Raya terakhir bersama Abah!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, raya tahun ni kami sambut bertiga. BabyAN pon dah genap sebulan masa raya haritu. 


Dah makin banyak akai budak kecik nih. Selain suka menjerit, dia juga kuat hisap jari & hisap susu. hahaa


Kecik je dak Aleesa masa ni. Pantas nyer masa berlalu. 
Sekarang dah debab! yihhh



Masa ni sis masih lagi dalam pantang. So kempunan la nak makan ketupat lemang rendang sume. Uhukkk.. Makan nasi impit je yang boleh. Harap raya haji nanti boleh la melantak puas-puas.. ehehh


Target nak slim balik macam ni. hehehh.. Alhamdulillah dah habis ganti puasa dah sebulan. Berat pun dah kembali ke berat asal. Dengan breasfeed lagi memang lunyai bila menyusu baby masa puasa. hahaa


Saja throwback sikit tahun lepas raya berdua.. hehehh.. Tahun ni studio tutup sebab pkp.


Sambut Raya PKP 3.0 ni, lebih kurang macam tahun lepas je la. Tak boleh nak pergi mana-mana. Nasib baik rumah mak sis ni dekat jer. Boleh la balik sekejap bagi lepas rindu.


Tapi tak semua dapat balik beraya. Kakak sis yang duk shah alam pun tak dapat balik rumah mak sebab tak boleh rentas daerah.



Adik sis pun berada jauh di pantai timur sana.


Hamper raya


Semua onty & uncle berebut nak amik gambar dengan kite... yihhh


Semua teruja nak beraya dengan dak tecikk nih! Kalau berkumpul 3 orang sekali cucu-cucu mak mesti meriah. hehehh


Ehemm... Cepat la langsungnya sis! Dah lama kempunan nak makan nasik minyak nih.. hehehh

cayang opah nih


My mini me aka Nadzfiq junior.



Mengantok sangat la budak kecik tuuh! hahaa


Tak sangka rupanya tahun ni tahun terakhir kami sambut raya dengan abah! Kami sempat salam bermaafan pada pagi syawal tu. Cuma tu la abah ni memang tak suka bergambar. Jenuh dah ajak nak bergambar sekali.

Sejak abah pergi, aku hari-hari teringat dekat abah. Air mata ni memang dah banjir. Rasa sedih sangat2. Selalu teringat lagi-lagi masa pantang haritu mak & abah jaga aku dengan baik. Memang abah teringin sangat nak cucu. 

Kami terjumpa diari dia. Terlalu tinggi harapan abah pada anak-anak dia. Allahu. Sedih sangat rasa. Abah bertungkus lumus buat macam-macam kerja nak besarkan kami 6 beradik. Tapi alhamdulillah tercapai juga hasrat dia nak tengok anak-anak dia kahwin, dapat kerja yang elok. Abah memang tak suka susahkan anak-anak dia. uhukkk...


Kami redha ya allah dengan pemergian abah di bulan yang mulia ni, bulan Zulhijjah. Tenanglah abah disana. Kami semua akan menyusul.

Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka.


“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu daripadanya yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

Al-fatihah

Mohamad Hata Bin Ghazali

14.12.1958 - 12.7.2021


































































Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS