Rindu Akinabalu!


Assalamualaikum....


GUNUNG KINABALU MENGGAMIT KEMBALI RINDU!


 Walaupun dah 3 bulan berlalu, rasa macam baru semalam jer aku menjejakkan kaki di puncak Akinabalu! Berjaya menakluk puncak Kinabalu merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga.

MasyaAllah, tatkala berada di puncak, terasa diri ini kerdil, menyaksikan keindahan alam semulajadi ciptaan Illahi. Ia satu pengalaman yang amat berharga yang akan sentiasa tersemat dihati setiap pendaki yang pertama kali berjaya menjejakinya seperti aku.




"AIRMATA GUNUNG KINABALU"


Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat lepas (5 Jun), turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Runtuhan besar telah berlaku di gunung Kinabalu berikutan gempa bumi tersebut. 

Sedih & terkejut bila aku dengar mengenai gempa bumi ni yang telah mengorbankan nyawa. 


Salah satu daripada ikon puncak Gunung Kinabalu iaitu 'Donkey's Ears', batu yang menyerupai sepasang telinga keldai, telah patah. Keadaan Gunung Kinabalu pastinya tak lagi sama seperti dahulu. 

T__T


Donkey Ear lambang kemegahan,
Tertewas tika dilanda gegaran.


Malim gunung kinabalu aka porter. Merekalah ni lah jurupandu, kawan, sahabat, peneman dan pemberi semangat dikala pendaki hampir give up & mental down. Mereka jugalah yang banyak membantu dikala kami susah.


Dorang ni memang peramah & baik hati. Yang paling aku ingat, bila ada jer porter lalu, aku mesti tanya jauh lagi ke nak sampai laban rata?... Dorang mesti akan jawab, dekat suda... Lagi sikit saja... Lagi 10 minit saja.. Padahal aku dah jalan nak dekat sejam masih tak sampai-sampai lagi!... hahaa... 


Tugas sebagai malim gunung ni sungguh mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa. Aku sangat kagum dengan kekuatan dorang yang mampu mengangkat barang sehingga 40-50kg bawa naik gunung!

Selain itu, dorang memerlukan perlindungan insurans sewajarnya untuk menghadapi bencana atau berlakunya perkara yang tidak dijangka.


In a nutshell, takziah diucapkan pada keluarga mangsa gempa sabah dan juga tahniah pada semua malim gunung yang telah berkorban masa, tenaga & nyawa untuk menyelamatkan pendaki yang terkandas di puncak!... Kami semua bangga dengan keberanian guide Kinabalu ni!

RESPECT MALIM GUNUNG!


Malim gunung hatinya sabar,
Malim gunung tak akan gentar,
Malim gunung bukan pendekar,
Namun dialah wira sebenar.


Kepada korang yang ingin menyumbang kepada Tabung Gempa Sabah, boleh menaip GEMPA<jarak>1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40, atau 50 untuk sumbangan bernilai RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40, atau RM50 dan hantarkan kepada 13999 pada telefon bimbit masing-masing.


Diharap dengan sumbangan ni bukan sahaja dapat meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung mangsa serta anggota keluarga mangsa, malah boleh membantu kalangan malim gunung yang turut terkesan oleh bencana ini.





Comments

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Castella Cafe, Gerik, Perak!