Pulau Tioman


Assalamualaikum....





Ni edisi throwback time traveler's girls di Pulau Tioman.


Fakta : Pulau tioman sebenarnya adalah dibawah jajahan negeri Pahang. Ramai yang ingat pulau yang cantik ni adalah di negeri Johor kerana jeti utama untuk ke pulau ini terletak di Mersing, Johor.

Jarak antara Pulau Tioman dangan Mersing, Johor lebih kurang 70 km. Mersing adalah salah satu jeti yang paling popular di kalangan pelancong. Selain dari Mersing, Tanjung Gemuk Rompin, Pahang juga terdapat jeti untuk ke Pulau Tioman dengan jarak lebih kurang 36 batu.


Mersing most wanted yaw!....

Macam mane nak ke pulau tioman??…senang je..klu tak de transport, boleh lah naik bas express dari kl ke mersing dgn harga tiket sekitar RM30 sehala. Sekarang ni mungkin harga tiket dah naik kot...hehehh


lepak2 sat kat pantai mersing...

Bagi yg nak drive pula..kat jeti mersing ni pun ada sediakan parking kereta dgn harga berpatutan dan selamat.



Dari mersing pulak…kene lah beli tiket feri ke pulau tioman dgn harga RM35 sehala untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2…kat disini korang dinasihatkan utk beli terus tiket pergi dan balik RM70. Perjalanan dgn feri ni mengambil masa lebih kurang 1.5 – 2 jam bergantung pada keadaan ombak dan pasang surut laut.




Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau ni memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.

Peta Pulau Tioman
Pulau Tioman terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Bentuk Pulau ni dari udara, macam seketul paha ayam. yummeh~...

Feel the blue ocean ~

Aku ke Tioman hanya berdua je bersama Diana. Ini sebenarnya rancangan secara spontan akibat stress bekerja...hahaa..Datang gamble jer...Tiada tempahan dibuat sebelum ke sana, hanya pergi dan walk-in mencari chalet yang paling murah. Kami bercadang untuk menginap di Kampung Salang, yang merupakan destinasi terakhir dengan menaiki feri. Ini pun atas cadangan beberapa orang yang kami tanya di sekitar Mersing dan juga mase kat atas feri ni..hehehh

Cantik gler view kat sini uolls!...

Masa nak naik feri ni, semua orang kene duduk dibawah...kat bawah ni agak crowded jugak. So aku rase macam pening2 mabuk laut skit.Perjalanan jauh lagi ni nak sampai. 

Aku pun ajak Diana untuk naik atas. Budak yang jaga feri ni mula-mula tak kasi penumpang dok kat atas sebab nanti macam tak stabil. Lepas kitaorang naik, ade plak 1 group budak2 laki nak naik jgk. Dorg tak boleh dok atas ni sebab ramai. So just kitaorang 2 je kat atas ni....Yeahh, bajet2 feri ni kitaorg yang punya!...miahahaaaa....

Pemandangan gunung-ganang dengan air laut yang biru memang awesome!

Feri ni akan singgah di setiap jeti atau kampung2 & korang boleh turun kat mana yg korang nak…mcm nek bas plak kan..hehee..Hentian pertama feri akan berhenti adalah di Genting, kemudian Paya, Ayer Batang, Kemudian Tekek dan Salang.


Bagi yg nak cepat pulak…Berjaya Air ada menyediakan penerbangan harian dari Kuala Lumpur dan Singapura ke Pulau Tioman yang memakan masa lebih-kurang 45 minit.


Ni la airport di Tioman. Antara airport yang unik & terkecil di dunia...
ade bran nak mendarat kat sini? mih3

 Lapangan Terbang Pulau Tioman ni terletak bersebelahan dengan Kampung Tekek.


Feri singgah sebentar turunkan penumpang di Panuba Inn Resort

 Menurut budak yang jaga feri ni, kalau nak ada banyak kemudahan sikit seperti perlukan A.T.M dan ada supermarket boleh pergi ke Tekek. Tapi kalau nak ke pantai yang hapening sikit, dan menjadi tumpuan banyak orang serta aweks-aweks cun juga balak encem pergilah ke Salang. ;) keh3...

In memory....
Yeah, jom pegi Island Hopping!
Ni di kampung Juara
Esok paginya, kami pergi menjelajah ke seluruh pulau yang ade di Tioman nih. Sewa bot RM100. Memang puas la singgah dari kampung Salang ke Tekek, Juara, Asah ke kampung Genting sampai ke petang. 

Feel this moment.....
Di kampung Asah
Laluan ke air terjun Asah
Dekat pulau ni pun ade air terjun tau! Nak ke kawasan air terjun ni kene singgah di Kampung Asah. Dah sampai sini kene la hiking & jungle trakking skit lebih kurang sejam jugak...

jom trekking pakai pelampung uolls....hahaa
Ada aweks2 hot berbiki la...keh3...
btw air kat sini memang jernih & sejuk gilos!


 Kelebihan di Salang ni ialah air dia yang paling Jernih di sini. Di tepi pantai ni banyak orang snorkeling. Sebab bila lepas musim monsum habis, terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing pun boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi. Cuma nak berjetski ke banana bot ke itu memang tak de la.



Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal 
dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri 
(naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui 
Sungai Pahang.

Lepak2 sambil layan sunset~
 Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik.
 Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

kene kambus hidop2!...hehee
Apa yang membezakan Salang dengan pantai-pantai lain ialah, malam dekat sini memang hapening. Di pesisir pantai ada banyak kedai-kedai makan dan bar yang menghadap laut. 

 lepak minum sambil ditemani cahaya malap bintang2
dan layan lagu reggae
~ memang hayate...
Gud morning sunshine!

Singgah sebentar di Kampung Genting....


Kite bako ikan nih! Kenyang setaon!..hahaa
Jom snorkeling!

Tioman yg terkenal sebagai taman permainan untuk penggemar sukan air menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti ‘scuba diving’, ‘snorkeling’, memancing laut dalam, bersiar2 dgn bot, luncur angin dan yg terkini adalah luncur ombak.

Tak sabar dah ni nak berenang renang dengan ikan!
Memang terbaik r kat dasar laut nih! Cantik giler bak hang!

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman ni pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. 



Ni kat marrine park..banyak gila ikan..ikan kembung..ikan selar..ikan nemo..ikan kekek mai iloi iloi pun hade!



Kitaorang bawak roti kasi ikan makan..Rasa takut pun ade bile banyak ikan datang berkumpul..lagi2 kalau ikan yang besar2..

Aksi bermanja-manja dengan ikan2!

Ni la chalet kami. Kecik & comel tapi selesa jugak. Harga pun murah je. 1 malam RM60. Boleh muat 4 orang sebenarnye coz yang bilik utk 2 orang dah penuh mase tu..hehee

Kitaorang nak balik dah....
Puteri Salang Inn best!
Chalet dia macam di kawasan perkampungan..
hijau & tenang je pemandangan sekeliling ni...
Laju2 buaiku laju!....aku nak kawen dgn anak raja....~ lalala...:p
Sape2 yang nak book tempat kat sini, leh hubungi no yang tertera..hehehh
Kami buddyz, takkan terpisah!

kami sembang gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali je
bersama mencipta menggegar dunia kami bebas merantau merata-rata merayau-rayau mencari jati diri 
bersama selamanya

rase macam xnak balik la...
Muka sudah tanned macam gadis pulau sejati!
Sedang menunggu feri...
Bye uolls! till we meet again!

In a  nutshell, Pulau Tioman memang sangat cantik & super duper awesome! Penduduknya pun sangat baik & peramah. Tapi sekarang ni tengah musim tengkujuh dan banjir di Johor, Pahang dan pantai timur. Sama2lah kita doakan keselamatan mangsa2 banjir ni...Kalau merancang nak pergi bercuti di pulau, antara bulan Mac - Ogos memang sangat sesuai..


Till then guys! Happy holiday!


Toodles!




Comments

  1. X pernah pergi Pulau Tioman, Pulau Kapas pernah.. nampak best je kene pegi ni

    Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar rasa cam nak pegi je. Saya pon x pernah pegi lagi sana. :(

    ReplyDelete
  3. wahh best nya....^_^lets be frend.. singgah sini http://khuzakhadir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. perghhh!!! best la tempat ni!

    http://santanmanis.blogspot.com/2013/12/dating-dengan-madu-madu.html

    ReplyDelete
  5. woaaa.... nk tnya...so total abis badjet bape haa.a... dari naik bus... smpai balik bus...

    ReplyDelete
  6. wah. Hee nampak sungguh seronok pulau tioman itu.

    ReplyDelete
  7. tq for info :) nak ke tioman this weekend!!

    ReplyDelete
  8. Wah.. Seronoknya bercuti... Tak sabar nak ke tioman. Tq for the info.

    ReplyDelete
  9. menariknya... saya bakal pergi. tu yg usha2.. selain aktvt laut, ada atvt lain yg best. atau tmpat best yg nk pergi di sana.

    ReplyDelete
  10. Nak tanya awak amek pakej ke atau redah jek

    ReplyDelete
  11. Berenang tu pakaian mcm mne? Pakai seluar sendiri ke? Seluar track?

    ReplyDelete
  12. u should try hotuna water shoes ... so tak perlu guna sandal.

    kasut tu boleh bawak masuk diving juga... or just snorkling... so tapak kaki u tak injured...

    ReplyDelete
  13. HI..saya nak tnya berapa bajet cik ke sana?

    ReplyDelete
  14. Sungguh baik, (cantek) penulisan ini, membuatkan saya buat keputusan untuk pergi esok, (13 September 2016) dari Putrajaya- Pulau Tioman bawa 2 anak.Thank You penulis Nadzirah Hata !

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!