Apa itu fesyen?


Assalamualaikum...



Apa itu fesyen??...
 

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain)

Keinginan

Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri.

Medium Komunikasi

Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat.

Ekspresi Diri

Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah ssesuatu yang subjektif. setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.

Fesyen adalah sesuatu yang ceria, ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen sepatutnya membuatkan kita lebih menarik kreatif dan yakin terhadap diri dan apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen ikut kemampuan dan cita rasa. Apa pun ia perlu disesuaikan dengan budaya, latar belakang masyarakat.



Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka.

Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi kegilaan peminat fesyen.

Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashion boleh bertukar menjadi out of fashion pada bila-bila masa sahaja. apa yang kita lihat, mungkin pereka membuat perubahan mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu tersebut. yang pasti, manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan evolusi fesyen, mengapa tidak?

 That's the beauty of fashion...anda bagaiamana pula? Tepuk dada tanya selera!.












Comments

  1. hye dear. salam kenal.
    kalau bab fesyen ni licha suka yg simple je

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!