Day 1 : Touchdown Hong Kong!
Assalamualaikum...
4 September 2015, Jumaat, 3.30 am
Ni aku follow trip member aku, Haq. Aku memang dah roger mana2 geng aku, kalau ade buat trip obersea please ajak aku! Tak kesah la pergi mana-mana pon! Kepingin sangat nak pergi obersea! hahaa... Dia dah lama plan untuk trip ni. Cover sekitar Hong Kong, Macau & Shenzen. Aku pon mula-mula xtau pon ade ape eh kat tempat2 nih? Yang aku tau ade Disneyland je la kat Hong Kong! hahaa...
Pukul 3.30 pagi |
Kitaorang beli tiket asing-asing. Haq dan kawan-kawan dia akan gerak sekali. Aku & sorang kawan aku, Zack akan gerak sama-sama ke Hong Kong. Kitaorang beli tiket sama2 harga RM370 return include baggage 20kg & makan. Tapi disebabkan cuti Zack untuk seminggu tak lepas, so terpaksa lah burn tiket dia! huhuuu... So aku kene gerak sorang la dari KL ke Hong Kong nih! huhhh... Macam cuak2 la pulak! Ni kira first time la aku nak pergi obersea sorang-sorang! hahaa... Bajet2 solo backpackers! lol
Flight aku pukul 7 pagi hari Jumaat. Malam tu aku dok lepak ngan member aku sampai tengah malam & dia tolong hantar aku kat KL Sentral pukul 1 pagi. Dari KL sentral aku naik bas untuk ke KLIA. Bas pulak yang ade pukul 2.30 pagi. So tunggu je lah sambil mengantuk. Harga tiket RM11 sehala.
Nasi tomato & air seteguk! |
Lebih kurang pukul 3.30 pagi aku sampai kt KLIA. Ingat nak tido kejap kat surau, tapi sejuk giler aircond dia sampai menggigil tulang rusukku! lol. So xleh tido sampai subuh. Pukul 6 dah kene stanby nak naik flight.
Dah selamat naik flight, aku dihidangkan dengan Nasi Tomato yang rasenyer so-so ajer.. Air minum pulak kecik giler. Rase macam seteguk jer dah habis! hahaa.. Maka, marilah berhibernasi selama 4 jam atas flight! zzzzzzz.. Tapi tak boleh tido sangat pon. Ade lah terlelap sekejap jer! Mata sudah jadi panda! huhuu
Pishanggg!... |
Sampai-sampai je aku macam blur.. Tak tido semalaman semalam. Adakah ini jet-lag?? lol. Waktu kat Hong Kong ni sama jer dengan Malaysia sebenarnya. Tapi waktu subuh dia awal la. Aku macam blur mana aku nak pergi amik beg aku ni.. Aku pon jalan je lah ikut hati, ikut signboard. Pastu kne check immigresen. Ade la 2 orang mamat ni orang Malaysia, tegur aku masa tengah beratur. Dorang dok belakang aku jer. Dorang ingat aku ni solo backpackers. hahaa... Aku pon sembang2 lah dengan dorang.
Pas dah amik beg suma dorang pon beredar. Aku tengok jam hurmm, awal lagi ni. Dalam 11.30 pagi. Aku kene tunggu Haq & the geng sampai dalam pukul 2 jugak lah... Pishang lah aku! Nasib kat airport ni ade wifi free, boleh la aku wassap & update dengan family & member2 kat Malaysia! hahaa
Beli Octopus Card kat sini |
Hampir 3 jam mereput sorang2, maka berakhirlah penantian aku! hahaa... Haq & gengnye, Nabila & Fedit selamat sampai. Perkara pertama kitaorang buat ialah pergi cari Octopus Card. Harga dia HKD150. Kalau korang pulangkan balik kad ni nanti dia akan bagi balik deposit HKD50 dengan baki yang ada dalam kad tu. Kad Octopus ni dia macam touch&go lah. Korang boleh guna untuk naik train & bas.
Selfie ciked kat Terminal 2! |
So dari Hong Kong airport kitaorang nak ke Mongkok naik bas A21. Perjalanan lebih kurang sejam jugak lah!
In a Nutshell touchdown in Hong Kong! Yeayyyy! :) |
Greeting from HK! Hi Musz! Sorry saia terkejutkan awaa pukul 4 pagi tadi! lol.. Aku mesej kekawan suma tengah nyenyak tido time tu! Ciss! Iolls kekonon cuak nak g KLIA malam2 & sensorang! Tapi cuak la jugak sebenarnye! Rasanya aku tak cukup kental lagi nak pergi solo backpackers! hahaa... Nah iolls belanje u black board satu!. hahaaa...
Hi Sepets! |
Sepanjang dalam bas, layan view landskap yang indah kat bumi Hong Kong ni!
Hong Kong ni sebenarnya adalah sebuah wilayah di Republik China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan.
Hong Kong mempunyai ekonomi kapitalis yang sangat maju. Hong Kong memelihara mata wangnya sendiri, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka, yang mana adalah amat berbeza daripada Tanah Besar China.
Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik China pada 1997.
Aku pon mula-mula konfius, Hong Kong ni negara China ke bukan? Tapi dia guna matawang Hong Kong Dollar. Masa kitaorang pergi sini haritu, ringgit memang jatuh teruk! Rabak jugak poket nak pergi tukar duit. Rate masa tu duit Hong Kong, 100HK= RM50.50. Duit China, RMB100=RM61.40. Kat Macau nasib baik leh guna HKD. Tak payah tukar duit Macau. Sekarang ni bila tengok currency lagi bertambah parah! Dalam masa 2 minggu jer rate naik lagi mendadak!
Majoriti penduduknya adalah 95% etnik Han dan 5% lain. Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2 (407 sq mi), Hong Kong adalah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.
Rumah2 apartment & flat dia memang rapat-rapat!
Laut yang cantik! |
Kawasan pelabuhan |
Kat sini dorang menggunakan bahasa Kantonis.
Teksi dia memang oldskool! |
Hotel yang kitaorang book berada di Sun Hing Building, Kowloon. Itupun setelah buat research Hotel yang dekat dengan stesen MTR. Korang boleh cari dekat website Airbnb. Memang banyak giler pilihan. Hotel kitaorang ni berdekatan Nathan Road. Harga untuk 4 hari 3 malam RM796 untuk 4 orang. So bila bahagi 4 sorang bayar RM199. Ni dah kira murah jugak lah. hehee..
Ni la rupa bilik kitaorang. Memang ngam2 je lah untuk 4 orang. Memang agak sempit, tapi boleh lah. Untuk tido je pon. Kalau nak solat, solat atas katil coz kat bawah memang tak de ruang.
Ni la rupa bilik kitaorang. Memang ngam2 je lah untuk 4 orang. Memang agak sempit, tapi boleh lah. Untuk tido je pon. Kalau nak solat, solat atas katil coz kat bawah memang tak de ruang.
Ni la bekalan kitaorang sepanjang berada kat sini. Nak cari makanan agak susah nak cari yang halal & mahal kat sini. So nak berjimat kene la masak sendiri! hehee
Sesampai je, kitaorang teruskan misi mencari tiket untuk ke Macau & Disneyland. Tiket bot ke Macau beli di Sino Cntre iaitu di Ding Ding Travel agent dengan harga HKD367 return. Ni naik feri Cotai Jet bukan Turbo Jet. Kalau Turbo jet harga dia lagi mahal.
Next, cari tiket Disneyland di New Mandarin Plaza Tower A. Naik MTR dari Mongkok ke Tsim Sha Sui. Harga boleh dapat murah dari beli online @ kat Disneyland. Kami ke travel agent HotelinHongKong.net. Harga yang kitaorang dapat HKD438.
Dah lepas beli tiket rasa lega sikit. Jalan-jalan kat sekitar Tsim Sha Shui.
Besar giler anjing nih! Terkezut mak nak! |
Lepas tu kitaorang bercadang nak naik ke Peak Tram tu. Jalan kaki punyalah jauh dari stesen mtr.. memang sesat mana hala tah.
Sampai2 je orang punyalah ramai dok beratur nak naik tram tuh! Fuhhh tak sanggup la nak pergi. Mau 3-4 jam jugak menunggu! Tak mau lah aku pishang lagi! lol ;p
Kitaorang ade terbaca kat blog, kalau tak nak beratur panjang naik tram tu, boleh naik bas ke Peak tu. Kitaorang pon beratur la kat stesen bas berhampiran. Bila dah naik bas, layan r pemandangan sekitar bandar Hong Kong ni waktu malam. Tetiba ade pulak drama french kiss kat tepi jalan! Wowww! Tayangan free nih! bhahaaaa...
Pastu bila dah lama skit, kitaorang pikir bas ni pergi mana weyh?? Tak naik atas bukit pon. Sampai last stesen suma orang dah turun, kitaorang tak turun2. Kene halau ngan pak cik bas! Pastu dah.... sah sesat lagi! bhahaaaa....
Dah tak tau nak kemana, kaki pon dah letih nak menapak dari pagi tadi. Kitaorang pon lepak je lah kat sini sambil melayan angin sepoi-sepoi bahase!
Jumpa Eye of Hong Kong!
Meriah dengan lampu-lampu! |
Apple Store! |
Nak balik pon sesat lagi, tak pasti arah mana nak ke Nathan Road tu! hahaaa... Bandar kat Hong Kong ni memang padat! Rasa macam suma bangunan sama jer! Ku keliru!
Balik hotel, suma pengsan kepenatan! hahaaa
Esok nak ke Disneyland pulak! yuhuuuu!
apa nama hotel you all booking. nak pergi disney oct nanti
ReplyDeleteHotel mongkok, kowloon.. di Nathan Road. Boleh cari kat Airbnb
DeleteAde gambar bilik tak? Bilik2 kt HK kan kecik...
ReplyDeleteSaya dah update letak gambar bilik. ;)
DeleteDkt new mandarin plaza tu dkt mana nak beli ticket disneyland tu?
ReplyDeletehotelinhongkong.net
DeleteHi Dear, ticket disneyland tu kena beli online dulu ke or just walk in?
ReplyDeletekami beli dekat agen murah sikit
DeleteNice. Cantik juga view dekat Hong Kong ni. Nice sharing by the way :D
ReplyDelete