Tugu Negara




Assalamualaikum.....


Hari tu aku nak pergi buat passport kat UTC KL. Disebabkan manusia yang sangatlah ramai almaklumlah hari sabtu, lepas amik nomber je dia suruh datang balik pukul 2 petang. Padahal time tu baru pukul 9...erm.. ape lagi aku pon pergi la round2 satu KL. Dari taman tasik, jalan TAR ke tugu negara..

Tugu negara?? Ade ape dengan tugu negara ni?...hahaa.. Aku teringat kali pertama & terakhir aku pegi sini mase zaman tadika kot....keh3

Moh kite menghayati sejarah Tugu Negara ni... 



Tugu Negara telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Tugu ni berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang juga bertanggungjawab membina Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. 

Tugu Peringatan Perang USMC di Amerika
USMC War Memorial
Ha, lebih kurang same kan... X payah pegi jauh2 kat Amerika tu, kat Malaysia pon ade..hehee

Tugu ini adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta & merupakan tugu terbesar di Malaysia!. Perghhh.....

Respect!

Idea awal pembinaan tugu ini diusulkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat. Patung tersebut telah dibuat di Itali dan dihantar khas ke negara kita sebaik sahaja ia disiapkan.


Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. 

Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Kerja membaikpulih Tugu Negara telah siap pada 11 April 1977 oleh Christoper Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara.






"Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause Of Peace And Freedom,
 May The Blessing Of Allah Be Upon Them" 

"Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan Dan Kebebasan, Moga2 Allah Cucurkan Rahmat Ke Atas Mereka" 





k.bye!





Comments

  1. hai blogwalking.. haha! tatau knape.. ni laa tmpat yang my abah suke nak bawak (walaupun dah sume dah besar panjang) =D

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat