Day 2 : Hong Kong Disneyland Checked!



Assalamualaikum...



5 September 2015, Sabtu, 9.30 am


Hari kedua di Hong Kong. Muka kelayuan macam tak cukup tido! Semalam seharian dah jadi Panda! hahaaa... Padahal pagi ni excited uolls nak pergi ke Disneyland! Yeayyyhh!


Sebelum nak gerak ke Disneyland ni, eloklah kalau korang makan breakfast dulu kenyang2. Kitaorang masak je Brahim kat dalam bilik. heheee.. Baru la ade tenaga sikit nak berjalan pepagi ni! ;)


Dari stesen Mongkok, amik train ke Tung Chung & Disneyland Resort Line.


Train ke Disneyland ni cantik & special! Ade sofa yang empuk, pemegang & tingkap bentuk Mickey Mouse! Cute!


Orang kat belakang tu terlebih excited! hahaaa

Lepas keluar dari Disneyland Resort Station tu, terus nampak pintu gerbang Disneyland! Perghhh meriahnya kat sini. Semua orang berpusu-pusu nak masuk dan bergambar kat pintu gerbang ni! Kitaorang sampai lebih kurang jam 10.00 pagi, elok dah tu. Disneyland ni pun buka bermula pada pukul 9.30 pagi sampai 9.00 malam.



Disneyland adalah taman hiburan paling terkenal di dunia. Tiket Disneyland ni sekeping berharga HKD438. Memang agak mahal lah. Kalau convert duit Malaysia lebih kurang RM250. Fuhh...

We are here: Hong Kong Disneyland
Disneyland yang pertama sekali dibuka adalah di Amerika iaitu, Disneyland California oleh Walt Disney dan kakaknya, Roy Disney, untuk anak-anak mereka. Huntunglarrr jadi anak-anak dorang nih! Bapak dorang binakan taman tema untuk tempat bermain! Kerlassss! 

Kemudian yang kedua, Walt Disney World di Florida. Lepas tu dibuka pula Disneyland di Paris, Tokyo dan Hong Kong, Next pulak akan dibuka lagi di Shanghai pada tahun 2016. Dengarnya Disneyland Shanghai ni akan memiliki Disney Castle tertinggi di dunia serta taman tema seperti Pirates of the Caribbean. Wowwww!


Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bertema Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus guna di Penny's Bay, Pulau Lantau. Taman ni dibuka pada 12 September 2005. 

Taman ni boleh menampung 34,000 pelawat sehari, sebagai taman Disneyland terkecil di dunia.

Tiket masuk!

Tips : 

1. Sebelum nak masuk dalam Disneyland ni, pastikan korang tak de bawak ape2 bekal makanan yang besar. Nanti dia akan bukak beg & check betul2.. Tapi kitaorang seludup jugak makanan sikit2 macam roti, gula-gula & biskut.. Pandai-pandai la sorok.. hahaa.. letak kat celah2 poket beg, tindih2 sikit. Kalau korang bawak bekal memang dia tak bagi bawak masuk, samada korang kene tinggalkan atau buang.

2. Kat dalam Disneyland tak boleh guna monopod! Aku baru je dah beriya nak selfie tapi masa security check tu dia suruh simpan monopod dalam beg. Nasib dia tak rampas! hahaaa.. Tapi masa dah masuk dalam tu aku pasang balik monopod. Tapi kene hati-hati jugak bila nampak security yang tengah jalan-jalan cepat2 sorok monopod tu! hehee


Lepas masuk melepasi pagar tu, jangan lupa untuk ambil brochure Disneyland, map guide dan entertainment schedule dia, barulah senang untuk merancang perjalanan korang.

Ok nak pergi kat mana dulu ye???


Here you leave today,
And enter the world of Yesterday, Tomorrow & Fantasy!


Taman ni terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A., Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland.


Main Street USA. Bila masuk jer, ni lah kawasan pertama yang dilalui. Dinamakan sempena nama sebatang jalan di USA. Bangunan2 ni suma Souvenirs Shop kat kiri-kanan street nie.. 


Sleeping Beauty Castle!


Masa kitaorang pergi hari tu, Hong Kong adalah pada penghujung summer (peralihan musim summer ke autumn). Ingat ke dah nak start sejuk! Bajet2 lah pakai jaket! Padahal rasa cuaca kat sini macam lagi panas dari Malaysia! 30 darjah celcius uolls! Ok bersauna lah kite kat dalam Disneyland ni! Harap balik Malaysia nanti dah kuruih! bhahahaaa...



First kitaorang pergi Adventure Land!




Lepas tu pergi dekat Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Sini macam kawasan Cowboy! Kat sini kitaorang main roller coaster! Best jugak!




Next, pergi Toy Story Land.


Kat sini ada permainan seperti RC Racer, Slinky Dog Spin dan Toy Soldier Parachute Drop.


Dulu cita-cita kekonon nak jadi Airforce! ;p Jom acah-acah jadi Paratroopers! Agak-agak lepas naik ni ade dapat wing tak?? lol

Jejoms terbang tinggi dengan Toy Soldier Parachute Drop! Boley tahan jugak tinggi die.. Dapat tengok view bukit bukau! Lawa giler! Masa naik rileks jerr, slow2 tapi, bile die turun...... zass jantung tertinggal kat atas!.. Rasa macam sekejap sangat! hahaha


Amoi kat tepi tu dah kenape?? Panic attack ke lepas parachute?? bhahahaaa


RC Racer ni akan memastikan adrenalin korang mendidih coz berlumba di coaster berbentuk U setinggi 27 meter. Yang ni memang laju la!.. Tapi gayat sesaat jer! Tak sempat nak feeling sangat! hahaa


Lepas tu excited bila tengok “askar-askar” dalam filem Toy Story keluar berkawad! hehee

Aye aye Sir!
With Sheriff Woody!
Bangunan City Hall

Untuk solat korang boleh solat di City Hall. Pihak pengurusan menyediakan bilik yang selesa dan cantik. Dorang bagi kita guna bilik ni dalam 15-20 minit. Wuduk kene amik kat toilet sebelah lah. Kat sini boleh la berehat kejap dari cuaca panas terik kat luar tu. hehee



Masuk dalam kedai souvenier sebab sejuk ade aircond! Panaih bak ang! hahaa.. Usha2 ape yang best!

Cantiknyer crown Cinderella ni! Kalau pakai mesti terase macam Princess! ;p
Tudia harga crown nih!
Cantik rumah nih!

Dah penat suma, lepak2 dulu makan makanan yang kitaorang seludup tadi! hahaaa.. Boleh la sekadar nak alas perut!


Kat sini korang boleh bawak botol air. Nak refill air boleh pergi dekat ngan Fantasy Land. Dalam cuaca panas ni memang asyik haus je lah! Better bawak botol air yang besar. Nak beli air dalam ni memang mahal lah! Sebotol air mineral 500ml jer mau sampai HKD30! Perghhh...


Next ke Fantasyland!

Masuk kat Phillar Magic



Kat sini kitaorang naik Mystic Magneto-Electric Carriage, untuk tengok harta karun dari seluruh dunia. Best kat sini! Dia macam ride pastu ade magic2! 




Next tengok, Mickey's PhilharMagic di mana Donald Duck menghidupkan semula moment yang paling dia ingati dalam filem animasi Disney dalam bentuk 3D. So ade feel air merecik, angin-angin bertiup skit! Last2 Donald Duck tercampak keluar dari screen wayang tuh! hahaa..


Donald Duck Show begin!

Kat Disneyland ni, dia membawa korang balik ke zaman kanak-kanak. Hehe.



Train dah terlepas!
Tengah tunggu next train


Ade musician buat show! Siap tegur kitaorang lagi, tanya apa khabar?? Pandai cakap bahasa melayu. Dorang ni Filipino! Comey jugak pakwe Pinoy nih! lulz! ;p

Hello Love!

Next, naik Space Mountain di Tomorrowland. Best gak yang ni. Rasa macam menerokai angkasa lepas dengan menaiki high-speed roller coaster! Keluar-keluar je kepala pusing! Coz dalam tu gelap gila. Ride dia laju pastu lampu berkelip2! hahaaa.. pening!


Hahaaa... muka cuak tak leh cover!

Next, main bawak kereta sambil turun bukit kat Autopia. Rileks je bawak kete slow2!


Lepas tu pergi bantu Buzz Lightyear memerangi makhluk asing di Buzz Lightyear Astro Blasters!


Ni best main tembak-tembak! Macam budak-budak kecik main pistol laser! hahaaa


Next pergi naik bot melalui anak sungai di "It's a small world". Kat sini kitaorang menerokai perjalanan merentasi dunia yang penuh warna dengan lebih 100 anak patung yang cantik dan penuh imaginasi. Setiap negara ada lain-lain tema dia! Lama jugak duk dalam bot ni. Relaks je la sambil layan patung2 cute ni.



Bahasa Melayu pon ada lah! Bangga jadi anak Malaysia.. Eh tibe2..! hahaha




It's a world of laughter, a world of tears

It's a world of hopes and a world of fears

There's so much that we share that it's time we're aware

It's a small world after all



It's a small world after all (3x)
It's a small, small world

There is just one moon and one golden sun
And a smile means friendship to everyone
Though the mountains divide
And the oceans are wide
It's a small world after all

It's a small world after all (3x)
It's a small, small world



Ok lagu small world tu masih terngiang2 lagi! Arghhhh...

In a Nutshell takes It's a Small World! yeahhhh!

Aku sampai sekarang dok terngiang-ngiang lagi lagu Small World tu!.. Berhantu beb bile ingat lagu tu balik.. hahaha


Stitch Encounter show!

Kat sini kitaorang boleh berinteraksi dengan Stitch.. Stich tu ade kat angkasa lepas! Gila hebat tuuuuu ;) Sape yang kene tanye dengan Stich tu nanti dia snap gambar kat screen! Best jugak!

Last skali pergi kat Winnie Pooh! Pastu rasa macam dah habis round dah satu Disneyland ni. Dia tak de lah besar sangat. Macam ala-ala besar Universal Studio Singapore. Kitaorang tak naik sangat ride yang berpusing-pusing tu macam flying jumbo, mad haters cup, cinderella carousel, orbiton, ufo zone. Nak jimat masa. Ni suma ride untuk bebudak jer! Kalau datang dengan anak-anak nanti seronok la kot nak layan! ;p hahaaa...

Aku mencari ride & roller coaster yang extreme, tapi malangnya ternyata tiada! Tu dekat Ocean Park la kot! hahaaa... 

Hello, Orbitron!
Sebelum balik, tangkap gambar dulu puas-puas!



Tomorrowland, Pengembaraan ke dunia masa depan. Penuh dengan watak-watak kartun dunia angkasa lepas, planet-planet dan robot-robot canggih. 

Berat nanang planet nih! lol
Istana yang cantik!
Mickey, Bride to be!
Kedai menjual cenderahati memang banyak kat dalam ni. So, kalau korang nak shopping, sediakanlah duit berkepuk-kepuk ya.


Waddup Goofy!

Ok gais, line clear ni. Cepat2 aku keluarkan monopod yang dalam beg tu! First lets us take a selfie!

Lagi!
Dan lagi!
Alamakkkk! Security datang pulak! Ok Gelabah-gelabah! Cepat-cepat simpan balik monopod! hahaaa...


Apalagi, suruh mak cik security tu tangkap gambar kitaorang kat depan nih! bhahaaaa.... Kitaorang tak tunggu sampai malam pon coz tak larat lah nak tunggu bunga api tu. Kaki dah lunyai bhai, jalan berapa round dalam nih, perut pon sudah berkencorong, kitaorang nak pergi cari makan pulak kat luar! hahaaa...


Gud bye Disneyland! Till we meet again! See u in Tokio, Paris & US! :)
My Bucket List Checked!

My childhood dream #6 'tick off'! Yeahhhhhh! Dream come true! :)



Next, nak pergi cari makan kat Chinese Muslim Food pulak! Muka masing-masing dah kepenatan & kebuloq! lulz ;p




Previous entry :






Comments

  1. Wah.. Seronok melihat tempat orang kan..

    ReplyDelete
  2. semua gambar ni tangkap guna sj4000 ke ? cantik la gambar2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai SJCAM SJ5000. Ade jugak campur2 guna Kamera Samsung, Phone Iphone, Oppo.

      Delete
  3. Bestnya dapat bercuti kat disney land Hk..
    Kena pergi juga nie gan wife AM lagi syok..

    Berapa kos semuanya??Boleh la wak tabung nanti..


    Artikel Paling HOT..
    HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Women
    HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Men
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM DISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  4. Okay juga cuaca macam tak panas. Tak stay back tengok parade eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas amat! Tak sempat tgk parade cz pergi solat time tu.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS