Hiking Bukit Dinding


Assalamualaikum

Kita bertemu lagi dalam episode Baby Hikers! hahaa.. 

Tapi baby pun dah not so baby lah. Dah jadi toddlers! Ermm.. cepat jer besar budak-budak ni. uhukss

Kali ni kami nak mendaki ke Bukit Dinding. Macam biasa, nak sampai ke sini kami waze je ' Trail Bukit Dinding'.
 

Bukit Dinding ialah bukit berhutan setinggi 291m di Kuala Lumpur, yang terletak di antara Setiawangsa dan Wangsa Maju. Menurut Google Earth (2022), ketinggian Bukit Dinding ialah 302m.


Elsa 3 tahun, Isya 4 tahun. Kalau bergabung 2 budak ni habis lah! Dak2 baru nak up. hahaa.. 

Sakan lah jumpa geng riuh 1 bukit!


Kena bawa stroller sebab mama dah tak larat nak dukung dia dah berat! hahaa.. Nasib baik tayar stroller ni besar so boleh henyakk la naik bukit. hahaa.. Isya punya stroller tersadai kat tepi bukit sebab tayar dia kecik & trek dia jalan tak rata.

Tapi Isya ok kuat jugak kaki dia hiking sampai puncak. Dak Elsa ni dia gedik skit. Manjahhh.. Bila penat jer mula la merengek nak dukung. hahaa


Ni starting dia pun dah start curam! Tapi kalau nak compare, bukit sapu tangan lagi curam namati! Dengan tolak strollernya! hahaaa


Pengembara dan pelari denai merupakan pengunjung harian Bukit Dinding. Dorang suka trek ni untuk training uphill.


Nama "Dinding" merujuk kepada lerengnya yang curam, dengan kecerunan yang lazimnya melebihi 45 darjah, sekaligus menjadi "dinding" yang memisahkan Wangsa Maju dan Setiawangsa. 

Bagi penduduk setempat, ianya dianggap kawasan hijau terakhir di situ. Lokasinya berdekatan dengan Bukit Antarabangsa di sebelah timur, yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa, dan beberapa kilometer sahaja daripada Highland Towers di situ, yang telah runtuh pada 11 Disember 1993 dahulu.


Gojes mama & daughters! Tibahhh... hahaa


Yeahh.. kat puncak ada jual ice-cream! Memang laku keras! Terbaik lah.
 Dah penat sampai puncak boleh sejukkan tekak sikit.


Dak kecik ni kalau dah dapat ice-cream tak pedulik apa dah! hahaa



Puncak bukit di bahagian menara TM dan tidak ada pemandangan sangat kerana ditutupi pokok-pokok yang berada di sekeliling.



Yeahh, we did it! Bukit Dinding checked!


Matchy-matchy together mama & baby! Cute kan.. hehehh




Kesimpulannya, bukit ni memang sesuai bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti hiking bersama keluarga yang ada anak kecil. Trek dia santai jer.


In a nutshell, till next time! See ya


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS