Tiger Leaping George (TLG)
Assalamualaikum
Day 5 - 19/8/2024, Isnin
Harini kami nak ke Tiger Leaping Gorge (TLG)
Sejarah dan Legenda
Nama "Tiger Leaping Gorge" berasal dari legenda tempatan yang menceritakan tentang seekor harimau yang melompat merentasi gaung ini untuk melarikan diri daripada pemburu. Harimau tersebut dikatakan melompat dari satu tebing ke tebing yang lain, menggunakan batu besar yang terletak di tengah-tengah sungai sebagai tempat berpijak.
Batu ini kini dikenali sebagai "Tiger Leaping Rock" dan menjadi salah satu tarikan utama di canyon ini.
Untuk ke sini kami bayar pakej RM240 per pax untuk tiket & sekali transport pergi balik & naik ke Tea Horse. Kami ambil dengan tour guide cari kat tiktok, Cuti Yunnan.
Kereta kat sini semua Electric car canggih2! sis jakun jap! hahaaa
Guide tu hantar sampai entrance TLG lepas tu kena naik tour bas nak ke canyon tu.
Nampak jambatan gantung ni dari bawah. Masa naik train dari Kunming ke Shangrila tu kami lalu kat atas jambatan ni. Rasa macam kagum jap sebab jambatan ni menghubungkan antara 2 gunung!
So, setakat nak buat jambatan emas ke puncak gunung Ledang pun xde hal lah! Everything made in china is beyond imagination! Technology dorang kat sini memang canggih, that's why America memang anti dengan dorang ni. hahaa
Tiger Leaping Gorge adalah salah satu canyon/ gaung yang paling dalam dan menakjubkan di dunia, terletak di Yunnan, China. Canyon ini terbentuk oleh Sungai Jinsha, anak sungai utama Sungai Yangtze, yang mengalir di antara dua gunung besar, iaitu Gunung Haba dan Gunung Jade Dragon.
Dengan kedalaman kira-kira 3,790 meter (12,434 kaki) dari puncak gunung ke sungai, Tiger Leaping Gorge merupakan destinasi popular bagi para pendaki dan pengembara yang mencari pemandangan alam yang luar biasa dan cabaran yang mendebarkan.
Time ni hujan renyai-renyai.. Waaa ada kabus disitu! Sekabus hati sis! ehhh
Geografi dan Laluan Pendakian
Tiger Leaping Gorge terletak kira-kira 60 kilometer di utara bandar Lijiang dan 80 kilometer di selatan Shangri-La. Laluan pendakian sepanjang canyon ini berukuran sekitar 22 kilometer dan mengambil masa antara dua hingga tiga hari untuk dilengkapkan, bergantung kepada kelajuan dan stamina pendaki.
Laluan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama: laluan atas dan laluan bawah. Laluan atas lebih mencabar dengan pemandangan yang lebih menakjubkan, manakala laluan bawah lebih mudah dan sering digunakan oleh pendaki yang kurang berpengalaman atau yang ingin menikmati perjalanan yang lebih santai.
Terdapat juga beberapa titik pandang yang menawarkan pemandangan indah lembah dan sungai yang berliku di bawah.
Act kami tak nak hiking pun harini sebab nak santai-santai jer &
kesuntukan masa jugak.
So kita turun ke bawah guna escalator jer. hahaaa.. Tapi nak guna ni kena beli tiket lain. So tak payah penat nak hiking
Kalau nak hiking kena ikut laluan tangga ni
Sepanjang pit stop escalator ada banyak tempat boleh ootd
Cantik laluan escalator ni. Memang jauh jugak ke bawah
Kehidupan Tempatan
Di sepanjang laluan pendakian, terdapat beberapa kampung kecil yang didiami oleh penduduk etnik Naxi. Penduduk tempatan menawarkan tempat penginapan, makanan, dan panduan bagi pendaki.
Ini memberi peluang kepada para pengembara untuk memahami budaya dan kehidupan harian masyarakat Naxi, yang terkenal dengan adat resam dan tradisi unik mereka.
Keindahan Alam dan Ekologi
Tiger Leaping Gorge terkenal dengan pemandangan alam yang menakjubkan, termasuk air terjun, tebing curam, dan hutan hijau. Kawasan ini juga merupakan habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna, menjadikannya destinasi yang menarik bagi pencinta alam dan ahli ekologi.
Pendaki sering kali dapat melihat burung-burung eksotik, tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui, dan mungkin juga haiwan liar seperti rusa dan monyet.
Melihat tempat yang dikatakan pada zaman dahulu terdapat seekor harimau yang membuat lompatan paradigma di sungai Yangtze untuk melarikan diri daripada pemburu, sebab itulah kawasan ini dinamakan Tiger Leaping Gorge.
The narrowest part of the river!
The deepest gorges in the world.
The roaring Jinsha River (part of the Yangtze River) shows the power of nature here!
lencongan maut nak naik ke puncak! Seram sis sebab curam glerrr
lalu tepi gaung. hahaa
“Mountains make everything beautiful'
“Nature never goes out of style.”
Tiger Leaping Gorge adalah salah satu destinasi semulajadi yang paling memukau di China, menawarkan kombinasi keindahan alam, cabaran pendakian, dan peluang untuk memahami budaya tempatan.
Bawak bekal nasi guys! Makan sambil layan view gunung ni memang syahdu!
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!