Part 6 : Sailing Trip Flores : Kanawa, Manta point, Taka Makassar & Gili Lawa


Assalamualaikum


Day 6


10/5/2017 - Rabu, 8.00am


Pagi tu, kami checkout dari hotel dan menuju ke pelabuhan di Labuan Bajo dengan berjalan kaki. Lebih kurang 10 minit je jarak hotel ke pelabuhan.

Pakej overland Flores

Muka excited nak pergi sailing! hahaa



Pergi dekat tempat tour agent untuk sewa peralatan snorkeling. Kami ambil pakej dengan Padar Trip. Boleh usha kat Instagram Padar Trip. Harga untuk pakej 3 hari 2 malam ialah 1, 650.000rp iaitu lebih kurang RM550.


Ni la bot kami yang comel! hehee.. Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo.


Macam-macam jenis kapal yang sedang berlayar!

Cantik kapal ni!


Pakej belayar adalah all in termasuk makan 3 kali sehari, snorkeling, dan kos transfer dari airport ke hotel dan penginapan di homestay pulau komodo. Kami tak tidur atas bot disebabkan sekarang ni musim ombak kuat. Sebenarnya tidur kat homestay lebih selesa sebab dapat tidur atas tilam yang empuk dan dapat mandi air bersih berbanding tidur dalam bot yang bergoyang-goyang bila dihempas ombak dan mandi air laut! hahaa


I'm the king of the world!


Menurut buku panduan travel 'Lonely Planet', ia telah memasukkan Flores dalam "10 Destinasi Terbaik Dunia Tahun 2015". Jadi Flores turut bersaing dengan destinasi eksotik yang lain dari seluruh pelusuk dunia.


Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur menyimpan sejuta pesona yang menarik untuk dijelajahi. Di gugusan Kepulauan Komodo sendiri terdapat puluhan pulau-pulau kecil dengan keindahan alam yang luar biasa! Salah satunya adalah Pulau Kanawa.


Pulau Kanawa adalah sebuah pulau kecil yang terletak sekitar 10 km dari Labuhan Bajo, di Flores, Nusa Tenggara Timur. Pulau ni sangat indah, dengan pasir putih, lautan yang biru, tanpa pencemaran serta terumbu karang yang sangat cantik. 

Pulau ni best untuk bersantai dan menyegarkan kembali hati dan pikiran melalui ketenangan dan keindahan alam di pulau ini. Selain itu, beberapa aktiviti juga boleh dilakukan di pulau ni seperti snorkeling, diving dan trekking di bukit.


Jernih giler air laut kat sini! Rasa nak terjun tiruk!




Hanya terdapat satu penginapan di Pulau Kanawa ini, iaitu: “Kanawa Beach Bungalows” yang dikelola oleh orang Itali. Tidak ada penduduk tempatan yang  tinggal di pulau ni.

Welcome to Kanawa!


Mendaki bukit yang berada di tengah pulau di belakang resort ni memang menarik! Walaupun kaki aku masih lagi sakit dek penangan Rinjani, namun ku gagahi jua mendaki demi mendapatkan view yang boleh bikin menangis! hahaa



Trek agak mencanak!


Trekking lebih kurang 30 minit untuk sampai kat sini. Puncak bukit ni memang spot terbaik untuk melihat sekeliling pulau kanawa dengan lautnya yang biru.


Deretan banglo & resort dapat dilihat dari puncak bukit.

Jetty!




Puncak bukit ini juga merupakan tempat favourite para traveler untuk menikmati sunrise & sunset dari Pulau Kanawa.


Ni si Hafiq, Arip & Meon gigih pergi panjat bukit ni sampai ke hujung! Dah la tengah hari buta, panas giler kot! hahaa.. Aku & Fifa dah tak larat, so lepak dekat bukit yang first jer berteduh bawah pokok.
Spot view yang cantik pun dekat puncak yang pertama jer.





B88outdoors takes Kanawa! Yeahhh!


Menggigil lutut nak turun bukit woi! hahaa. Padahal bukit dia tak tinggi sangat pun. Dalam setengah jam dah boleh sampai puncak!



Pulau Kanawa merupakan pulau kecil yang menjadi pintu gerbang di Pulau Komodo. Jika ingin berkunjung ke Pulau Komodo, kita pasti akan melewati pulau ni. 


 Pulau ni sangat cantik bak mutiara yang berada di tengah birunya laut.


The beach is calling & i must go! :p


Pasir pantai yang putih dengan air yang jernih! Macam kat Maldives!




Pulau Kanawa terdapat sebuah restoran Starfish yang menyediakan makanan seafood dan western. Selain itu, terdapat juga PADI diving center untuk anda menyewa peralatan menyelam & snorkeling.


Dah puas lepak kat Pulau Kenawa, dalam pukul 11 pagi kami meneruskan perjalanan bot menuju ke Manta point. Manta point adalah tempat dimana terdapat spot ikan pari yang besar! Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.

Sementara dalam bot tu, sakan dorang ni main kad! Aku tengok je kat tepi sambil layan perasaan, menulis catatan perjalanan aku sepanjang di Indonesia ni. Kalau tak catit, balik nanti memang aku lupa la segala details dan perbelanjaan aku sepanjang trip ni! hahaa


Beberapa tips kalau korang nak join trip sailing ni :


- kalau korang jenis yang mabuk laut, bawak la ubat tahan muntah sebab perjalanan naik bot memang jauh & it’s a bumpy ride especially kalau angin kuat dan berombak.

- Bawa bekalan makanan macam biskut, snacks, coklat atau pun roti. Sebab makanan yang dorang provide macam tak cukup jer masa dalam bot. Tapi dorang ada provide air mineral atau korang boleh bancuh kopi & teh masa dalam bot.

- Bawa buku so kalau boring2 boleh la membaca. Kat tengah laut memang tiada line internet. Tapi kat sesetengah tempat tengah laut ada juga line kalau nak wassap. Kat Kampung Komodo pun lagi la tiada signal telefon! hahaa

- Pakai Sunscreen / Sunblock untuk melindungi kulit dari terbakar. Aktiviti kat sini memang banyak berjemur kat tengah laut, hiking & mandi laut! Memang sunburn habis!

- Bawa topi / buff masa hiking, cuaca memang panas terik!

- Underwater Camera — GoPro atau waterproof camera, nak tangkap gambar kat dalam laut masa snorkeling! Kalau ada drone lagi best, boleh tangkap view yang lawa-lawa kat Flores ni!



Sempat lagi Hafiq tido! hahaa


Sepanjang pelayaran kami melewati permandangan bukit-bukit yang sangat cantik.



Ready nak terjun dari atas bot!


Berenang dengan Manta jinak yang memiliki lebar hingga empat meter.

Manta point adalah lautan dengan kedalaman sekitar 10m dan arus yang sangat tenang, sumpah airnya jernih banget! Dasarnya kelihatan dengan jelas. 


Jumpa dengan banyak Manta yang berenang kat bawah bot kami!



Nampaknya kami tewas dengan aksi kejar mengejar bersama Manta! Dia berenang dengan sangat laju sampai tak terkejar dah!





Last-last dah penat main kejar-kejar 3-4 kali naik turun bot, aku duduk kat atas bot jer tengok Manta berenang kat bawah tu! Terbaik!


Next, kami nak snorkeling di Taka Makassar. Lokasi ni berada dalam 30 minit dari Manta Point tadi. 


I see blue ocean!



Kat sini pasirnya berwarna pink!


Special dedication to our Rinjani Buddies! Atoq, Riff, Din dan Wan! Dorang dah on the way balik ke KL.


Meon & Fifa





Love you to the beach & back!



Manis tahap diabetes ni! Kami yang jadi photographer rasa nak potong kaki! hahaaa :p

Wedding photoshoot Meon & Fifa kat pulau yang indah! OMG so sweet! Kita bila lagi awaaa? hahaa


Taka Makassar ni sebuah pulau kecil. Air dia sangat jernih, cetek dan tenang! Rasa macam berenang dekat dalam swimming pool! Memang best!








I need vitamin sea!



Life's a beach, enjoy the waves!



Sementara Meon & Fifa tengah photoshoot, aku berenang puas-puas dulu kat sini! hahaa


These shallow waters never met what I needed
I'm letting go a deeper dive
Eternal silence of the sea. I'm breathing alive

Where are you now?


Nadz takes Flores!


In a Nutshell was here!



Aktiviti sepanjang hari ni memang main air & hiking jer! So baju basah kering, basah tak kering2! Muka pun dah hitam daaa kena sunburn! hahaa


Jaga-jaga dengan landak laut!



Penat weh main air! Moh melantak dulu!


Ni lunch pack kami! Lauk dia sedap, cuma tiada kuah! hahaa... Kalau nak lagi sedap, korang boleh bawak sambal bilis makan dengan nasi! Mesti terangkat beb!


Aktiviti seterusnya, kami akan trekking ke Gili Laba. Jangan lupa bawa air dan headlamp sebab trek dia boleh tahan mencanak juga! Kami nak tengok sunset dekat atas puncak ni!



Terletak di sisi utara Pulau Komodo dan Pulau Rinca, Gili Lawa Darat ataupun dipanggil Gili Laba adalah hotspot 'must hike' dengan pemandangan yang sangat indah dari puncak pulau ini!

Signboard Gili lawa darat

Perlu mendaki lebih kurang 30 minit. Trek dia curam, berbatu dan boleh tahan penat juga! Aku banyak kali berhenti sambil tangkap gambar! Semua sisi Gili Lawa bagaikan studio foto denganbackground yang sempurna!


Tu dia puncak Gili Lawa!





Kalau korang datang sekitar bulan Ogos dan September, masa tu rumput tengah mengering dan warna coklat kekuningan. Kalau aku datang ni masa bulan Mei, memang rumput tengah segar kehijauan!


Me & my bro!



Pakai kasut yang sesuai untuk hiking! Trek dia berpasir dan berbatu.


Udah capek!


Sikit lagi nak sampai puncak!


Tadaaaaa! View from the top, it's all worth the efforts!



Tempat terbaik untuk layan view cantik adalah di puncak pertama. Pemandangan pantai dengan jalur trekking Gili Laba dimana anda dapat melihat kapal-kapal berlabuh di persisiran pantai dengan pasir putih dan coral yang terlihat jelas dari ketinggian, stunning!


Dilwale satu! Hero mana hero?? lulz



It's really hard to hold yourself from taking pictures over and over again! :)


Flip tudung! ;p


Macam bukit teletubbies!


Let me take a selfie!
Ni la Mas Bidong, kami punya tour guide aka photograper! Mas Bidong ni baik & sporting! Layan jer kerenah aku yang suka tangkap gambar! hahaa


Memang rileks Mas ni hiking tak pakai kasut pun! Dah biasa katanya!




Gili Lawa adalah pulau yang sangat menakjubkan! Memang lawa lah!



Terdapat 4 orang makhluk yang bersembunyi di sebalik bukit ni untuk berlindung dari terik mentari!


Kasi zoom sikit! hahaa


Kat sini rupanya dorang! Tapi kalau korang nak cari spot view yang lawa, dekat bukit yang first tu jer. Kang belakang ni syok untuk layan view sunset!


Standing stone! 

Sedang menunggu matahari terbenam!



Gunung berapi di kepulauan Flores!



Clouds come floating into my life, no longer to carry rain or usher storm, but to add colour to my sunset sky.” – Rabindranath Tagore




Indonesia never fails to take my breath away over and over again!





Esoknya kami ke Pulau Padar!


Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS