2020 In a Nutshell


Assalamualaikum


Tahun 2020 pun hampir melabuhkan tirainya. Macam tak sedar je tahun ni berlalu dengan sungguh pantas. Tahun ni memang tahun paling mereputs & just duduk kat rumah.


Tapi, tahun ni tak sangka juga sis akhirnya berjaya menamatkan zaman solo. Rasa bersyukur sebab walaupun plan semuanya dalam masa 2 bulan jer, majlis berjalan dengan lancar. Paling tak sangka, lepas je habis majlis bersanding tu, 2 hari lepas tu kena lockdown! 

Great Achievement unlocked :



4 Januari 2020 :



13 Mac 2020 :



14 Mac 2020 :


Plan nak pergi honeymoon & travel kena postpone entah bila. Kena work from home nak dekat 4 bulan juga lah. Lepas tu, adik lelaki sis pun dah selamat melangsungkan majlis nikah dia lepas habis jer lockdown bulan 7 haritu. Sempat la travel around Malaysia dari Kelantan ke Johor. Almaklumlah dah lama tak balik kampung berjumpa sanak saudara sejak kawen haritu.

Sempat juga plan bercuti ke Pulau Redang bulan 8 haritu. Tapi sebelum bergerak ke Terengganu, sebenarnya sis rasa macam sesuatu jer. Period dah delay dalam beberapa hari. Sis try buat pregnancy test. Skali naik dua line. Sis macam tak percaya juga mula-mula. Lepas tu buat lagi 2-3 kali! Excited! hahaa


Esoknya, sis pergi la ke klinik. Doktor buat scan, so confirm la sis dah pregnant 4 minggu masa tu. Nampak kantung baru. Alhamdulillah syukur! Niat di hati nak pergi berenang dengan penyu kat Redang, tapi macam was-was juga nak kena travel jauh awal pregnancy nih. Tapi sis redho je la sebab dah lama plan & dah bayar package semua. Masa naik bot kecik untuk pergi snorkeling tu macam risau la juga sebab ombak kuat menghempas bot! Sis pun doa banyak-banyak supaya tak jadi apa-apa.




Lepas jer balik Redang tu, dah masuk 5-6 minggu dah start morning sickness! haaaa rasa nak muntah pepagi bila perut kosong & masa petang-petang. Tapi nasib baik la tak teruk sangat pun. Cuma tak tahan perut lapar jer. Masih boleh pergi ofis kerja macam biasa. Bila dah balik kerja jer rasa tak larat. Now dah kena PKPB pula. Sebab kes covid makin menaik balik. Ok la sis boleh wfh sambil berehat kat rumah. hehee

Sebenarnya kakak sis & adik ipar yang baru kawen haritu pun dah mengandung juga! Memang tak sangka la. Rezeki mak ayah sis la nak dapat cucu 3 orang sekali gus tahun depan! hehee.. Dorang dah buat scan & dua-dua bakal dapat baby girl! Yeayyyy. Sis dah pergi scan haritu tapi baby kepit pula. So tak nampak la girl ke boy. hahaa. Berdebar & teruja pula nak tau!

Sekarang pun dah masuk lima bulan dah sis pregnant. Expect untuk beranak dalam bulan 4 nanti. Doakan kandungan sis dapat membesar dengan sihat dan dipermudahkan untuk bersalin ye gais! Nervousnya! Tak sabar juga nak tengok baby nanti ikut muka siapa? hikss...

Lockdown pun macam kena sambung sampai hujung tahun jer nampak gayanya! Sama-sama la kita jaga kita. 


In a nutshell, see you next year 2021! 




Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS