Thailand part 4 - Kota Bersejarah, Ayutthaya



Assalamualaikum



Day 4

Isnin - (2.1.2017)



Hari keempat di bumi Thailand. Pagi tu seawal 7 pagi kami dah bersiap untuk bersarapan. Menu pagi tu kami makan roti dan nasi goreng Brahims. Sebelum checkout, bergambar dulu di depan Ban Yang Resort sebagai kenang-kenangan. Walaupun owner resort ni tak pandai berbahasa inggeris, tapi mereka tetap melayan kami dengan baik! Macam mak2, banyak juga kata-kata nasihat yang dia berikan tapi semuanya dalam bahasa Siam! Kap pun kap. Kami angguk2 je walaupun tak faham sepatah haram pun. Haha


Daripada resort ni, kami dah book songthew semalam untuk bawa kami ke stesen bas Kanchanaburi. Tambang 200bath untuk 3 orang. 


Hari ni kami nak ke kota yang bersejarah, Ayutthaya. Sampai di stesen bas, tiada bas yang direct ke Ayutthaya. Jadi kami naik bas no 411 untuk ke Supanburi. Tambang bas 150bath untuk 3 orang. Dah sampai di Supanburi nanti kene naik bas lain atau mini van untuk ke Ayutthaya.


Bas dia unik dan sangat old skool! Tak de aircond, tapi ada kipas. Boleh duduk 3 orang satu baris. Macam biasa, bas akan tunggu penuh dengan penumpang baru dia akan bergerak. Jarak dari Kanchanaburi ke Supanburi adalah 105km. Perjalanan bas dalam 2 jam mengikut keadaan trafik. Sepanjang jalan apa lagi tido je la. Hahaa


Dah sampai di stesen bas Supanburi, kami menaiki mini bus no 703 untuk ke Ayutthaya. Tambang 240bath untuk 3 orang.


Ni sebenarnya lebih kurang macam van. Dia akan berhenti di banyak tempat sepanjang perjalanan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Jarak perjalanan dari Supanburi menuju ke Ayutthaya dalam 60 km lebih kurang satu jam setengah.


Finally, lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami tiba di Ayutthaya! Kami mencari kenderaan untuk bergerak di sini. Kami menyewa kereta memandangkan tiada tempat untuk meletakkan beg. Jadi semasa tour di sekitar sini kami boleh letak backpack dalam bonet kereta. Sewa kereta 1100bath. Ni dah habis tawar menawar dah. Walaupun agak mahal sikit, asalkan backpack kami selamat, dapat aircond sejuk dalam kereta & ada driver! hahaaa
Tour guide akan bawa kami jalan-jalan sekitar sini.


Memandangkan hari ni baru hari kedua di tahun baru, kami dapat masuk ke semua tempat ni secara percuma! What a luck! hahaaa. Semalam naik train free kat Bangkok, harini dapat masuk free kat semua Wat/ Candi kat Ayutthaya ni. So kalau korang bercadang nak datang sini,boleh la datang masa tahun baru! hehee. 


Tempat pertama yang kami pergi adalah Wat Chaiwattanaram.


Ayutthaya atau Phra Nakhon Si Ayutthaya terletak di lembah sungai Chao Phraya dan didirikan pada tahun 1350 oleh Raja U Thong. Ayutthaya terkenal sebagai Kerajaan Ayutthaya atau Siam. Pada tahun 1767 kota ini dihancurkan oleh pasukan Burma, dan runtuhan kota lamanya kini dikenal sebagai taman bersejarah Ayutthaya.



Kerajaan Ayutthaya merupakan kerajaan bangsa Thai yang berdiri pada kurun waktu 1350 sampai 1767 M. Nama Ayyuthaya diambil dari Ayodhya, nama kerajaan yang dipimpin oleh Sri Rama, tokoh dalam Ramayana. Pada tahun 1350 Raja Ramathibodi I (Uthong) mendirikan Ayyuthaya sebagai ibu kota kerajaannya dan mengalahkan dinasti Kerajaan Sukhothai, iaitu 640 km ke arah utara, pada tahun 1376.






Reka bentuk candi ni lebih kurang macam kat Angkor Wat.


Banyak patung Buddha yang dah tak ada kepala. Samada kena curi ataupun kena jual.



Dalam perkembangannya, Ayutthaya sangat aktif melakukan perdagangan dengan berbagai negara asing seperti China, India, Jepun, Parsi dan beberapa negara Eropah. Penguasa Ayyuthaya bahkan mengizinkan pedagang Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Perancis untuk mendirikan penempatan di luar tembok kota Ayyuthaya. Raja Narai (1656-1688) memiliki hubungan yang sangat baik dengan Raja Louis XIV dari Perancis dan tercatat pernah mengirimkan dutanya ke Perancis.


Kemudian berlaku pertumpahan darah perebutan kekuasaan antara Vietnam dan Burma. Hancurnya sebagian besar peninggalan Ayutthaya dimulai pada 1765. Ayutthaya menyerah kalah. Kekayaan seni, perpustakaan berisi kesusasteraan, dan tempat penyimpanan dokumen sejarah nyaris musnah, dan kota tersebut ditinggalkan di saat hancur.







Wat Chaiwatthanaram dibina dengan stail Khmer. Ada ciri-ciri yang sama dengan Angkor Wat. Ia dibina untuk meraikan kemenangan King Prasatthon keatas Kemboja.


Yeahhhh, Nadz was here! Ayutthaya checked! Puas hati sebab dapat dapat jejakkan kaki ke sini. Selama ini cuma baca buku sejarah dan travel blog orang sahaja.






Kereta tour guide yang comel dengan hiasan kartun Doraemon! Pelancong dari Jepun semua excited tengok kereta ni nak ambil gambar! hahaa


The Reclining Buddha


Buddha Baring di Wat Lokaya Sutha



Sami tengah semayang




Macam seram la pulak tengok buddha ni baring sambil tersenyum....



Cuaca kat sini memang amat terik dan panas. Kat sini ada disediakan payung percuma. Tapi bila keluar nanti kene pulangkan balik. Pastikan korang bawa air mineral secukupnya. Kami beli air mineral dan air kelapa yang dijual di sekitar kawasan sini bagi membasahkan tekak. Harga 90bath.


Masuk percuma sempena memperingati kemangkatan Raja Bhumibol.


Wat Phra Si Sanphet merupakan wat terpenting dan termegah di Ayutthaya. Wat ini terletak di Kompleks Royal Palace dan hanya digunakan untuk upacara keagamaaan kerajaan.



Wat Phra Si Sanphet terdiri daripada tiga buah Stupa Budha. Stupa tersebut digunakan untuk upacara keagamaan dan menyimpan peninggalan kerajaan. Tiga stupa diyakini untuk menjaga abu tiga raja: Raja Trailok, Raja Borom Ratchathirat III, dan Raja Rama Thibodi II.




Tangga nak naik ni memang tinggi dan curam giler. Kalau nak naik hati-hati sikit.


Panaih lit lit bak ang! Abih la kulitku rentung suda! uhukkk



Peninggalan kota bersejarah Ayutthaya dan kota-kota bersejarah sekitarnya yang terdapat pada lingkungan Taman Bersejarah Ayutthaya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. 


Ayutthaya pernah menjadi satu kota yang terbesar, gemilang dan tercantik di Asia. Pernah menakluki Angkor dan pernah mempunyai 1 juta penduduk, yang pada ketika yang sama di Kota London hanya berpenduduk separuh daripada bilangan itu.





Pemandangan dari atas.


Kesan kemusnahan yang boleh dilihat.



Peninggalan yang cukup menarik dari kota tua Ayutthaya hanyalah sisa-sisa runtuhan istana kerajaan. Raja Taksin lalu mendirikan ibukota baru di Thonburi, yang terletak di seberang sungai Chao Phraya berhadapan dengan ibukota yang sekarang, Bangkok. 





Kemusnahan kota lama Ayutthaya selepas ditakluk oleh kerajaan Burma.






The Ruined City of Ayutthaya, Thailand


The ruined remains of ancient city!


Gajah di jalanan.




Larangan yang perlu dipatuhi.



Kemudian kami ke Wat Mahathat yang ada kepala Buddha terselit dekat akar pokok.



Sebenarnya tidak dapat dipastikan kenapa dan bagaimana patung kepala Buddha ini terselit dicelahan pokok. Dengar cerita kepala patung Buddha tu terselit sebab berlaku banjir besar melanda Ayutthaya. Patung Buddha tu runtuh dan dihanyut dibawa air dan seterusnya terselit di celah akar pokok. 


Ada pula teori yang mengatakan sewaktu tentera Burma menyerang Ayutthaya, mereka telah memusnahkan kawasan ini dan memenggal kepala patung-patung Buddha tersebut. Sejak dari peristiwa itu, tempat ini telah menjadi kawasan terbiar sehinggalah pada tahun 1950 apabila ia mula dibaikpulih dan telah menemukan para pengkaji sejarah dengan patung kepala Buddha tersebut.



Expectation vs realiti! Memang ramai betul traveller around the world yang berkumpul kat sini nak ambil gambar!


Bagi pelawat yang berminat untuk mengabadikan kenangan di sini, mereka perlu duduk bertinggung dan tidak boleh berdiri sewaktu mengambil gambar dengan kepala patung Buddha. Ini dilakukan sebagai tanda menghormati kepercayaan mereka terhadap agama Buddha.


Tapi ada juga yang berpendapat mungkin selepas tempat ini dibiarkan tidak berjaga maka pokok-pokok telah tumbuh dan salah satu di antaranya telah melilit kepala patung Buddha yang telah dipenggal. 

Teori lain pula mengandaikan bahawa pencuri harta karun telah datang untuk melarikan salah satu di antara patung kepala Buddha yang dipenggal tapi secara tak sengaja telah menyorokkan kepala tersebut dan terlupa untuk mengambilnya semula.






Kota tua Ayutthaya dikelola sebagai taman bersejarah. Hal ini dikukuhkan dan dilindungi oleh undang-undang Thailand di bawah the Act on Ancient Monuments, Antiques, Objects of Art and National Museums.



Kompleks candi di Ayutthaya ni sangat besar. Fuhhh, penat sampai tak larat dah nak jalan kaki kalau nak pergi kat semua wat.



Untuk travel ke Ayutthaya tak perlu bermalam di sini. Cukup sekadar menyewa motor/kereta dan meronda selama setengah hari dah boleh cover satu bandar Ayutthaya. Asalkan pandai baca map, tahu wat mana yang mahu dikunjungi dah ok. Tak perlu masuk ke semua wat sebab ada sesetengah wat boleh ambil gambar dari luar sahaja.


Jambatan cantik!



Kemudian kami ingin meneruskan perjalanan ke stesen keretapi Ayutthaya untuk menuju ke utara Thailand iaitu Pak Chong, di daerah Nakhon Ratchasima.





Stesen keretapi ni nampak sangat klasik! Ada banyak anjing yang berkeliaran kat sini.


Tiket keretapi menuju ke Pak Chong. Harga 53bath seorang. 


Sementara tunggu train sampai, kami tumpang solat kat dalam bilik cctv stesen keretapi ni. Petugas di stesen ni sangat baik bagi kami solat kat dalam ni. Walaupun dorang tak faham kami cakap english, dorang guna bahasa isyarat untuk bantu kami. Hahaa




Good bye Ayutthaya! Sabai-sabai!


Merenung ke luar jendela, bayu petang bertiup lembut


Keretapi tak de aircond! Nasib baik boleh buka tingkap.


Sampai di Pak Chong setelah sejam perjalanan. Kami terus call owner Lake view hostel yang ada menyediakan pick up servis ke dari stesen keretapi ke hostel. Bandar Pak Chong memang pekan mati pabila tiba waktu malam. Susah untuk dapatkan pengangkutan awam disini. 

Kami check in satu malam di sini dengan harga 500bath. Bila bahagi 3 orang, lebih kurang RM20 je. Toilet kat luar. Ni adalah penginapan yang paling murah sepanjang trip ni. Disebabkan tempat ni jauh dari kawasan bandar, jadi harga dia memang murah. Beli air mineral 25bath. Malam tu, kami dinner makan maggi & Brahims. 


Total lost perbelanjaan untuk hari ke 4 ialah 2443bath untuk 3 orang. Esoknya kami nak explore tempat-tempat yang awesome kat Khao Yai yang viewnya ala-ala di Eropah! Excited!


See ya!






































Comments

  1. salam. boleh sy dapatkan full itinerary trip Bangkok nie? thanks :)
    hcat.affan@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Full itienary yg saya plan berubah2 ikut masa & keadaan. So apa yg sye tulis kt sni ikut day by day. mungkin boleh la kot buat rujukan. hihii

      Delete
  2. Hi awak :D kite ada blogger award tag untuk awak. Feel free to check it out eaa :)

    Sunshine Blogger Award

    ReplyDelete
  3. Nnti boleh tengok blog merahsilu.blogspot.com


    Tahniah kalian mmg berani

    ReplyDelete
  4. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Grand Palace di Bangkok, yang terletak dengan strategis di tepi sungai Chao Phraya untuk meniru istana di Ayutthaya.
    Saya mencoba menulis blog tentang tempat ini, semoga anda juga suka di http://stenote-berkata.blogspot.com/2020/07/bangkok-di-grand-palace.html

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah