Makmal Burger Saya


Assalamualaikum....


Adakah korang dah bosan dengan burger bakar yang biase? Jom kita try burger bakar yang lain dari yang biase pulak. Hari ni, geng2 food hunter nak buat foodology experimental di 'Makmal Burger Saya' aka 'myburger Lab'.

Ape yang menariknye kat Makmal Burger nih?? Dengar citer tempat ni memang femes. Siap pernah menang Best Western Restaurant in the Time Out KL Food Awards 2013.

Jom kita terjah!

Musz cover skit perut tuh! ;p
Keunikan burger yang dapat dinikmati di restoran yang terletak di Seapark, Petaling Jaya ini adalah kuantiti yang banyak dengan saiz yang besar pastinya akan membuat korang kekenyangan. Yang lagi buat kitaorang teruja adalah burgernya yang aneh kaler hitam...hahaa. Roti burger ini dibuat dari adunan tepung yang dicampur dengan arang buluh. Ha..special x??

Boleh like & follow kat social network
Order Here
 Ade 3 pilihan burger kat sini. Boleh pilih nak daging, ayam @ sayur. Nak beli burger je pon boleh. Klu nak yang set just tambah RM6 skali air yang boleh di refill sesuka hati & kentang goreng.


Baru-baru ni satu cawangan lagi telah dibukak di OUG, Awan Hijau, KL. Apa yang membuatkan kitaorang tertarik dengan restoran ni selain burgernya yang unik adalah hiasan dalaman yang juga unik. Tengok jelah macam mana style diorang hias kedai dengan lukisan kat dinding ni. Ade jugak gambar2 selebriti yang penah datang makan kat sini & duit2 kertas dari seluruh dunia ditampal kat dinding. Mat salleh pon ramai datang kat kedai ni.

Nampak aneh tapi belum cuba belum tau kan!...hehehh
Antara menu yang terdapat di sini adalah Fried Portabello Mushrooms, Say Cheese, Jam With Elvis, Spicy Hawaiian Chicken, Veg Shroom Shroom Shroom & banyak lagi.

tadaaaaaa!
Jempot makan uolls!
Nampak menyelerakan @ menyeramkan??? hahaaa
Yummeh.....!
Aku tengah melahap set burger 'Say Cheese'!

Restoran ini akan dibuka dari pukul 5 petang hingga 11 malam, dan akan tutup pada setiap hari Isnin. Restoran burger ni kadang2 akan ditutup lebih awal daripada waktu tutup sebenarnya kerana kehabisan makanan, jadi pastikan korang datang tepat pada kedai mula beroperasi iatu pada jam 5 petang. Limited edition sungguh! hehehee

Alamat myburger Lab :

No. 14, Jalan 21/22, Seapark 
46300 Petaling Jaya, 
Selangor 

Siap beratur sampail luar kedai....
In a nutshell, setelah dikaji semua pembolehubah yang dimalarkan, dimanipulasikan & bergerak balas (teringat pulak subjek sains mase sekolah rendah dulu.....hahaa), inference yang kitaorang dapat dari hasil experimental ni adalah.....

kualiti makanan dia ok, kentang goreng dia tebal & garing, ade macam perencah spicy2 skit dengan special sos, patty dia boleh tahan sedap. Tapi, bila makan roti burger ni ade macam terasa arang skit. Sekadar nak mencuba tu boleh la...hehehh






Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS