Ekspidisi Gunung Nuang


Assalamualaikum.....





Beberapa minggu lepas, aku sempat join ekspidisi mendaki Gunung Nuang.  Gunung ni terletak di Hulu Langat. Ketinggian gunung ni adalah 1,493meter dari paras laut & merupakan gunung yang tertinggi di Selangor! Phewww! Mampukah aku menawan puncak Nuang ni??? 



Let's checkidout!...



Xue Li & Aku
Aku sampai kat Ulu Pangsoon, Hulu Langat dalam pukul 8.00. Korang dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang program pendakian maupun perkhemahan. RM1 akan dikenakan untuk sekepala. Ini bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan jumlah pengunjung yang keluar masuk dalam Hutan Lipur Gunung Nuang ni.



tiket masuk

  Kitaorang membuat pendakian secara ‘day pack’ jer.. Santai2...





Permulaan trek agak rileks, jalan mendatar jer..

with Bro ariff yang memang arif pasal gunung ni!..
Rumpun buluh menyuburi kiri kanan jalan yang kami lewati. Nuang ni merupakan hutan simpan buluh terbesar. Buluh ni digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti membuat rumah, memasak, sumpitan dan rakit. Nak buat meriam pon boleh!... hahaaa


Semangat amik gambo!

 Halia hutan dengan bunga berwarna kemerahan dan berbentuk unik mudah dijumpai.





Perjalanan nak ke pit stop first, Kem Lolo ade beberapa hentian berupa pondok kecik untuk korang yang tak larat nak berehat sekejap... Boleh dikatakan setiap pondok kitaorang berenti!... hahaa. Perjalanan untuk ke Kem Lolo tak susah mana tapi terpaksa menempuh jalan balak sejauh kira-kira 5 km. Naik turun jugak trek dia..




Kem Lolo



Kem Lolo ni terdapat air terjun.. Oleh itu, kawasan ini sering dijadikan tempat berkhemah kerana dekat dengan sumber air.


Ramai jugak yang bercamping kat sini.

Gayat woii!

Lintas sungai
Lintas sungai lagi


Pokok misai kucing
Air terjun
Kene hati-hati lintas sungai sebab arus yang deras
Batu bertingkat
Cendawan!

Ini last water point sebelum ke kem pacat. Sape2 yang nak isi air boleh amik kat sini.




Rehat dulu puas2 kat sini sebelum start pendakian sebenar yang lagi mencabar ke kem pacat!

kasut yang dah lenjun habis!




akar-akar pokok

Kat sini memang trek dia start mencanak2!... Yang penting mental kene kuat walaupun stamina dah out dan yakin dengan kemampuan diri! hahaa... Once penat, berehat dan take time. Tak lari gunung dikejar... haha


Zingiber spectabile @ halia hutan
Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak-samun. Ia dari kumpulan halia dan biasa juga dipanggil halia hutan atau wild ginger. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan & mempunyai bunga yang cantik.



Besaq gila ulat gonggok!!
Pokok berdarah
semut
Sebagai perkongsian, “Mengambil Iktibar dari Kehidupan Semut”. Rutin kehidupan seharian semut amat wajar untuk kita perhatikan dan nikmati pelajaran serta pengajarannya. Malah salah satu surah di dalam Al-Qur’an Al-Karim iaitu Surah ke-27 yang mengandungi 93 ayat dinamai dengan An-Naml.



Surah ini dinamai dengan An-Naml yang bererti semut kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan An-Naml (semut), di mana raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke sarangnya masing-masing supaya tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya yang akan melalui tempat berkenaan. 

Mendengar perintah raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan takjub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan nikmat kepadanya berupa kerajaan, kekayaan, memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai tentera yang terdiri daripada jin, manusia, burung dan sebagainya. 



Adehhh... Pewaiii! Nasib ade tongkat kayu utk berpaut! hahaa

selfie dulu!





Pokok kat sini sangat unik. Lingkaran akar macam gumpalan rambut. Dorang panggil ni pokok rapunzel. Cantik!










Anjing ni nama Johnny penjaga kawasan gunung Nuang ni. Dia jinak jer tak kacau orang.




Selepas 2 jam bertarung mendaki kecuraman yg giler babas, akhirnya sampai la ke kem pacat!. Ahhh.... adrenalin ku mengalir ngan deras!! 



Lepas berehat & makan, tengok jam dah pukul 2 lebih. Kalau nak ke puncak dalam 3 jam lagi kot, dengan trek yang lagi dasat pacak & mencanak ke kem pengasih... mau kuar hutan tengah malam nanti!!... Kitaorang decide untuk turun je.. tak kesampaian lah nampaknyer nak menawan puncak nuang!.. hahaa

solat atas batu
rasa cam nak terjun je dalam sungai ni, tapi tak bawak baju lebih plak... rendam2 kaki jerr... sejuk & nyaman!


Masa nak turun ni, hujan pulak. Bertabahlah kitaorang turun sambil layan kelicinan trail. Prepare bawak payung & pakai baju hujan siap2.. kalau lagi lambat turun, air sungai akan naik deras & xleh cross dah. Masa turun, kasut aku yg basah mencengkam kuat kuku ibu jari kaki!... Berdenyut2... Adeh satu penyiksaan! Bila bukak je kasut, nasib kuku tak tercabut tapi dia dah longgar2... Arghhh! mimpi ngeri!...



In a nutshell, perjalanan mendaki Nuang bagi aku yang newbie ni memang taf! Kalau korang tak kuat semangat, memang pancit & flat! Gunung ni betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal. Nampaknya misi menawan puncak Nuang tewas! hahaaa..

Tapi tips mendaki gunung ni, jangan terlalu mengejar puncak sangat. Enjoy the journey, macam dalam hidup kita sebab kadang2, puncak tu mengecewakan. Tapi kita tidak akan rasa rugi bila menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan yang mencabar tu tadi. 



Nak repeat Nuang??? err, pikir 2-3 kali... hahaa ;p








Comments

  1. Interesting!
    Tapi saya ni tak minat nak join aktiviti mendaki gunung ni semua, kalau ada pun sebab terpaksa. Haha! Tapi keindahan alam yang belum diteroka ni lain dari lain..

    ReplyDelete
  2. cantikkkkkkk :D hihi next time kalau nak gi hiking mana2 dalam bulan 7-8, nak request ikut boleh tak?

    ReplyDelete
  3. salam singgah blogwalking..
    dah xde stamina nak panjat gunung haha..gamba2 yg dishare mmg unik la..especially pokok rapunzel tu..menarikk

    ReplyDelete
  4. bestnyer...dulu zaman bujang suka sangat panjat gunung, jungle-trekking, masuk gua ni

    ReplyDelete
  5. Menariknyaaa..dah lama xbuat aktiviti mcm ni. Last mase zmn sekola dulu

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/rahsia-saya-berjaya-mengumpul-200oz-susu-ibu-semasa-berpantang.html

    ReplyDelete
  6. blogwalking dari gang bbm....... xoxo

    ReplyDelete
  7. wooo nice trip... Nuang memang syok pi... salam kenal dari group Kaki Gunung

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee tahniah sampai gunung nuang. Saya belum sampai lagi.

    ReplyDelete
  9. Sangat Menarik... boleh try naik lepas ni.. cuma x sure boleh smpi ke puncak. lotih eden nnt.. hehehe

    ReplyDelete
  10. terbaik dikk...puas tengok gambar dlm entri ni.... teruskan kerajinan mnguplod gmbr :)
    btw gunung tertinggi selangor= g.semangkuk 1824m

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. bestnya. teringin nak mendaki. tapi tak tercapai lagi :(

    iamFyna^^

    ReplyDelete
  13. best bebenor tengok air terjunnya...rasa mcm nak ikut terjun sekali jer...apapun pokok rapunzel tu mmg unik baru first time nampak....

    ReplyDelete
  14. salah satu wish list sy..gunung nuang..harap dapat pergi tahun ni :)

    ReplyDelete
  15. bukan pernah jumpa kat bukit batu chondong? klu x salah orang lah..
    fb bohwad

    ReplyDelete
  16. Tahniah kerana berjaya mencuba untuk daki Nuang. Boleh cuba lagi lain kali.

    Hehehe.

    Pengalaman Pisyek mendaki Nuang: Misi Menawan Gunung Nuang

    ReplyDelete
  17. saya harap dapat naik ke puncak gunung nuang next week..doakan saya yea..)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!