Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Assalamualaikum Day 4 - 18/8/2024, Ahad Today is D-day! Kami akan naik gunung, Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) Hari ini kami akan menghabiskan masa satu hari untuk ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) yang juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain bagi masyarakat lokal di sini. Jaraknya dari Old Town Lijiang lebih kurang 30km. Okey sebenarnya aku nak ke Yunnan semata nak pergi sini je, sebab utamanya adalah aku nak salji. Hehe. Last main salji masa pergi Gunung Xueshan dulu la kat Taiwan tu pon 5 tahun dulu sebelum pkp. hahaa Sebab tu, masa dok prepare iti, aku memang list-kan JDSM ni sebagai must go walaupun agak kopak jugak la bajet, sebab nak ke sini je dah makan belanja besar. Tapi pi sini pun main redah jer, salah timing, sekali xde salji! hahaaa.. siap pakej hujan & kabus skali. sedih betul rasa! sadis! So kalau korang nak datang sini nak musim snow kena datang hujung tahun atau awal tahun ye! Walaupun tak de salji kita enjoy je la the journey ok! uhukkkk2 Sebelum...
Assalamualaikum Hiking : kegiatan outdoor seperti berjalan kaki, mendaki bukit atau gunung yang tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti tali, karabiner, harnest atau ace axe. Jalur pendakian pula dipanggil hiking trails. Mountaineering : kegiatan outdoor mendaki gunung-gunung yang tinggi yang memerlukan kepakaran dan peralatan khusus, mengetahui teknik mendaki, menggunakan ice axe, carabiner, rope, tali dan berisiko tinggi. Mountaineering lebih popular di Eropah, kerana kedudukan geografi pengunungannya yang berupa batuan, ais dan curam. Contoh seperti pendakian ke Puncak Sejati Raung, Puncak Jaya @ Cartensz Pyramid MARI BELAJAR BAHASA HIKERS Ni bahasa ni tak tahulah dapat dari mana. Tapi sering digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki. Contohnya, pewai. Dulu aku tak tahu pun nate gapo lah pewai tuh! hahaaa...
Assalamualaikum Rasa macam dah berhabuk blog ni dah lama tak update. hahaaaa.. Almaklumlah sis busy skit sejak kebelakangan ni. Tengah nak tulis buku. hehee.. Nanti korang boleh la dapatkan buku sis tau khas untuk fans2 nutshell yang dah lama follow sejak dari zaman tok kaduk! hahaaaa... Ni first time nak bawa my baby Elsa pergi camping! Yeayy excited betul dia. Sis pun beli khemah tu kat shoppee jer mur2 je gais RM50 boleh muat 4 orang khemah tu. Mak sis pun excited juga first time nak follow kita camping & siap masak bekalan untuk dibawa ke campsite nanti. Fuhhh sedapnya! Walaupun masakan yang simple jer, sambal telur tapi bila mak kita yang masak tu memang tiada tandingan lah! Sis dah la hantu sambal! hehee Campsite Teratak Tokmat terletak di Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Perjalanan dari PJ ke sini lebih kurang sejam jugak lah. Kena book awal kat sini. Sewa tapak RM50. Ada plugpoint. Tandas dia bersih dan sungai yang cetek mesra kanak-kanak. Our tent for 2 days 1 nig...
Assalamualaikum Kali ni sis nak bawa korang naik satu Gunung yang tengah famous dekat Thailand ni! Apa yang unik, Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb! Begitu juga sis yang teringin sangat ke sini kerana pesona awan karpet yang terkenal di puncak Gunung Silipat. Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. Lanje video dulu : Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Perjalanan kesini mengambil masa 8 jam perjalanan dari KL. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Kita akan memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil masa dalam 45 minit selepas sempadan untuk ke kawasan kaki gunung. Passport dan...
Assalamualaikum Harini kami nak hike ke Bukit 527, Sepang. Bukit 527 (atau “Peak 527”) terletak di Sepang, Selangor. Lebih spesifiknya dekat kawasan Bandar Baru Salak Tinggi / Salak Perdana. “Exploring the world together, one hills at a time.” “Started young, born to climb.” “Raising a wild soul, one trail at a time.” “Some of the best childhood memories are made on the trail.” Pemandangan dari puncak boleh nampak kawasan sekeliling Salak Perdana & bandar Baru Salak Tinggi. View macam dekat Bukit Sri Bintang pun ada. Hahaaa /sri-bintang-hill-20.html#google_vignette Elok datang pagi, udara lebih sejuk, laluan kurang ramai, dan nampakkan pemandangan yang jelas (tak kabur sebab kabus/haze). Trail tanah merah dan laluan boleh jadi sangat licin bila hujan. Kasut yang ada grip dan pakaian yang sesuai sangat membantu. Bawa air yang mencukupi & sedikit kudapan, nak hiking kadang rasa haus cepat terutama bila ikut laluan curam. Kat puncak macam-macam ada. Siap ada kerusi meja unt...
Assalamualaikum Bersiaran lagi kita di Taman Botani Shah Alam dalam misi menawan puncak Bukit Sapu Tangan. Heheee.. So kita tengok kali ni kami berjaya sampai ke puncak ke idok?? So lets go! Previous episod : Taman-botani-shah-alam.html Kita study map jap. Haritu dari main entrance tu kami straight jer. Tu yang sampai ke empangan tu. Dari empangan tu pon ada jer jalan lain tapi kena lalu trek hutan nak ke bukit tu. So harini dari pintu masuk depan tu, kami belok ke kiri. Korang ambil laluan B. Kat sini nak sewa basikal pon boleh. Tapi takut menyesal nak bawa basikal sampai puncak. hahaa Korang jalan jer terus nanti nampak buah ni. Manggis & jambu air. So betul dah tu. Jalan ni menuju ke bukit sapu tangan. So bila dah sampai sini menandakan bermulalah pendakian bukit yang pacak namati!! Phewww Lepas layan pacak korang akan sampai kat sini. So Ootd dulu Ni tempat tengok konsert zaman dulu-dulu katanya. Nak kena mendaki dulu nak tengok konsert pon. hahaa Lepas ni nak layan pacak lagi....
Assalamualaikum Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671. Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete