Part 7 : Pulau Padar, Pink Beach, Pulau Kalong
Assalamualaikum Day 7 11/5/2017 - Khamis, 6.00am Angkat sauhhhh! Selepas tido nyenyak di homestay Pulau Komodo, kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap-siap ke Pulau Padar. Lihat sunrise di tengah lautan! Sangat cantik! Good morning Donut! Ehh sunrise! Big bite! Pagi tu kami sarapan atas bot makan pisang goreng panas, donat & kopi Flores! Lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki bot, akhirnya kami sampai di Pulau Padar. Map pulau padar Replika biawak komodo yang diukir menggunakan kayu! Sangat halus kerja tangan mereka, sebiji macam real punya biawak! Aku beli yang kecik punya, ada magnet, harga 20,000rp . Souvenir dari Pulau Komodo! Kami start hiking pukul 8.00 pagi. Cuaca memang amat panas & terik! Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Di sekitar pulau ini terdapat pula tiga atau empat pulau...