Part 3 : Impian yang tertangguh : Puncak Dewi Anjani!



Assalamualaikum


Day 3


7/5/2017 - Ahad



D-Day! SUMMIT ATTACK!



Pukul 1.30 pagi, sedang kami bersiap, makanan pun sudah tersedia dihantar oleh porter terus ke dalam khemah kami sebelum mendaki. Roti bakar bersalut planta dicicah dengan teh panas terasa begitu nikmat dimakan dalam cuaca dingin di pagi hari.


Disebabkan ni first time aku nak pakai gaiter, so tak reti nak pasang menatang ni! Nasib baik la ada jejaka-jejaka yang tampan lagi sado ni! Thanks to Din & Atoq tolong pakaikan untuk aku & Fifa. So sweet! Rasa macam princess pula! hahaaa



Selepas mengisi perut dan bersiap sedia, pada pukul 2.30 pagi bermulalah pendakian sebenar menuju ke Puncak Dewi Anjani. Trek yang dipenuhi batu kerikil kasar, debu dan berpasir merupakan cabaran terbesar yang perlu ditempuhi oleh kami. 


Baru start mendaki beberapa minit dah terasa mengah! 
Nafas tercungap sebab sejuk! Permulaan trek memang terus pacak mencanak!



Aku hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang yang bercahaya di langit. Jalan sikit berhenti, jalan sikit berhenti. Memang tak sampai-sampai la jawabnya. hahaa.. Teringat kenangan macam mendaki kinabalu dulu. Tapi trek Rinjani ni bagi aku 10 kali lebih susah! Memang barai kaki! 



 Sunrise yang aku impikan di puncak Rinjani tidak tercapai. Hanya mampu menikmati sunrise di lereng gunung sambil berfikir mahu atau tidak meneruskan pendakian yang berbaki hanya 500 meter lagi. Memang rasa nak give up!




Thanks Hafiq yang setia teman aku yang pewai ni! hahaa



Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek pasirnya amat panjang dan cukup menyeksakan! Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki. Di sinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri masing-masing.


Semangat aku juga semakin goyah kerana terlalu penat mendaki dalam cuaca yang sejuk.



 Beberapa meter untuk sampai ke puncak inilah yang paling dewa treknya. Memacak dan mencanak! Dengan nafas yang tercungap-cungap, aku juga hampir berputus asa dan memaksa sahabatku, Hafiq untuk menarik tangan aku supaya aku terus melangkah ke atas untuk sampai ke puncak Rinjani. Kene towing! hahaa


Good morning sunshine!



Masa aku tengah struggle nak mati masa naik ni, ramai dah start turun dah! Ahhhh mental koyak!
Geng2 yang padu kat depan tu, Arip, Atoq, Din, Wan dan Rif pun dah on the way turun. Hebat giler dorang ni berlari! Boleh la masuk 'Rinjani 100' tu! Kami terserempak jumpa kat trek dewa nih!


Acah-acah macam dalam movie, 5 cm!


Sementara tu, Meon dan fifah masih lagi kat bawah ni! Aku dan Hafiq tertunggu-tunggu juga, mana la dua orang lagi ni tak nampak batang hidung! Lepas tu nampak guide Ali tengah teman mereka berdua. Nampak fifa dah menangis2 give up nak naik! Terpaksa la Meon pujuk isteri kesayangannya untuk naik sama-sama! Ni baru la relationship goal!
hahaa


Never ending torture to the top of the mountain!

#relationshipgoal!



Berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat, Dewi Anjani merupakan seorang ratu dalam kalangan jin Islam. Tokoh legenda ni merupakan seorang puteri raja, mempunyai sebuah kerajaan dan singgahsananya ada di Puncak Rinjani. 


Kerana beliau tidak direstui untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya, maka beliau menghilang dan mendiami alam ghaib. Hingga saat ini, Gunung Rinjani menjadi tempat yang begitu keramat bagi masyarakat setempat. Secara turun-temurun, kaum setempat menjadikannya sebagai lokasi pelbagai ritual.


Akhirnya setelah berhempas pulas hampir 5 jam pendakian, tepat pukul 7.00 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Singgahsana Sang Dewi Anjani yang berketinggian 3726 meter dari paras laut! 

Syukur Alhamdulillah! 



Dikenali sebagai Atap atau Bumbung bagi kepulauan Lombok, pemandangan di atas puncak sangat indah dengan Gunung Barujari berada di tengah-tengah birunya tasik Danau Segara Anak! Matahari di ufuk timur terik memancar menampakkan keseluruhan pemandangan tasik dan gaung yang curam dikiri dan kanan kami.

Malaysia boleh!


Another achievement unlocked! Yiha! Congratulation myself. My bucket list checked! 100 things to do before i die!




Everything happens for a reason and for its best. Impianku yang tertangguh akhirnya tercapai jua! Thank you Allah!


The Majestic View from a 3726 meter height peak!


Ambil gambar dengan semua signboard yang ada kat puncak ni! hahaa







Dari kejauhan nampak Meon & Fifa tengah naik!



Nadz was here!




Tengah syok2 ambil gambar, tetiba kabus datang! Dah tak nampak view tasik kat belakang tu!


Ramai giler orang masa ni nak bergambar kat puncak! Agak crowded. Silap langkah skit memang terjun gaung tu kat kiri kanan! Gayat bak ang!




Yeayyyy finally Meon & Fifa sampai juga di puncak! B88outdoors was here!


Bergambar dengan Pak Ali yang banyak membantu kami sepanjang pendakian yang penuh penyiksaan ni! Terima kasih Pak Ali! Jasamu dikenang!



Dah puas bergambar, aku pun lepak sambil makan coklat bar yang pak Ali bawak! Perut memang dah bergendang-gendut berirama!



Dah lepak kat puncak dalam sejam juga, kami pun memulakan langkah untuk turun!







Nak turun lebih mencabar sebenarnya dari naik! Sebab batu dia longgar, memang banyak kali juga kami jatuh terduduk & tergolek! So kena lebih berhati-hati!


Turun macam main ski. Sliding kat pasir!



Memang aku rasa seksa giler masa turun ni sebab kaki dah terasa sakit dan lutut dah terasa longgar! Bertabah je la..


steep rocky terrain & slippery sandy hills



Best main sliding kat sini! Tapi penat kena seimbangkan badan supaya tak jatuh terduduk! hahaa




Gunung setinggi 3,726 mdpl ni menyimpan begitu banyak keindahan. Edelweiss adalah satu di antara keindahan yang akan ditemui di Gunung Rinjani. Salah satu mitos bagi masyarakat di Lombok, kalau betul mahu memperisterikan seorang wanita, panjatlah Gunung Rinjani di mana kamu akan dapat memetik bunga Edelweis. Jika bunga itu dapat dibawa pulang dalam genggaman, itu membuktikan cinta kamu yang sangat utuh!


Bunga Edelweiss sering disebut-sebut sebagai lambang cinta abadi. Ia memerlukan perjuangan yang sangat besar untuk mendapatkan bunga Edelweiss. Setelah dipetik dari tangkainya, bunga Edelweis akan tetap kelihatan segar dalam jangka waktu yang sangat lama. Sebab itulah bunga Edelweis dipanggil sebagai “bunga abadi”.

Jika kita ingin mendapatkan bunga Edelweiss tersebut, kita harus bersusah payah untuk mendaki gunung. Sama halnya dengan kita yang mencari cinta sejati! Ia memerlukan perjuangan dan pengorbanan yang bukan sedikit.


The Edelweiss is now an endangered species.

Tapi kalau korang jumpa bunga ni, jangan berani-berani la nak petik sesuka hati! Kang tak pasal Dewi Anjani ikut korang balik sampai rumah nanti! hahaa





Sepanjang turun, memang view sangat-sangat cantik! Ni la trek yang kami naik pagi tadi gelap gelita! Dah siang baru nampak, tebing-tebing curam ni!













Climb mountains, NOT so the world can see you but so you can see the world.





Take 5 dulu!


Trek ni sangat berdebu! Sepanjang turun ni, hingus aku memang mengalir laju macam air terjun! Aku memang alah pada habuk dan debu! Memang kene tutup mulut pakai buff. Tapi aku sangat memerlukan tisu untuk lap hingus! Nasib baik pak Ali ada bawa tisu. Dalam beg dia semua benda ada! Memang bagus Pak Ali ni! hehe


Aku sampai semula ke khemah lebih kurang pukul 12 tangahari. Ikutkan plan asal, dalam pukul 9 pagi lepas summit ataack, kami nak turun ke tasik segara anak. Tapi disebabkan kesuntukan masa, kami pun tak jadi turun dan lepak je kat campsite. Nak turun ke hotspring pun tak sempat sebab petang tu hujan turun dengan lebat! Lepas makan tengahari, memang duduk dalam khemah tido jer sampai petang!


Haaa tu la puncak yang telah berjaya kami tawan pagi tadi! Kalau sesapa yang nak ajak aku repeat tawan ke puncak rinjani lagi memang idok le! Serikkk! hahaa.. Kalau nak ajak pergi tasik segara anak je ok! Try trek Senaru pula!



Time for dinner! Sedap giler porter ni masak maggi goreng!



Lepas makan ingat nak layan sunset, tapi matahari pula tak kelihatan. Sebabnya baru lepas hujan. Cuaca memang sejuk giler dengan awan tebal berkabus!


So petang tu, aktiviti jalan-jalan kat campsite cari signal internet kat telefon! Kat atas gunung memang tak de la coverage! Hahaa




Terasa bagai berada di kayangan! 


Malam tu, kami lepak sambil tangkap gambar bintang-bintang di angkasa! Cuaca begitu sejuk sampai nak pegang kamera pun terketar-ketar! hahaa



Sleep in 5 billions star hotel and shower under the Milky Way!

Milky way galaxy of Mount Rinjani!

Dalam pukul 10 malam, kami semua pun masuk tidur dalam khemah masing-masing! Tetiba dalam pukul 4 pagi, perut aku memulas dengan hebat! Mana taknya, dah 3 hari tahan nak berak! hahaa.. Ye la makan banyak tapi buangnya idak. Bukan apa, sebab atas gunung ni mana ada air nak cebok! Leceh sikit. Kalau ada sungai ke ok la jugak kan! hahaa... So perut aku dah tak boleh tahan rasa nak meletop! Di hening pagi, bertemankan headlamp, aku pun pergi la toilet yang berbumbungkan langit untuk melepaskan hajat! Nasib ada juga air botol yang porter bawa. Sekiannn....



Next, perjalanan turun ke Sembalun.....



Comments

  1. SubahanAllah.. Cantiknya pemandangan tapi kena siap sedia stamina. InshaaAllah one day mybe next year sbb nov ni nak gi merapi dulu

    ReplyDelete
  2. salam sis... mcm mana saya nak contact sis?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS