Assalamualaikum Hiking : kegiatan outdoor seperti berjalan kaki, mendaki bukit atau gunung yang tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti tali, karabiner, harnest atau ace axe. Jalur pendakian pula dipanggil hiking trails. Mountaineering : kegiatan outdoor mendaki gunung-gunung yang tinggi yang memerlukan kepakaran dan peralatan khusus, mengetahui teknik mendaki, menggunakan ice axe, carabiner, rope, tali dan berisiko tinggi. Mountaineering lebih popular di Eropah, kerana kedudukan geografi pengunungannya yang berupa batuan, ais dan curam. Contoh seperti pendakian ke Puncak Sejati Raung, Puncak Jaya @ Cartensz Pyramid MARI BELAJAR BAHASA HIKERS Ni bahasa ni tak tahulah dapat dari mana. Tapi sering digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki. Contohnya, pewai. Dulu aku tak tahu pun nate gapo lah pewai tuh! hahaaa...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum 25 November 2022, Jumaat 5.00am Hari kelima di Kota Mekah 1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai. 4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit ...
Assalamualaikum Day 4 - 18/8/2024, Ahad Today is D-day! Kami akan naik gunung, Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) Hari ini kami akan menghabiskan masa satu hari untuk ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) yang juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain bagi masyarakat lokal di sini. Jaraknya dari Old Town Lijiang lebih kurang 30km. Okey sebenarnya aku nak ke Yunnan semata nak pergi sini je, sebab utamanya adalah aku nak salji. Hehe. Last main salji masa pergi Gunung Xueshan dulu la kat Taiwan tu pon 5 tahun dulu sebelum pkp. hahaa Sebab tu, masa dok prepare iti, aku memang list-kan JDSM ni sebagai must go walaupun agak kopak jugak la bajet, sebab nak ke sini je dah makan belanja besar. Tapi pi sini pun main redah jer, salah timing, sekali xde salji! hahaaa.. siap pakej hujan & kabus skali. sedih betul rasa! sadis! So kalau korang nak datang sini nak musim snow kena datang hujung tahun atau awal tahun ye! Walaupun tak de salji kita enjoy je la the journey ok! uhukkkk2 Sebelum...
Assalamualaikum Day 5 - 19/8/2024, Isnin Harini kami nak ke Tiger Leaping Gorge (TLG) Sejarah dan Legenda Nama "Tiger Leaping Gorge" berasal dari legenda tempatan yang menceritakan tentang seekor harimau yang melompat merentasi gaung ini untuk melarikan diri daripada pemburu. Harimau tersebut dikatakan melompat dari satu tebing ke tebing yang lain, menggunakan batu besar yang terletak di tengah-tengah sungai sebagai tempat berpijak. Batu ini kini dikenali sebagai "Tiger Leaping Rock" dan menjadi salah satu tarikan utama di canyon ini. Untuk ke sini kami bayar pakej RM240 per pax untuk tiket & sekali transport pergi balik & naik ke Tea Horse. Kami ambil dengan tour guide cari kat tiktok, Cuti Yunnan. Kereta kat sini semua Electric car canggih2! sis jakun jap! hahaaa Guide tu hantar sampai entrance TLG lepas tu kena naik tour bas nak ke canyon tu. Nampak jambatan gantung ni dari bawah. Masa naik train dari Kunming ke Shangrila tu kami lalu kat atas jambatan ...
Assalamualaikum Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671. Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan...
Assalamualaikum Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MOTO KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI (Duty, Honor and Integrity) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah...
Assalamualaikum 11 November 2018, Ahad Baru-baru ni, aku mendaki ke ' Gunung Besar Hantu ' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. So kita teng ok macam mana trek dia seram ke idok?? Pendakian ni disertai seramai 18 oran g. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke s tarting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm... Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami...
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!