Namaste Ladakh!


Assalamualaikum


Misi aku ke India adalah untuk ke Ladakh yang terkenal dengan Pangong Lake iaitu lokasi bagi pengembaraan filem terkenal, 3 Idiots dan ingin merasai pengalaman merentasi laluan highway yang tertinggi di dunia!




Ladakh memang sebuah destinasi yang unik dan penuh keajaiban. Terletak di utara India dalam kawasan Jammu dan Kashmir, di wilayah Union Territory of Ladakh, ia adalah permata tersembunyi di celah Himalaya. 

Nama Ladakh berasal dari perkataan Tibet "La-dvags" yang bermaksud “tanah laluan tinggi”. Ia terletak di Gunung Kunlun dengan Banjaran Himalaya di selatan. Wilayah ini memang dipenuhi dengan laluan gunung (mountain passes) seperti Khardung La dan Chang La, yang antara paling tinggi di dunia!

Khardung La Pass sering dianggap sebagai salah satu jalan berkenderaan tertinggi di dunia, berada pada ketinggian kira-kira 5,359 meter (17,582 kaki) dari paras laut. Menunggang motosikal di sini adalah impian ramai pengembara!

Ladakh juga dikenali sebagai “Little Tibet”, masyarakat di sini mengamalkan budaya Tibet yang kuat, dari pakaian tradisional, seni bina (gompa/monastery), sehinggalah kepada makanan. Majoriti penduduk adalah beragama Buddha, tetapi terdapat juga komuniti Islam dan Hindu yang harmoni.

Bandar terbesar di Ladakh ialah Leh. Leh terletak hampir 500 kilometer dari Srinagar, Kashmir yang terletak di sebelah barat utara India yang bersempadan dengan Pakistan.

 Ladakh mengalami cuaca empat musim dan menjadi tumpuan terutama pada musim panas bermula Jun sehingga September. Musim bunga yang bermula awal April sehingga Mei juga boleh dikategorikan masih sejuk.

Walaupun Ladakh gersang dan sangat terik cuacanya pada waktu siang, suhu pada waktu malam boleh turun mendadak hingga beku, walaupun pada musim panas. Musim sejuk pula, suhu boleh jatuh sehingga -30°C di sesetengah kawasan!

Ladakh adalah antara tempat terbaik di dunia untuk melihat bintang kerana udaranya yang bersih, kering dan altitud yang tinggi. Kawasan seperti Hanle dan Nubra Valley sangat popular untuk astrophotography dan pencinta langit malam.

Tasik Pangong, yang terkenal menerusi filem Bollywood 3 Idiots, berubah warna mengikut masa dan cuaca — dari biru terang ke hijau zamrud, dan kadang-kadang kelihatan kelabu. Uniknya, 60% tasik ini berada di dalam wilayah China!

Di Nubra Valley, anda boleh menaiki unta dua bonggol (Bactrian Camel), satu spesies eksotik yang biasanya hanya dijumpai di kawasan padang pasir Asia Tengah seperti Mongolia!

Ladakh penuh dengan monastery Buddha (gompa) seperti Hemis, Thiksey, dan Alchi. Setiap tahun, pelbagai festival budaya diadakan dengan tarian topeng, muzik, dan ritual lama yang menarik minat pelancong dari seluruh dunia.

Ladakh berkongsi sempadan dengan China (Tibet), Pakistan dan Afghanistan. Ini menjadikannya kawasan yang sangat strategik secara ketenteraan. Anda akan lihat banyak kehadiran tentera India di beberapa kawasan. Leh Ladakh juga merupakan pusat latihan tentera India terbesar.

Lapangan Terbang Kushok Bakula Rimpochhe berkongsi dengan lapangan terbang tentera dan domestik.

Jika ingin membeli buah tangan, di sini banyak menjual barangan seperti selendang sutera,makanan kering seperti aprikot, badam, kismis, barangan cenderahati yang diperbuat daripada tembaga dan juga karpet.

Menyentuh soal makan, anda tidak perlu risau kerana di Leh, tersedia banyak makanan halal, kerana adanya segelintir komuniti Islam di sana. Daging dan ayam yang halal banyak dijual di sana, dan majoriti peniaga yang menjual barangan mentah adalah orang Kashmir. Kemudahan teksi dan bas bukanlah seperti tempat-tempat pelancongan yang lain. Sebaik-baiknya untuk ke sana sila rancang percutian lebih awal.


So let's the journey begin!






Comments

  1. Bestnya.. Hajat yang masih belum tercapai untuk ke Ladakh, Kashmir ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hiking Bukit 527, Sepang

The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

Bukit Marak, Kelantan

Bukit Sapu Tangan