive sorang-sorang. Memang pishang! Now rasakan! hahaa


Layan sunset di pantai sabak!


Penjaga pantai yang cute & manja! hehe


Suatu ketika dahulu Pantai Sabak di sini terkenal sebagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara kerana kedudukannya hanya empat kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pantai Sabak sebelum ini mempunyai suasana kampung dipenuhi pepohon kelapa dan memiliki nilai sejarah kerana menjadi kawasan pendaratan tentera Jepun sewaktu menceroboh Tanah Melayu pada 1942.

Namun semua keindahan dan elemen sejarah itu kini tinggal menjadi lipatan sejarah apabila hakisan yang teruk sejak lebih 10 tahun lalu menenggelamkan sebahagian besar kawasan berkenaan.


Sis culik jap gi si oyen ni ha! Comeyy sangadd! hahaa


Kami tinggal di D'embun homestay untuk 4 hari 3 malam. Homestay ni dekat dengan pantai sabak. 


Besar rumah ni ada 5 bilik 5 bilik air. Boleh muat lebih 10 orang.


Nok gi nikoh & bekwoh adik laki sis. Ngam-ngam habis tempoh lockdown PKP & boleh merentas negeri masa ni.


'Bekwoh’ merupakan satu perkataan daripada dialek Kelantan yang membawa maksud makan gulai, manakala di Terengganu membawa maksud kenduri. Sebenarnya, perkataan ‘bekwoh’ berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘big work’ yang telah mengalami proses penukaran berdasarkan dialek Kelantan.


Rombongan pengantin lelaki dari KL


Amboihhh Senyum leborrr nampaknye perantin! Jangan gagap sudah jap gi nak akad nikah! hahaa




Disebabkan musim covid, Akad dia tak de salam tok kadi pun. Simple!


Comey adik ipar


With mak perantin


Nak naik pelamin lagi! ehehh

Gadis pingitan


Dah selamat dah jadi suami orang adikku!


Kenduri di kampung meriah walaupun disambut secara sederhana. Memerlukan tenaga yang ramai untuk menjayakannya. Selalunya menggunakan tenaga orang-orang kampung. Maka, akibat kerja-kerja besar ini, orang-orang tua memanggilnya big work, tapi, apabila dikelantankan ia menjadi bekwoh.


Kek kawen! yummeh



Pass baton pulak jadi pengantin! hahaa


Ambik berkat mak mertua & menantu


Tahniah to both of u! Selamat Perantin baru, moga bahagia hingga ke syurga :)


Perantin lama.. ehehh


Mak & abah seronok le dapat menantu lagi! hehehh


Barakallah


Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin


Alhamdulillah. Syukur segalanya telah berlangsung dengan baik. Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke Jannahtul Firdaus. InsyaAllah, dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Mudah-mudahan bertambah rezeki kalian dengan ikatan suci ini.


Dah habis majlis boleh la nok gi derak lu


Pantai Irama Bachok (Beach of Melody) , Klate




Pantai Senok, Bachok 


Bila kita nak ke Korea awaa??


Ribuan pohon rhu yang ditanam secara berbaris, bukan setakat melindungi Pantai Senok di sini daripada hakisan, malah mengindahkan lagi pemandangan kawasan terbabit.

Permukaan tanah kawasan itu yang teduh dan dipenuhi daun pohon rhu yang mati, membentuk pemandangan umpama hamparan permaidani. Justeru itu, tidak hairan kawasan itu diberi jolokan Pulau Nami 'Malaysia'.



Shopping time! 

Kalau dah datang Kelantan, apa lagi sopim di Rantau Panjang la.


Sedondon pulak kaler sis & mangkuk tingkat nih! ehehhh... Kasi angkat 1


Otw balik dari Rantau Panjang, kami lalu jalan kampung. Kat sepanjang jalan ni korang boleh nampak banyak patung buddha kat sini. Yang paling femes ialah 'sleeping buddha'.

Kuil ini menjadi kebanggaan masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia.


Ini kampung Ana yang punya! 

Kata adikku, Ana! kihhkih


Wat Phothivihan, patung Buddha baring ni adalah kedua terbesar di dunia selepas patung Buddha di Myanmar. Patung Buddha baring itu sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta.

Pembinaan ini dimulakan pada tahun 1973 dan siap dalam tempoh 6 tahun melalui sumbangan orang ramai dan tidak ada sumbangan kerajaan.

Wat Phothivihan ni terletak di Kampung Jambu, Jalan Meranti. Kat sini ada dua lagi patung iaitu Buddha Duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha Berdiri di Kampung Terbok kesemuanya dalam jajahan Tumpat.


Buddha duduk di Kampong Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Pic Credits kepada google


Buddha berdiri di Kampong Terbok. Pic Credits kepada google.


Syhhh jangan buat bising kat sini, nanti buddha tu dari baring terus berdiri! hahaaa


Ramai pelancong asing dan tempatan melawat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga digelar Serambi Mekah semata-mata untuk melihat patung-patung tersebut terutamanya pada musim cuti.


Playing tourist!


Makan-makan di warung acu tera pantai sabak! Sedapnya sotong celup tepung dia! hehee

Sempat lepak jumpa ex-roomate masa sis kijo kat klate dulu. Masih bertahan Ros disini. hehee.. Sahabat yang lain semua dah balik ke negeri masing-masing.


Layan roti titab dulu di Kopitiam Kita!




Next, kemana kita??





Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS