Korang dah vaksin ke?

Assalamualaikum


Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. 

Ia juga akan membentuk Herd Immunity/imuniti kelompok iaitu keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu.


Sis dah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Pyramid Convention Center (SPCC).

Sis adalah salah seorang frontliner. Vaksin yang diterima adalah vaksin covid-19 Comirnaty keluaran syarikat Pfizer-BionNTech. Vaksin ni dibolehkan bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak.

Kesan sampingan lepas vaksin dos pertama tu, ada la rasa sengal-sengal kat lengan tu dalam 2-3 hari & rasa lapar. Untuk dos kedua katanya dos yang lagi kuat. Sis rasa lagi sakit lengan, demam, penat & sakit-sakit otot dan badan. Phewww... Tapi lain orang lain kesannya ikut ketahanan badan masing-masing.


Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. 

Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius.



In a nutshell, Lindingi Diri, Lindungi Semua.


Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hiking Bukit 527, Sepang

The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

Bukit Sapu Tangan

Bukit Marak, Kelantan