Burger Factory, Oasis Ara Damansara



Assalamualaikum.....



Hai sedhaghe sedhaghi! 

Rasa macam dah lama aku tak buat food review. Selalunyer aku g makan kat gerai mak temah, kak tom tom & gerai bese2 je kat tepi jalan. Sekali sekala hujung-hujung bulan, baru la nak merasa makan cedap cikit... miahahaaa... 
Jap tengah pikir tempat mane yang best nak melantak???... 

Hari ni aku nak p makan dekat 'kilang burger' dekat2 ngan ofis lama aku. Hambik ko makan kat kilang??! Kilang la sangat kann... hahaa.... Kalau translate kan Burger Factory... Factory2 & kilang2.. same je.. Nama nak best je kan... keh3....

with my new colleague, si gadis Ayu! ;p

Burger Factory yang aku pergi ni dekat Oasis Square, Ara Damansara. Environment die lawa sangat!.. Dulu kat sini tak de ape2 pon setakat kedai mamak Barakath 23 jam je. Situ je la tempat nak melepak sampai kedai nak tutup. Tapi dia tutup sejam jerrr... Kata pon 23 jam kan... lol. Skang ni happening & meriah giler. Dah penuh dengan deretan kedai-kedai makan. Memang lawa r decoration dia.  Kat tengah-tengah dia ade pool & air pancut.. rasa macam nak berenang jerrr kat situ... haha.





Tak nak duduk dalam, lepak kat luar sambil layan pancutan air pun menarik... boleh mengushar ;p... hahaa

1 ext IMG_2259
Ada sampan lagi..
The Burger Factory, Burger & Chips Bar

Sementara nak tunggu makanan sampai, tengok suasana sekeliling kedai best! Memang santai & sesuai nak lepak lepak dengan family or member2. Penggunaan warna yang menarik & deco yang sempoi. Suka lampu dia, tengok macam boleh DIY sendiri je...

Ruang yang cozy
botol dia unik!
Nasi goreng belacan
Walaupon kedai burger, dia bukan juai burger jer, Nasi goreng pon hado. hehehh

 Cheese N Cheese. RM14.90

Aku pilih yang ni Cheese N Cheese sebab bun dia warna HITAM! Namanya charcoal bun, tapi takde lah rasa arang sangat. Memang cheezy, fluffy and berlemak gitu.  Memang kenyang gila makan. 


 Meet The Chic. RM 13.90
Yang ni Meet The Chic. Harga yang tu untuk burger sahaja.. Agak mahal jugak. Kalau nak jimat better amik set dengan air & kentang tambah dalam 6.00 ++ .


Ade bermacam jenis burger. Nak daging boleh, ayam pon boleh! Kalau species perut empat boleh la kot nak melahap The Boss or Sumo Feast a.k.a Champion, tengok le gambor nya...haishhh...menggunung!... Koyak mulut! hahaa ;p

tak nak makan burger, pasta & pizza pun ada...

The Burger Factory ade dua lagi outlets di Subang Jaya SS15 and Kota Kemuning. 


In a nutshell, burger kat sini ok la... leh layan! 


Lokasi :


Address: R-10, Central Piazza, 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya.

Operating days: Every day

Operating hours: 11.00 a.m. - 12.00 a.m.

Contact numbers: +60122883803 / +60356129992 (SS15) / +60355255993 (Kota Kemuning)

WiFi: available tapi kene like fb page dia dulu.. lol







Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS