Part 4 : Turun ke Sembalun


Assalamualaikum


Day 4


8/5/2017 - Isnin


Hari terakhir kami di Gunung Rinjani.


Kemas-kemas khemah.

Heart sign!

Group photo dulu sebelum turun.


Model of the day, Wan!


Acah-acah nak jadi porter! Perghhhh, memang berat giler barang yang dorang bawak ni! Rasa nak patah bahu woi! Memang salute la kat semua porter kat sini! Rasa kalau tak de dorang, memang sepi jer Rinjani ni.


Selepas sarapan pagi iaitu maggi sup dan telur rebus, kami pun mulakan pendakian turun melalui jalur Sembalun pada pukul 7.30 pagi.


View pagi tu memang clear! Tiada kabus atau awan yang menutupi tasik! Memang cantik giler!


Tapi disebalik keindahan pemandangan Rinjani ni, masalah sampah bersepah dekat campsite ni. Sedih tengok dengan keadaan sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pendaki dan porter! Jika dibiarkan memang penuh dengan sampah jer dekat campsite ni. Please do something pihak Taman Negara Rinjani! Kena upah porter untuk angkut semua sampah-sampah ni bawa turun!



Walaupun angin sejuk, tapi terasa bahang terik mentari!










''It is not the mountain we conquer, it is ourselves"
- Sir Edmund Hillary 






Yang petak warna hitam tu toilet. Sebagai pendinding je lah. Atas dia tiada penutup. Open air punya toilet. Cuma ada lubang yang dikorek dari tanah. Bertabahlah nak guna toilet tu. hahaa.. Kalau nak air untuk mencebok, kena mintak dengan porter!




Jangan terkejut, kat base camp sini pun porter ada jual macam-macam seperti makanan ringan, rokok surya dan air sejuk (Pocari sweat, Coke etc)



The last summit view from Sembalun rim campsite.






Kat kawasan sini pun ada banyak bunga edelweiss!


Menuruni bukit penyesalan!


Hills of Regret


you’ll be too late to feel regret since you have gone that far and it felt like never ending trails!

Tersenyum riang lepas turun bukit penyesalan! hahaa


Perjalanan turun masih jauh! Lutut aku dah barai bersepai!



The walk through the dry blazing savanna. It was sunny and hot.


It’s like heaven on earth!


Berenti rehat di Pos 1. Dalam pukul 12.00 tengahari. porter dah siap masak maggi sup, telur rebus dan nasi untuk makan tengahari!


 Enjoy our last meal at Rinjani!


Say good bye to the magnificent Rinjani. What a nice hiking experience!


Pertualangan ke Puncak Dewi Anjani ini pastinya menjadi kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan! Terima kasih Rinjani kerana mengajarku supaya tidak mudah menyerah walau dalam apa jua keadaan sekalipun.


 In a Nutshell, terima kasih team B88outdoors kerana sentiasa memberikan semangat, Hafiq, Arip, Meon, Fifa, Din, Atoq, Riff dan Wan! Terima kasih juga kepada guide Pak Ali dan Hassan dan porter kerana memberikan layanan terbaik dan banyak membantu kami di sepanjang pendakian ini. Masak yang sedap-sedap, sediakan khemah, bawa barang-barang untuk kami! Semoga bertemu lagi Puncak Anjani yang dirindui!

Jom layan video ni!



Next pit stop, Bali!
















Comments

  1. selamt ya kami ats nama company bas rinjani summit smga sehat sellu

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak