Hiking Bukit Jelutong Eco Community Park


Assalamualaikum


Bukit Jelutong Eco Community Park merupakan salah satu taman awam yang dibangunkan bagi mewujudkan kawasan hijau di samping memberi manfaat kepada orang ramai.

Taman yang pada asalnya dibina bagi masyarakat setempat kini turut mendapat sambutan dalam kalangan pelancong yang datanag ke daerah ini.


Lokasinya yang turut berdekatan dengan Subang Jaya ini menjadi salah satu faktor taman ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah.

Untuk masuk ke sini semestinya tiada bayaran yang dikenakan, jadi anda boleh berkunjung seawal jam 7 pagi hingga 7 petang ke sini untuk menikmati gabungan suasana alam semulajadi dan kampung!


Boleh bagi makan kat animals. Makanan haiwan ada dijual disini.


My baby dinosours! Lepas ni mama dah talarat nak kendong dah.. 
Dah besar dah dia. hahaa



3 ketol bergabung! Fateh, Isha, Elsa




 Trek hiking sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak, jadi para ibu bapa inilah lokasi yang sesuai untuk melatih anak-anak anda supaya aktif melakukan aktiviti lasak!

Sekitar 10 minit pendakian anda sudah tiba ke puncaknya. Setibanya di puncak dapatlah anda berehat atau bergambar pula memandangkan pemandangannya yang cukup indah.


Taman awam ini menyediakan trail atau laluan khas untuk pengunjung melakukan aktiviti mendaki.

Jangan bimbang kerana trail yang disediakan adalah ditahap beginner jadi sesuai untuk anda yang ingin berjinak-jinak atau mencuba aktiviti mendaki.


Taman Eko Bukit Jelutong ini bukan sahaja memberikan pemandangan alam semulajadi yang menghijau, malah lanskapnya turut dijaga dengan rapi serta ditanam dengan pelbagai pokok bunga bewarna-warni.

Tambahan lagi latar belakang bukit-bukau dan tasiknya yang luas menjadikan taman ini sebagai salah satu spot bergambar yang menarik.




Puncak!



Taman Eko Bukit Jelutong ini bukanlah seperti taman awam yang biasa-biasa anda lawati ye. Di sini turut mempunyai sebuah taman haiwan yang menempatkan beberapa spesies haiwan ternakan tau.

Sebagai contoh anda boleh melihat ayam, itik yang bebas berenang di dalam tasik, angsa, burung merak, arnab, rumah lebah kelulut dan kambing daripada pelbagai umur.



Jadi anda boleh berkunjung seawal pagi atau waktu petang untuk beramah mesra dengan haiwan ternakan di sini yang dibiarkan bebas bergerak.


In a nutshell, till next time!








Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS