Mari menunggang kuda!


Assalamualaikum...


Hari ni aku nak belajar menunggang kuda. Lokasinya di RUBINGA HERITAGE, Jalan Dato Kaharuddin, Kg Changkat, Gombak. FB page sunnah berkuda

Now everybody can fly!....ehhh  Ride!

Disebabkan ni adelah first time uolls, rase excited gilos & tak sabar plak nak naik atas kuda tu...hahaa

Tapi sebelum tu kenelah dengar briefing dulu.. Sebelum ni knowledge aku pasal kuda memang agak limited, skang ni boleh la tau serba sedikit. hehee.... Disini, kami diajar mengenai pengenalan sunnah berkuda, hadis-hadis mengenai kuda & teknik2 asas mengendalikan kuda.

Tuan Haji, Owner tempat ni, sedang bagi taklimat mengenai kuda

Dari Amirul Mukminin, Umar al-Faruq ibn al-Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Aku pun first time belajar istilah2 dalam sukan berkuda ni. Walk, trot, canter, jog dlln. Masa kat atas kuda tu, rase cam gayat skit coz memang rase tinggi. kaki x jejak tanah & rase macam nak jatuh pun ade..hahaa...kene pandai imbangkan badan & tau macam mane nak kawal kuda tu....errr...Last2 kuda aku tak terkawal & tiba2 dia pegi makan rumput plak. Aku pulak yang panik!. kah3.... ;p
Ride like a cowboy yaw! Berangan je lebih ni...haha

Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat, antaranya:
a) membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan, yang penting ia mendorong semangat penunggang.

b) Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.


c) Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).


Suka kuda putih ni!
Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
We love horse!
Kuda pon pandai posing tau! hehee

In a nutshell, pengalaman yang best dapat belajar pasal kuda. Next time mau ride lagi! Sape mau join???


Selesai list aku #50 Senarai baldi saya!


Comments

  1. Salam. Kat mana ni? Mintak emailkan detail nak buat event. Email ke halcentgroup@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Gombak..kt atas tu ade link FB Sunnah berkuda...leh tgk contact no kat situ ye...;)

      Delete
  2. nice laaaa! teringin nak belajar jugak hmmm :O

    ReplyDelete
  3. wah...beraninya Nazirah...siyes..mak takut ngan kuda ni

    ReplyDelete
  4. Di mane boleh utk dptkn saekor kuda selain di beri pelajaran megenai kuda dan cara2 menunggang.

    ReplyDelete
  5. Salam Boleh tahu bayaran ya dan kanak2 Boleh join sama tak

    ReplyDelete
  6. Kalau nek transport awam mcm mane yek nk g sane...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya nick name erna@tg faridah dari lumut perak, cadangan kami akan mengadakan festival kuda n acara kuda berhias, bakat kuda, uniform berkuda, acara kuda padi dan kuda baka cantik mahal juga ada sukan polo, maka untuk keterangan lanjut hubunggi saya di talian 0106020111 whatapp only @ call 0186604800
    Segala maklum bals dari anda adalah sokongan bg menguatkan lagi proposal kami dan mendapat dana Bulan Mac 2017 - 29-30hb April 2017 tarikh event,

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, saya nick name erna@tg faridah dari lumut perak, cadangan kami akan mengadakan festival kuda n acara kuda berhias, bakat kuda, uniform berkuda, acara kuda padi dan kuda baka cantik mahal juga ada sukan polo, maka untuk keterangan lanjut hubunggi saya di talian 0106020111 whatapp only @ call 0186604800
    Segala maklum bals dari anda adalah sokongan bg menguatkan lagi proposal kami dan mendapat dana Bulan Mac 2017 - 29-30hb April 2017 tarikh event,

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!