Part 2 : XPDC Gunung Baha, Ayam & Stong!



Assalamualaikum



30 April 2017, Ahad, 9.00 am



Selepas puas layan sunrise & bergambar dengan awan karpet tadi, panggilan untuk angkat sauh kedengaran!

Kami bersiap sedia dengan air, headlamp, lunch pack & kelengkapan yang mencukupi. Misi hari ni lebih mencabar kerana team kami akan tapau 3 puncak iaitu GUNUNG BAHA, GUNUNG AYAM dan GUNUNG STONG!


Selepas sesi memanaskan badan dan sedikit taklimat ringkas oleh abang guide, kami mula bergerak menuju ke puncak baha yang dianggarkan mengambil masa selama 5 ke 6 jam. 

Sempat lagi si Apek ni photobomb! ;p


Setelah berhempas pulas mendaki, ada peserta yg mempunyai masalah pada bahagian lutut berhenti sebelum 2 jam nak sampai puncak Baha.



Ehsan terpaksa sweep abg Mokh untuk berpatah balik ke kemsite baha atas nasihat dari Pok Chu.

Dengan langkah yang berhati-hati, Ehsan & abg Mokh sampai di kem lebih kurang jam 5.30ptg. Dah sampai di kem, mereka bergotong-royong bersama dengan Alya & Apis yang tidak ikut kami naik ke puncak, memasak untuk makan malam di kem.


Rehat sebentar sementara menunggu team sweeper kat belakang sampai sini. Sepanjang perjalanan memang kami selalu terserempak dengan geng baju kuning ni sebab bilangan mereka yang ramai. Sambil2 tu cuci mata la kejap sebab group dorang ramai abam-abam sado! hahaa




Ni nama dia Zati. Beliau seorang yang sempoi! Aku baru je first time jumpa dia tapi sembang kencang macam dah lama kenal! hahaa. Mungkin sebab kami ni sebaya. Dia antara otai juga dalam bidang mendaki ni! Nak kenal boleh pm tepi. Ehh

Pok Chu

Pendakian ke puncak Baha ni bagi aku amat jauh dan panjang! Trek dia pun memang tegak dan pacak. Bila dah start pewai, jalan macam tak sampai-sampai jer.


Sepanjang pendakian, mandi peluh dan penat memang tak payah kata la. Ada yang hampir putus asa tapi kami tetap bagi semangat. Kaki dan peha dah start sengal-sengal dan lenguh!


Take 5 dulu!


kene cross sungai skit





Akhirnya selepas 5 jam lebih pendakian yang melelahkan, kami sampai di Puncak Baha! Perut pun dah mula melagukan rentak pop yeye, dah pukul 2.30 rupanya. So lepak dulu kat sini makan lunch pack yang kami bawa tadi.

ehem2


Untuk pengetahuan anda, tiada view pun yang boleh dilihat kat puncak Baha & Ayam. Hanya ada signbord jer.


Ni sweeper aku yang comel. Namanya Akashah aka Apek! Ore Klate rupanya. Sek2 kito loni boh! hahaa.. Aku ingat ke dia ni yang goalkeeper Kelantan tu, Khairul Fahmi Che Mat. Muka macam sama jer! Panggil pon Apek. Ku keliru! :p


Yeayyyy! Puncak pertama, Gunung Baha 1450M telah berjaya ditawan!

Team pewai! 


Abih la gopro aku penuh dengan muka dia dok selfie! koh koh koh


Nah untuk adik aku yang tak dapat join trip ni! Aku dah bawak nama kau kat semua puncak! So kau kene sampai juga kat sini nanti! hahaa

Nadz was here!


Gogo paduik dan konco-konconya meraikan kemenangan di puncak pertama!


Next ke puncak Gunung Ayam pula.


Suasana dalam hutan ni sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah, tapir, merak dan harimau.


 Dari Baha ke Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Tapi trek dia menaik jer. Di antara puncak Baha dan puncak Stong, Puncak Ayam ni merupakan puncak tertinggi yang kami daki. Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong. 


Gunung Ayam 1560M checked! Pada zaman dahulu, Gunung Ayam dikenali sebagai Gunung Chinta Wangsa.


Melalui pembacaan aku, di puncak gunung Ayam ni adalah tempat Puteri Saadong bertapa dan memencilkan diri selepas beliau meninggalkan bukit Marak setelah kematian suaminya, Raja Abdullah. Disini juga adalah tempat bersemayam almarhum bondanya iaitu Cik Siti Wan Kembang.

Di Gunung inilah Puteri Saadong dikatakan bertindak menghilangkan diri. Hingga kini jejaknya tidak dapat dikesan. Amat menarik jika baca kisah sejarah dan lagenda pemerintahan negeri Kelantan ni.


Next ke puncak yang dinanti iaitu puncak kasih kita..... ehhh, Puncak Gunung Stong!


Aku yang dah kebuloq sangat tu tengah makan! Tq chef Elly tapaukan spaghetti untuk dikongsi bersama kat puncak stong ni! Terasa begitu enak spaghetti tu


Pendakian ke puncak gunung Stong agak memenatkan kerana terpaksa berdepan dengan trek yang sentiasa mencanak hingga ke puncak dan penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kental. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. 


Semua peserta selamat tiba di puncak Gunung Stong pada jam 7.00 petang. Puncak Gunung Stong adalah merupakan satu batu yang amat besar. So dalam bahasa inggeris batu adalah stone, jadi orang kelantan panggil stone tu sebagai stong. Begitulah gunung ni mendapat nama.


Setongkol batu besar dengan pokok bonsai di atasnya menjadikan puncak ini unik. 

Gogo Hafiq tersenyum puas!


Tahniah kepada lineup padu yang berjaya tapau 3 puncak iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter dari aras laut! Terbaik!


Puncak gunung telah berjaya ku tawan, next nak tawan puncak hati awaa pula! Ehehh


In a nutshell, Gunung Stong 1422M checked! Another achievement unlocked! Jyeahhh...


Thanks kepada Apek yang setia menemani aku & the geng sepanjang trek! Walaupun kami dah barai habis masa turun tu dengan keadaan gelap, tapi dia tetap sweep kami. So sweet! hahaa... Next trip boleh la sweep lagi! 


Dari Puncak Stong, perjalanan memang akan menurun sahaja. Lutut aku sampai dah loggar dah & kaki hampir krem. Alhamdulillah kami telah sampai ke camsite pada pukul 10.30 malam. Pewai terok masing2! hahaa.. Total hike lebih kurang 13 jam. Satu pencapaian untuk kami. Congrats to all the participants!



To be continued......







Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS