Taman Rimba Bukit Kerinci PJ



Assalamualaikum


Hari tu balik mengundi, sempat la sis beriadah sat kat Taman Rimba Bukit Kerinci.

With my lil bebbi, Isha!


Done berinai! ehh2... ni dakwat mengundi ye! 2-3 bulan juga baru boleh hilang ink dia. hahaa


Lokasinya taman ni adalah di Jalan Kubur, Kampung Pantai Dalam. Memang ada lalu kawasan kubur pon! hahahh


Jambatan besi yang gah!


Wow gitu! haha. Mesti ramai yang tak tau ada jambatan macam ni kat PJ kan. Sebenarnya dekat je dengan Bangsar dan Kuchai Lama. Mana letaknya jambatan ni?

Aku pun baru tau sebenarnya lepas terbaca blog! muahahaaa.. Ingat ke nak hiking dari bukit gasing sampai ke jambatan besi ni. Tapi jauh juga trek dia sebenarnya. So aku waze jer Taman Rimba Bukit Kerinci ni. Terus sampai ke pintu masuk dalam 15 minit jer drive dari PJ! hehee


Cantik jambatan ni! Teringat pula kenangan cross jambatan kat Annapurna! ehehhh



Hadekk manis nak melawat kawasan! hahaa



Ada laluan denai untuk pengembara yang suka dengan hutan. Boleh tembus ke trail Bukit Gasing. Aku pun tak habis pusing lagi trek bukit gasing sebab dia ada banyak laluan.. hahaa




Tapak untuk pasang khemah. Agak-agak serem tak kalau nak camping kat sini?? hahaaa


Tempat nak buat unggun api & BBQ party! Tapi kalau nak camping kat sini kena dapatkan kebenaran dulu. Boleh tanya dekat pak guard yang jaga kawasan ni.


Di sini terdapat sebatang anak sungai membolehkan pengunjung mandi-manda, selain untuk aktiviti perkhemahan!


Beronok-ronok tengok bebudak ni main air! hahaa


Cari beduru ke berudu dik oi! hahaa


Kak jom main terjun tiruk sini! Kata adik tu.


Berkeluasan kira-kira 66 hektar, taman rimba yang dibuka sejak tahun 2012 ni dahulunya hanya sebuah ladang getah dan kebun terbiar .

Dalam usaha memastikan taman ni kekal sebagai hutan simpan untuk faedah masyarakat, kerajaan mewartakan taman itu sebagai rizab kawasan hijau yang tidak boleh ditukar kepada apa jua jenis pembangunan.


Usha pakwe ke tu??



In a nutshell, korang boleh la datang sini beriadah di tengah bandar dengan suasana persekitaran yang masih mengekalkan keindahan alam semulajadi.


Till then gais! bubye




Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak