Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Bahasa Inggeris: Langkawi International Maritime and Aerospace) atau lebih dikenali sebagai LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan.
LIMA merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan pada bulan Mac, setiap tahun ganjil di pulau Langkawi, Kedah. Pameran ini dibahagikan kepada dua segmen yang berlainan di mana pameran udara biasanya diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala bagi segmen maritim pula diadakan di Awana Porto Malai, Kuah.
Here we go, trip 4 days 3 nights to LIMA!
Perjalanan kami bermula dari Terminal Bersepadu Selatan, TBS di Bandar Tasik Selatan, KL
Sempat la pau mama lollipop
First time bawak dak ni jalan-jalan secara backpackers naik bas.
Tapi satu penyesalan sis adalah tak bawak stroller! hahaaa... Bila dia penat nak jalan dia nak mintak dukung. Fuhh.... dah la sis bawak backpack kat belakang 15 kilo pastu dukung dia kat depan 15 kilo! Sado la mama! hahaaaa
Selfie dulu sementara tunggu geng lain sampai
Lepas ni dak kecik ni boleh jadi my forever backpackers buddy! hahaaa
Dah tak terkawal dak kecik ni tak boleh duduk diam. Hahaaaa
Player 456 squid game back in action! hahaaa
Kami menaiki bas dari TBS menuju ke Kuala Perlis yang mengambil masa selama 9 jam. Kami gerak pada pukul 12.00 tengah malam dan sampai ke Kuala Perlis pada pukul 8.00 pagi. Tiket bas berharga RM64.80 sehala. Total sis & baby RM129.60
Sepanjang perjalanan behave je dia tidur. hahaaa
Dari stesen bas Kuala Perlis, kami jalan kaki menuju ke jeti untuk menaiki Ferry. Perjalanan menaiki Ferry menuju ke Jeti Kuah di Langkawi mengambil masa sejam setengah. Harga tiket Ferry RM21 bagi dewasa & RM16 bagi kanak-kanak untuk perjalanan sehala. Total tiket return sis & baby RM74.
Meet my backpackers buddies!
Excited dak ni first time naik ferry.
Kami sampai di pekan Kuah lebih kurang pukul 12.30 tengahari dan terus ambil kereta sewa. Kami sewa kereta untuk 3 hari RM450 deposit RM200.
Dah dapat kereta, kita pi lunch dulu di Dangau Langkawi. Nice tempat ni. Kat sini semua kakitangannya memakai pakaian tradisional Melayu.
Tarikan utama restoran ini ialah ‘dangau’ atau pondok Melayu tradisional. Nak makan kat pondok ni kena ambil set makanan RM250.
Ya Allah sedapnya makan kat sini. Memang the best lah lauk masakan dia. Sambil tengok view sawah padi, angin sepoi-sepoi bahasa & nampak jet fighter tengah buat show kat langit biru.
Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional Melayu — ikan bakar, gulai ikan, udang sambal petai dan sebagainya.
Sis rasa macam seram plak tengok poster ni. hahaaa
Lepas makan singgah di Makam Mahsuri. Harga tiket RM15
Mahsuri ialah seorang gadis jelita yang tinggal di Langkawi pada akhir abad ke-18. Dia berasal dari keluarga pendatang dari Siam (Thailand) yang menetap di sana. Kecantikannya sangat terserlah hingga menjadi buah mulut penduduk kampung.
Mahsuri berkahwin dengan Wan Derus, seorang pahlawan kampung. Namun, semasa suaminya keluar berperang, Mahsuri sering dikunjungi seorang pengembara muda bernama Deramang yang berbakat bermain seruling.
Perhubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada persahabatan, tetapi penduduk kampung yang iri hati, terutama isteri ketua kampung, Mahura menyebarkan fitnah bahawa Mahsuri berlaku curang.
Tanpa usul periksa, Mahsuri dijatuhi hukuman bunuh oleh ketua kampung. Ketika disoal siasat, dia menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah, tetapi tiada siapa mempercayainya.
Ketika dihukum, setiap senjata yang digunakan tidak mampu melukakannya — sehingga akhirnya dia sendiri meminta keris milik keluarganya digunakan. Saat itu, darah putih mengalir keluar, tanda kesuciannya.
Dengan nafas terakhir, Mahsuri menyumpah Pulau Langkawi:
“Aku tidak bersalah. Dengan darah putih ini, aku menyumpah Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan!”
Tragis kisah hidup mahsuri ni. Disebabkan kecantikan dia difitnah & dibunuh.
Selepas kematiannya, Langkawi dikatakan dilanda pelbagai malapetaka — kemarau, serangan musuh, dan kemunduran — dipercayai berpunca daripada sumpahan Mahsuri.
Hanya selepas beberapa generasi berlalu, barulah pulau itu kembali makmur dan menjadi destinasi pelancongan terkenal seperti sekarang.
Sempat la bawa balik air telaga ni sebotol. Hope sis bole jelita macam Mahsuri... ehhh
Malam tu lepak-lepak di sekitar pantai Cenang
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) ialah pameran maritim dan aeroangkasa yang berlangsung dua tahun sekali di Langkawi, Kedah.
Acara ini merupakan salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia-Pasifik, dan tertumpu terutamanya pada industri pertahanan, tetapi juga menyokong industri awam.
Thank you Sis Fuzah aka trip organizer or gogo yang berjaya untuk trip ke LIMA ni. hehee Next, trip Enam pulak. ehhh
with gadis2
Pameran untuk orang awam dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu.
Harga tiket entrance LIMA RM35
Eh pak cik belakang tu photobomb pulekk
Amboi dancing plak dak kecik nih. hahaaa
LIMA adalah tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara di Asia Pasifik.
LIMA 2025 telah berlangsung pada 20–24 Mei 2025 di Pulau Langkawi. Pameran ini merupakan edisi ke-17 dan akan diselenggarakan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.
Airbus merupakan pembuat kapal terbang kedua terbesar di Perancis selepas Boeing.
Tengok replica pun sis dah teruja. hahaa
Dak kecik ni pun excited tengok aeroplane
You bawak flight Airbus ni ke captain? ehhh
Peluru berpandu
Machine Gun!
Ada gaya tu ambil gambar! hahaaa
Geng rider ke tu? hehee
With Abam COBRA
Perform eh member sis ni, Syah. Jaga booth buat kuiz. hahaaa
nutshell join the quiz. hahaa
Kita support member. hahaa
Bro kat HQ ade kosong tak? hahaaa.. sis nak join Lima 27 plak
With Team Elit Cobra kebanggaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Customs Operational Battle Force Response Assault (Cobra) ataupun Pasukan Tempur Operasi Medan Jabatan Kastam.
Dulu sis teringin nak join team Cobra tapi dia tak de ambil anggota perempuan pun. hahaa.. Laki jer
Fuh baby rider! Gaya dah ada tu.hahaaa
Time ni betul-betul dapat tengok fighter jet atas kepala jer! Memang bunyi jet tu sangat kuat sampai rasa menggelegak jantung & otak! hahaaaa
Tapi memang excited betul lah! First time tengok kan.
Tapi budak kecik ni dok nangis plak. Sebab dia terkejut bunyi kuat. Sis dah pakaikan dia earphone pun bagi tutup telinga tapi still la bunyi dia memang berdesing. hahaa
Dapat tengok sekejap jer airshow sebab sampai sini pun dah lambat jugak. Sebab ramai betul orang. hahaaa dengan cuaca hujan-hujan renyai
Lepas jer tengok airshow nak tengok-tengok la segala pameran aeroplane yang ada kat sini. Tiber hujan sangat lah lebat. Sis pun sempat berlari ke kapal tentera Germany
With Lady pilot
Member sempat lari berteduh kat kapal airforce Singapore. Comel jer kapal dia kecik
Merasa la dapat duduk dekat jumpseat Airbus A400M
Sini tempat Paratroopers nak buat parachute jump
Askar dalam ni semua baik & ramah. Siap bagi candy dekat kids!
Kat luar tu hujan lebat glerrr!! Nasib baik la sempat berteduh dalam
kapal terbang ni
Nasib baik kapal ni besar. Ramai la boleh muat dalam ni. Lepas tu sis jadi antara orang yang last keluar dari planes ni sampai kena escort dengan askar lain sebab kawasan pameran dah close lepas pukul 5 petang. hahaaa
Sebab kan hujan lebat tadi ramai yang berteduh kat dalam ni. Bila hujan dah reda skit baru kami keluar dari kapal. Nak jalan balik ke main entrance tu boleh tahan jauh jugak dengan hujan yang masih renyai-renyai. Kena dukung dak manjah ni yang dah tak larat nak jalan.
Germany Airforce!
Sis tanya askar German ni boleh tak nak masuk kat cockpit. Sis teringin sangat-sangat nak masuk dalam cockpit aeroplane. Tapi dia cakap tak boleh. So bagi mengubat hati sis yang lara, dia bagi pin Airbus ni.
Arggghhhh, sis so excited! hahaaa
Souvenir! Sis nak beli pin macam ni tak de pula dorang jual kat Lima ni.
Berjaya jawab kuiz kat booth Kastam dapat hadiah powerbank! yeayyyy!
Compact size & senang nak bawak travel
So today kita nak pergi Maritime Segment. Kita breakfast dulu gais.
Sis baru nak feeling2 ambil gambar ootd dak kecik ni dah datang kacau mama.... ehhh
Dimana ada mama disitu dia akan menempel. Dak manjah! hahaaa
Mama dah train dia jadi photographer! heheee
Dinamakan sempena pahlawan legenda Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 iaitu Laksamana Hang Lekiu.
Kapal perang jenis frigat moden ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders Ltd, Glasgow, Scotland dan dilancarkan pada 3 Disember 1994 oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Menteri Pertahanan Malaysia.
Ditauliahkan pada 9 Oktober 1999 dan diletakkan dalam Skuadron Frigat Ke-23 di bawah Flotila Serang.
Bridge of KD Lekiu
Sayang nak bawak kapal ke tu? hehee
Jap nak usha jodoh kot ada kat seberang laut sana.. ehhh
Dak kecik ni pun sibuk nak tengok teropong. hahaaa
Geram jer dak kecik nih!
Semangat Sumud Flotilla, Free2 Palestine!
Bon Voyage!
Thank you to Abang Navy, Mr Mior yang sudi bawak sis & friends jalan-jalan tour dalam Battleship KD Lekiu! Memang teruja la masing-masing sebab firstime dapat masuk dalam kapal TLDM. Fuhhh best2 sebab kita dapat potong line yang panjang orang beratur tu sebab dapat VVIP pass! hahaaa.... Terbaiklah!
Nak masuk kapal selam dah tak sempat sebab kena beratur lain pula. hahaa. Tak de member yang kerja dalam kapal selam pulak, kalau tak bole dapat tikat Vvip lagi.... keh kehhh keh
Bot penyelamat
Semangat Lima dia tak habis lagi. hahaaa
Perjalanan pulang, kami menaiki bas dari Kuala Perlis menuju ke TBS yang mengambil masa selama 9 jam. Kami gerak pada pukul 6.30 petang dan sampai ke TBS pada pukul 2.00 pagi. Tiket bas berharga RM56.50 sehala. Tiket balik murah sikit. Total sis & baby RM113.00
Total lost untuk trip Lima ni lebih kurang 1k++ jugak la untuk 2pax termasuk tiket, hotel, transport & makan.
In a nutshell, one of my wishlish nak pergi Pameran LIMA ni akhirnya tercapai. Kalau korang yang memang minat pasal badan beruniform, nak tengok aset ketenteraan, Military Aircraft, pasal kapal perang korang kena datang sini.
Best nyaaaaaa...!!!! Kita setiap kali LIMA pasang niat nak pergi tapi hajat tak kesampaian huhuuu... Untung la dpt duduk dlm kapal terbang masa tgh hujan sampai ken escort keluar hihiii.. :D
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Assalamualaikum Hari ni kita nak ke Afrika gaisss! Waka-wakaaa eyyy ehh..... Bukit South Africa (juga dikenali sebagai Bukit Baka/Bukit Unyang) yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ialah lokasi hiking popular kerana pemandangan tanah merah dan batuan gondolnya yang menyerupai pemandangan savana di Afrika Selatan. Gunakan Waze/Google Maps ke Bukit Baka Salak Tinggi atau kawasan kejiranan Taman Seroja / Medan 8. Parkir kenderaan di parking yang disediakan secara berhemah tanpa mengganggu laluan penduduk. Flight nak mendarat dah gaiss! Cabaran utama di Bukit Unyang / South Africa Sepang ialah tiada langsung trail mark. Kawasan ini bukannya trek hutan simpan rasmi yang diselenggara, sebaliknya kawasan lapang bekas kuari dan laluan tanah merah. Sebab itu tiada penanda ( trail marking ) atau papan tanda rasmi. Panduan Supaya Tidak Sesat Guna Aplikasi GPS/Trek: Sebelum mula mendaki, muat turun trek menggunakan aplikasi seperti Wikiloc, Strava, atau AllTrails. Cari lal...
Assalamualaikum.... Selamat datang 2014! Hari ni aku nak share senarai baldi aka 'my bucket list'. 100 things to do before I die! Sebenarnya tujuan aku buat blog ni pun, aku nak buat aktiviti2 & benda-benda yang aku tak pernah buat sebelum ni dan teringin sangat nak buat. Lepas aku buat, aku akan share tips & lokasi yang menarik yang aku dah pergi sebagai rujukan & panduan klu korg nak try. Selalu pun aku just tulis 'done my list'! Jadi ramai member2 yang tertanya2 ape sebenarnye aku punye wish list tu.... heheehh So, lets check it out! 1. Paragliding. Done! 2013 - hiking & paragliding di bukit jugra 2016 - Paragliding Jugra with Planta 2016 - Paragliding Kuala Kubu Bharu with Planta 2. Menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Done! ...
Assalamualaikum Pulau Tenggol ialah sebuah pulau tropika yang terletak di perairan Laut China Selatan, berhampiran daerah Dungun, Terengganu. Pulau ini terkenal dengan air laut yang jernih, terumbu karang, hidupan marin dan aktiviti scuba diving. Kalau suka alam semula jadi, snorkeling dan adventure, memang menarik untuk diterokai. Pulau ni memang jarang didengari... Agak rare kan! Haaa aku ke sini sebab aku nak ambil Open Water Course Diving 4 hari 3 malam. Memang dah lama mengidam nak try diving nih.. hahaaa... Next post aku share pasal pengalaman aku diving k! Now kita OOTD dulu.. hahaaa Ni kat area jetty Dungun sementara tunggu bot datang. Lewat juga bot dia dalam pukul 10 pagi. Kami gerak dari KL tengah malam sampai dalam pukul 5 pagi sempat tidur dalam kereta la sekejap. Sebab KL- Dungun dalam 5 jam jer. Lepas subuh boleh breakfast dulu kat Jetty sebab memang dah include dalam pakej kami. Area Jetty dia pun cantik la ade tempat nak ambil-ambil gambar Dari jeti nak ke pulau d...
Assalamualaikum Fuhhh dah bersarang blog aku nih!. Baru sempat nak update. Kali ni story pasal misi Kinabalu ada dalam Majalah BackPackerz Vol 3 edisi April 2016! Memang menarik betul majalah ni untuk kaki2 travel & backpackers! Kebetulan plak aku baru je balik dari trip Surabaya & Jogja! Ade pulak story pasal terjah Jogja dalam nih! Fuhhhh memang mengimbau betul! Memang best gler majalah nih! Magnet Kinabalu! Mana nak dapat majalah ni??? Hurmmm memang majalah ni tengah hangat di pasaran! Jenuh jugak aku cari kat banyak kedai semua dah sold out! Korang boleh cari kat kedai-kedai buku Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat kiosk2 myNEWS.com. Beli online pon boleh jugak! Boleh usha kat fb BackpackerzMag ! Tu diaaaa... gambar poskad aku kemain besaq! Teruja kejap! hahaaa Story pasal Adam & Team Anak Gunung! In a Nutshell,TQ Backpackerz Magazine! So cepat-cepat pergi beli s...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum Rasa macam panas sangat la cuaca kat Malaysia sekarang ni. Panas bahang dia sampai tak boleh nak bincang! Rasa macam nak pergi main salji! hahaa Walaupun kat sini tak de salji, tapi ada la beberapa tempat yang korang boleh try rasa sejuk dan suasana ala-ala kat salji : Snowalk I-City, Shah Alam Genting Snoworld Banyak jugak nak kena bayar masuk sini. Fuhhh... Entrance jer dah RM3. Parking RM3. Nak naik tram ke rumah 4 musim RM5 kalau tak silap. Nak sewa basikal pun boleh Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini. BULAN KUTUB UTARA KUTUB SELATAN MUSIM Disember - Februari Mac – Mei Jun – Ogos September - November Salji Bunga Pana...
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Best nyaaaaaa...!!!! Kita setiap kali LIMA pasang niat nak pergi tapi hajat tak kesampaian huhuuu... Untung la dpt duduk dlm kapal terbang masa tgh hujan sampai ken escort keluar hihiii.. :D
ReplyDeleteHahaaa yess the best moment! Yeahhh kena pergi Lima27 tapi kena book hotel setahun awal... hehee
DeleteItulah seriau dgr bila kena book hotel apa bagai setahun awal.. Masa ni la nak cari kot kot ada sedara mara tinggal di Langkawi hahahaha..
Delete