Part 5 : Lombok, Bali, Labuan Bajo



Assalamualaikum


Day 4



8/5/2017 - Isnin, 14.00 pm


Setelah turun dari Gunung Rinjani, kami terus menuju ke tempat penyimpanan barang yang terletak di Pekan Senaru yang mengambil masa sejam dari Sembalun. Kami naik trak 4x4 dengan bayaran 100,000rp seorang.


Fuhhh... lega dapat mandi dan bersihkan diri kat toilet! Hahaaa... Kat sini, group kami berpecah. Aku, Arip, Hafiq, Meon dan Fifa akan menuju ke Flores. Manakala Atoq, Deen, Riff dan Wan akan stay kat Lombok sebab nak jalan-jalan kat sini.



Dalam pukul 3.00 petang, kami bergerak ke Pelabuhan Lembar untuk menaiki Feri menuju ke Bali. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam dengan menaiki van. Jalan kat sini berpusing-pusing! Mabuk duk dalam van! hahaa

Tambang van 800,000rp bahagi dengan 5 orang. So 1 kepala 160,000rp.


Di Malaka!


Lepas tu singgah dulu makan nasi kat gerai makan Dewi Anjani. Makan bajet sorang dalam 20,000rp. Perjalanan sepanjang naik van sangat cantik dengan view kampung nelayan & pantai di Lombok. Singgah jap tangkap gambar sunset di Malaka.


Kami sampai di Pelabuhan Lembar dalam pukul 8.30 malam.



Untuk ke Flores, kami akan naik flight dari Ngurah Rai International airport, Bali menuju ke Komodo Airport, Labuan Bajo. 


Harga tiket feri, 40,000 rp.


Besar juga feri dia. Dah macam kapal star cruise jer! hahaa


Melepak kat atas dek kapal. Feri ni korang bebas boleh duduk kat mana-mana. Nak tidur kat dalam memang dah penuh dengan orang kat setiap bangku yang ada. Kami pun tidur bergelimpangan dekat dek kapal sini sambil melihat bintang-bintang di langit. Perjalanan dari Pelabuhan Lembar, Lombok menuju ke Pelabuhan Padang Bai, Bali mengambil masa 5 jam. Reputtts!


Feri bergerak dalam pukul 9.00 malam dan dijangka sampai di Bali pada pukul 2.00 pagi.


Tapi kami tak boleh tidur dengan nyenyak pun sebabnya angin giler kuat kat luar ni! Dah la tidur tak de alas apa. Menggigil woi! Last-last aku masuk jugak kat dalam tu. Tengok ada bangku yang kosong, dapat la lelap sekejap jer.



Sampai di Pelabuhan Padang Bai dalam pukul 3.00 pagi. Ingat ke nak stay kat surau yang dekat dengan pelabuhan. Tapi surau dia kunci. So kami pun decide untuk pergi terus ke airport Bali. Dari pelabuhan nak ke airport agak mahal. Ingat nak naik uber atau grab car, tapi supir kat sini marah. Sebabnya memang uber & grab car tak boleh masuk kat kawasan pelabuhan ni. Kami pun cuak jugak. 

Hampir2 nak bergaduh dengan pak supir pepagi buta tu! Hahaa.. Last2 nego harga 75,000rp bagi seorang untuk 1 kereta! Bapak la mahal total 1 kereta 375,000rp padahal tak de la jauh sangat perjalanan dalam 30 minit jer! Lepas tu boleh pula dia nak ambil lagi 2 orang penumpang nak sumbat dalam kereta sekali dengan kami! Dah macam ikan sardin la berhimpit! Angin jugak la kami!


Sampai kat airport Bali pukul 4 pagi. So mereput lagi. Tidur kat bangku airport jer. Ni memang trip backpackers betul! Bertabahlah! hahaa.. Flight kami pukul 2.00 petang nanti!


Memang kami dah habis tawaf dah jalan-jalan kat airport Bali ni! hahaaa.. Pergi cari money changer. Duit pun dah tinggal sikit. Airport Bali ni tak terlalu besar. Dia kawasan yang open space. So kalau flight lambat lagi memang dia tak bagi masuk kat tempat yang ada aircond! So berpeleseran kat luar-luar ni je la.


Lepas tu kami makan nasi kat gerai kat luar skit dari airport ni. Makan nasi, lauk ayam dan air favourite kami sepanjang kat Indon ni es jeruk! Es jeruk tu limau ais. Tapi limau ais dia lain daripada yang ada kat malaysia. Dorang pakai limau mandarin. Memang sedap! Total makan seorang 26,000rp.





Memang penuh soket untuk mengecas segala gajet yang ada! hahaa




Tiket kapal terbang kami beli seminggu sebelum berlepas. Kami menaiki pesawat Nam Air, return Bali Denpasar - Labuan Bajo - Bali Denpasar RM611.10 seorang. Kalau nak dapat tiket murah, kena selalu tengok la tiket 2 atau 3 bulan sebelum berlepas.


Boarding pass Nam Air


Ready to take off!


Free meal yang Nam Air bagi. Boleh la mengalas perut jap. Perjalanan dari airport Bali menuju ke Labuan Bajo mengambil masa sejam.


Dua orang tu, naik2 flight jer terus membuta! Memang letih giler dah merempat di jalanan hampir 2 hari! hahaa


Aku melayan perasaan, ambil gambar sambil tengok pemandangan indah kat tingkap.



Ni la beribu kepulauan yang ada di Flores! Cantik! Rasa macam tengah terbang kat atas globe, peta dunia! hahaaa



Ni pulau Padar kalau tak salah aku.



Kami selamat mendarat di Komodo Airport pukul 4 petang. Meon & Fifa naik flight lain so kami tunggu dorang kat airport.


Kat airport, Mas Bidong iaitu pak supir aka tour guide kami sudah tunggu untuk bawa kami ke hotel yang berdekatan dengan pelabuhan Labuan Bajo. Sebabnya esok kami akan ke Pulau Komodo untuk sailing trip! Korang boleh usha pakej untuk sailing trip ni kat IG :

Instagram : Padar Trip


Kat sini beli sim card lain. Yang sim card Lombok tu tak boleh guna. Sim card harga 80,000rp untuk 30 gig data. Share 3 orang, sorang 25,500rp.


Isi perut dulu sementara tunggu Meon & Fifa. Makan ayam penyet dan air alpukat. Harga 65,000rp. Sini memang mahal giler, makan kat airport kan!


Lepas tu check in kat hotel. 1 malam 250,000rp. So aku share bilik dengan Fifa sorang bayar 125,000rp.


Lepas dah check in, kami pun nak pergi tengok sunset kat Bukit Amylia. Bayaran van 300,000rp. Seorang bayar 60,000rp.


Kat sini ada banyak hotspot yang cantik untuk layan sunset. Plan ingat ke nak ke bukit cinta tapi kami kesuntukan masa. So pergi bukit Amylia sahaja.


Huishhh, walaupun bukit ni rendah jer, tapi rasa mencabar giler hiking kat sini. Sebabnya, kan kami baru je turun Rinjani kelmarin. Memang sakit giler kaki, betis semua. Krem tak habis lagi nak kena hiking lagi! Bengkok, lunyai kaki weh! hahaaa

Kena bertabahlah sebab sailing trip esok memang pitstop kat setiap pulau kena banyak mendaki! So korang yang bercadang nak pergi Flores, prepare stamina la nak hiking! P training kat Bukit Broga. hahaa


Labuan Bajo is a perfect getaway for adventurers!




View kat sini pun dah lawa giler!




Enjoy a perfect panoramic view over the harbor!


Labuan Bajo adalah kampung nelayan yang terletak di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Di sini adalah pintu masuk untuk ke Flores, Pulau Komodo, Pulau Padar, Rinca dan pulau-pulau lain di sekitarnya. 


Beautiful sunset!





Huntung Fifa dapat laki photographer! Gambar semua cantik giler! hahaa



Welcome to the Harbour town!






Senja nan merah!



So total lost sepanjang perjalanan kami selama 2 hari ni = 696,500.00rp iaitu lebih kurang RM230 seorang.


Sementara kami baru je sampai kat sini, yang geng Atoq dah sakan berjalan kat Lombok tu!


Bukit Pengasingan


Air terjun Mangku Sakti! Fuhhh cantik gilerrr! Tak pe suatu hari nanti aku akan explore Lombok pula!


Thank uolls bawa nama kami kat sini! So sweet! hahaa


Map kepulauan Flores yang kami akan jejak esok!



Ta zabarrr nak pi sailing........




Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS