Hallo2!...Rasa macam sudah lame xupdate blog...haha.. Baru-baru ni aku berkesempatan buat aktiviti outdoor yang memang dah lame aku mengidam nak buat...Nak tau aktiviti apa??
Let's check it out yo!
Go Pro Bro!
Sebenarnya aku join event ni atas pelawaan sorang member aku mase study kat Uni dulu (BOB). Dulu aku dah pernah explore Gua Tempurung ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Gua Tempurung, boleh usha entry ni.
Kami semua bertolak dari KL dalam pukul 5.30 pagi & regroup di R&R Rawang untuk solat subuh & kat sini Team2 Urban Escape berkumpul.
Walaupun kitaorang sume tidak mengenali antara satu sama lain tetapi ini tidak mematahkan semangat yang ternyata sangat membara untuk buat aktiviti outdoor ni...hehee
Kitaorang berkonvoi dalam 4-5 biji kereta & sampai ke Gua Tempurung lebih kurang pukul 9.15. Selepas bersarapan & sedikit taklimat, bermulalah aktiviti menjelajah gua tempurung.
Crawling in the dark
Untuk aktiviti meneroka gua atau dipanggil 'spelunking'kali ni, kitaorg amik pakej 'Top of the World'. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam pergi & balik.
steady bro!
Melihat keunikan dan keindahan ciptaan Yang Maha Esa yang tersimpan nun jauh di dalam gua ni memang cukup mengujakan. Keletihan meneroka dengan laluan yang mencabar bagaikan terbayar.
Hati-hati dengan batu2 tajam atas kepala tu kak! hehehh....
Stalactite formations
pelombong2 bijih timah sedang berehat. ;p...hahaa
with bro Ajib, our guider!
Pelbagai rupa bentuk stalactite & stalagmite yang boleh dijumpai dalam gua ni. Sangat cantik & unik.
Semua berjaya keluar dengan selamat...keh3
Urban Escape!
Skang ready untuk aktiviti kedua. Semua nampaknye dah tak sabar dah nak menempuh cabaran Berakit Arus Deras atau lebih glamour lagi di sebut White Water Rafting. yeehaaaa!
tunjuk ape tu Bob?? hahaa...
Untuk ke kawasan sungai di Ulu Gerundum, kami kene menaiki lori lebih kurang setengah jam. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dengan gunung ganang dan kawasan kampung yang bersih.
hello, adrenaline junkies!
Sukan rekreasi yang membabitkan aktiviti melawan arus deras air sungai ni mula mendapat tempat di hati pencinta sukan lasak bermula pertengahan tahun 1970-an.
Aktiviti berakit diperkenalkan sebagai sukan utama dalam Munich Olympic Games pada tahun yang sama.
aku dah ready ni!..hehee
Masa paling baik untuk melakukan aktiviti ni ialah selepas hujan lebat apabila paras air naik. Bagaimanapun, bagi pendatang baru macam kitaorang ni, yang ingin mencuba tanpa perlu berjuang melawan arus deras, musim kemarau adalah masa paling sesuai.
Antara lokasi lain untuk aktiviti ni adalah Sungai Padas dan Sungai Kiulu, Sabah; Sungai Sungkai di Perak, Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru, Sungai Endau, Jeram Besu dan Sungai Lipis di Pahang; Sungai Telom di Cameron Highland dan Sungai Tembeling di Taman Negara Pahang.
jeram yang perlu ditempuhi
Mengikut kalendar "Rafting", bulan February bukanlah bulan yang terbaik untuk mengadakan aktiviti ini, antara bulan yang menjadi kegemaran untuk aktiviti ini adalah bulan Disember setiap tahun. Ini kerana selalunya kuantiti air dan kedaan jeram ketika bulan itu sangat memberansangkan selalin mengalami fenomena "air besar" yang menjanjikan cabaran yang lebih banyak dan menarik.
Setibanya disini kami diberikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan iaitu mengenai 'water confident', ianya adalah keadaan dimana jika kami terjatuh dari 'raft' dan berada dalam air.
raft instructor tengah warm up
tengah tunggu turn masing2...semua muka cuak!...keh3
ketika ni kami dilepaskan seorang demi seorang merasai sendiri keadaan didalam air dan melalui jeram yang memang menengelamkan dan memaksa 'meminum' keenakan air sungai. hahaaa....
bro Ajib tengah buat demo water confident
Lepas tu, semua nampaknya dah tak sabar nak start. Kitaorang dipecah kepada 4 kumpulan.
1 rakit ada 4-5 orang dan mesti ada seorang 'guide' atau 'rafter' yang berpengalaman akan memberikan arahan kepada peserta dalam kumpulan seperti 'forward' 'backward' 'boom boom' 'jump jump' 'on your job' mengikut keadaan jeram dan air dihadapan.
Group 1
Group 2
Group 3. Ni group aku yang suke sangat jump-jump...hahaa
Group 4
Dengan bro insrtuctor yang sempoi, giler2 & memang best!
aktiviti ni meningkatkan semangat berpasukan dan mampu mengekalkan stamina badan.
Di sesetengah tempat, terdapat sedikit masalah apabila bot tersangkut di celah-celah batu akibat air sungai yang rendah & cetek ketika musim panas & kemarau ni. Agak meletihkan jugak untuk cuba melepaskan bot dari batu-batu tersebut. Jenoh aihh asyik kene jump-jump, move forward, backward sume...phewwww! lenguh tangan bak ang!
yeayyyhhh!
Tak sah aktiviti ni kalau tak jatuh dalam air, bot terbalik (capsize) atau pengalaman genting bot menjunam dari jeram yang ektrem itu. Ade satu mase tu, bro instructor group aku, sengaja buat2 bot terbalik, berpusing2 takpun tarik kitaorang jatuh dalam air. Agak penat nak naik balik atas bot, tapi memang bestttt! hahaa....
take a break!
we want more! we want more!
muka keletihan geng jump-jump! hahaa
berkemas sebelum pulang
Owooo....balik kampung.....
Sebelom sume pulang, kitaorang sempat membuat post mortem untuk aktiviti kali ini. Nampaknya semua sangat berpuas hati dengan pakej yang disediakan. Dengan harga RM180 ni memang sangat berbaloi dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Tidak sabar rasanya menanti aktiviti lain pulak. Ape yang paling penting adalah kami sume enjoy!
Assalamualaikum Day 2 - Jumaat 16/08/2024 Hari ni kami nak ke Shangri-la Grand Canyon, Balagezong. Berbekalkan info yang kami dapat daripada owner hotel ni, dah macam cakap dengan ayam & itik gais! hahaaa.. Dorang kat sini memang tak boleh cakap english langsung. Kami pon tak de yang pandai cakap cina. Memang communication breakdown betul! hahaaa Memang banyak info dia bagi kat weechat jer. Nasib baik kat weechat boleh translate ke english. Kami nak google pun macam tak banyak info. So kesimpulannya memang kami redah jer nak ke sana. Dari hotel kami jalan kaki nak ke North Gate stesen bas lebih kurang 15 minit ikut map yang dia bagi. So dari stesen bas ni dia akan bawa kami ke Balagezong lebih kurang 2-3 jam perjalanan. Sesat jugak dalam Oldtown Dukezong ni nak cari North Gate tu. hahaaa.. Kena gerak awal dalam pukul 7 pagi sebab perjalanan nak ke sana pun dah jauh. Pening jugak nak deal harga sebab tak paham bahasa cina. hahaa Entrance Price is CNY165 + 75 (Stupa) = CNY 240. ...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum..... Kali ni aku nak mendaki Gunung Datuk iaitu Gunung yang terletak di Rombau most wanted yaw, Nogori Sembilan. Ni memang trip main redah jer! hahaa Perjalanan dari Petaling Jaya hingga ke kaki Gunung Datuk sekitar 2 jam jugak la. Gogo untuk trip ni ialah si gadis Ayu. Aku pulak jadi sweeper, Yaya dok tengah2! hahaa.. Kitaorang memulakan pendakian ke puncak pada jam 8.30 pagi dan sampai ke puncak sekitar jam 11.30 pagi. Bayaran permit sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap pendaki dan nama juga perlu direkodkan di pondok ranjer sebelum memulakan pendakian. Map Kos tersebut adalah untuk memelihara alam agar tidak tercemar selain menampung kos operasi tandas yang berada di kaki bukit dan sebagainya. Trek masuk akan melalui sebatang sungai yang perlu diseberangi sebelum mula pendakian. Laluan treknya tidaklah terlalu ekstrem. Treknya yang agak lurus serta jelas dengan tanda membuatkan ianya senang untuk diikuti tanpa memerlukan kh...
Assalamualaikum Hai gais! Kali ni sis nak bawa korang joging kat lokasi yang cantik kat tengah KL ni! Sebenarnya ni training sebelum sis pergi ke Xueshan haritu. Sekarang baru nak update kat blog! hahaa Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens ni terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Tasik ini terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Nama Tasik Perdana dipilih kerana berhampiran dengan kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini ia lebih dikenali sebagai 'Taman Botani Perdana' iaitu sebuah taman awam yang besar di Kuala Lumpur. Taman Botani Perdana merangkumi kawasan 226 ekar (91.6 hektar). Ia diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak. Terjumpa arnab kat celah-celah bunga ni! Wallaweh! main sorok-sorok ye! OMG too cute too handle bunny! Gemok & Gebu gebas! hahaa Aduhhh...
Assalamualaikum Harini kami nak hike ke Bukit 527, Sepang. Bukit 527 (atau “Peak 527”) terletak di Sepang, Selangor. Lebih spesifiknya dekat kawasan Bandar Baru Salak Tinggi / Salak Perdana. “Exploring the world together, one hills at a time.” “Started young, born to climb.” “Raising a wild soul, one trail at a time.” “Some of the best childhood memories are made on the trail.” Pemandangan dari puncak boleh nampak kawasan sekeliling Salak Perdana & bandar Baru Salak Tinggi. View macam dekat Bukit Sri Bintang pun ada. Hahaaa /sri-bintang-hill-20.html#google_vignette Elok datang pagi, udara lebih sejuk, laluan kurang ramai, dan nampakkan pemandangan yang jelas (tak kabur sebab kabus/haze). Trail tanah merah dan laluan boleh jadi sangat licin bila hujan. Kasut yang ada grip dan pakaian yang sesuai sangat membantu. Bawa air yang mencukupi & sedikit kudapan, nak hiking kadang rasa haus cepat terutama bila ikut laluan curam. Kat puncak macam-macam ada. Siap ada kerusi meja unt...
Assalamualaikum Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley , biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi. Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak. Boleh waze jer. Baru nak start hiking terasa insaf sekejap. Salam ya ahli kubur! Sesungguhnya kami, insyaAllah akan menyusuli kalian. Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner). Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace). Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup. Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu. Tips kalau nak naik: - Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat). - Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme). - Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup. - Kalau musim hujan...
Indoor Petting Zoo, The Mins @ Kota Damansara theMINs@KD 2A-H, Jalan Teknologi, Pusat Teknologi Sunsuria, Kota Damansara PJU5, Petaling Jaya, Selangor Business hours: 10am-10pm daily a hidden gem where you can meet all kinds of reptiles and animal species some of the animals such as the goats and snakes are available for sale Mammals, reptiles and fishes, from Africa to Southeast Asia and South America Baa, Baa, Black Sheep.. ehh white goat ahhh... so kiut! Canadian marble foxes Gering-ding-ding-ding-dingeringeding! What the fox say? Fox ni special skit dok tempat ade aircond! Sejuk skit dalam ni. hahaa White kanggaroo My brave girl! Mama pun tak berani nak pegang sebab geli skit dengan binatang berbulu ni. hahaaa Lepas dah penat tengok animals boleh lepak cafe dia makan2. In a nutshell, korang yang ada anak kecil tu memang sesuai la datang sini boleh main dengan animals dekat sini jinak-jinak. Till then guys!
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Cewah... Seronokkan? Lama x beraktiviti masuk gua n berakit di air putih. Hehe... Teruskan! I like :)
ReplyDeletetak pernah buat rafting lagi.. but seem interesting ya! =)
ReplyDelete