Part 7 : Pulau Padar, Pink Beach, Pulau Kalong


Assalamualaikum


Day 7

11/5/2017 - Khamis, 6.00am



Angkat sauhhhh!


Selepas tido nyenyak di homestay Pulau Komodo, kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap-siap ke Pulau Padar.


Lihat sunrise di tengah lautan! Sangat cantik!



Good morning Donut! Ehh sunrise!

Big bite!


Pagi tu kami sarapan atas bot makan pisang goreng panas, donat & kopi Flores!


Lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki bot, akhirnya kami sampai di Pulau Padar.



Map pulau padar




Replika biawak komodo yang diukir menggunakan kayu! Sangat halus kerja tangan mereka, sebiji macam real punya biawak! Aku beli yang kecik punya, ada magnet, harga 20,000rp. Souvenir dari Pulau Komodo!



Kami start hiking pukul 8.00 pagi. Cuaca memang amat panas & terik!



Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Di sekitar pulau ini terdapat pula tiga atau empat pulau kecil.


Pulau Padar juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana ia berada dalam wilayah Taman Nasional Komodo, bersama dengan Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Gili Motang.




Ramai juga pelancong yang dah ada kat puncak tu! Mesti dorang sampai sini awal nak tengok sunrise kat puncak bukit.

Malim gunung!
Bunga-bunga yang cantik sepanjang trek!



 Pemandangan yang cantik beberapa meter di ketinggian pertama membuat ku bertekad, harus sampai ke puncak dengan pantas! 


Di titik ni aku melihat keunikan lengkungan garis pantai yang permukaannya membiru di antara dua bukit. Di atas sana pasti pemandangannya lebih cantik.



Walaupun trek dia tidak sepacak masa kat Gili Lawa semalam, tapi boleh tahan pewai jugak! Sebabnya kami kena hiking tengah panas!


Pulau padar hanya di tumbuhi rumput tanpa adanya pepohonan yang besar. Jadi untuk ke pulau Padar sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang agar terik matahari tidak terasa membakar kulit. 


Pakai kasut yang sesuai untuk trekking. Sebab treknya berpasir, licin dan berbatu.


Terik mentari seolah membakar kulit, tekak pun dah terasa kering, jangan lupa bawa air mineral & pakai sunblock! Untuk extra protection dan tampak lebih style lagi bergaya, boleh pakai topi & shades! hehehh


Dari puncak bukit pulau Padar ni, dapat lihat keindahan lautan dari pulau-pulau kecil sekitar pulau Padar, pasir putih meliuk-liuk dengan ombak putih akan membuat korang kagum dengan pemandangannya! 

Keren banget sih!




 Pulau padar, pulau yang tidak berpenghuni, bahkan tidak ada bangunan satu pun di sini sehingga padar seolah pulau perawan yang belum pernah dikunjungi sesiapa. 


Pesona kontur pulau padar yang berbukit-bukit dan bercabang seolah membentuk bintang membuat pulau ini sangat menarik! Bukit-bukit menjulang tinggi tampaknya seperti tidak pernah dijamah manusia kerana trekking yang terlalu curam.



Pantai Pink!





Lebih kurang dalam setengah jam, kami sampai di Puncak bukit Pulau Padar ni!


Tadaaaaa! The view was amazing!


Manusia begitu kecil ketika dihadapkan pada ciptaan-Nya dan tak ada karya seindah karya-Nya.


In a Nutshell, Nadz was here! Pulau Padar checked!


I’ll let these pictures do the talking…


Di puncak tertinggi Pulau Padar! Pemandangan pulau sedikit terlindung. Jika mahukan view yang keren, kat puncak first tadi tu!


For our Rinjani Buddies!


Jika mengunjungi pulau padar, diharapkan anda selalu berwaspada sebab kat sini pun ada juga biawak Komodo!




Ada yang menyebut pemadangan dari atas Pulau Padar mirip seperti Danau Kelimutu dengan danau tiga warnanya. Tetapi Pulau Padar mempunyai pemandangan dengan 3 pantai yang berbeza. Yang pertama iaitu pantai yang menjadi lokasi bersandar kapal-kapal dan tempat memulakan pendakian, kedua pantai berwarna hitam di sebelah barat dan terakhir berwarna sedikit kemerahan iaitu Pantai Pink.


Siapapun yang berkunjung ke Pulau Padar, hatinya pasti bergetar ketika melihat keindahan alam di Nusa Tenggara Timur ini!


Malaysia boleh!


Panorama 3 pantai yang merupakan Primadona dari Pulau Padar!


Bertabahlah pengantin tunggu turn, tengah panas nak amik gambar kat spot terbaik tu! Memang beratur! hehee


behind the scene!


Wedding Photoshoot lagi! Bersemut aihhh depa nih! Congrats Meon & Fifa. Terbaik! #relationshipgoal


B88outdoors takes Pulau Padar!



with my bro!

Perjalanan kami diteruskan pula ke pantai pink pulau padar. Di labuan bajo ada beberapa pantai pink, mungkin kerana banyak coral berwarna merah yang tersebar di kepulauan komodo.



Air lautnya sangat jernih. 3 lapis warna biru! Memang sangat cantik!


Snorkeling time!



Berenang bersama ikan-ikan!



The best shoot of the day! Diambil menggunakan dome & SJCam5000.



Panas terik bak ang! Tadi dah penat hiking, lepas tu main air laut pula! Memang hitam dah muka terbako! Hahaaa




Berenang kat tengah-tengah laut konon nak cari penyu! Tapi tak jumpa! hahaa


Coral cantik! 






Dorang tengah bersilat! hahaa


Dushhhh..... Kamehameha!


Aksi tempur tanpa senjata pahlawan komodo!



Fuhhh... cannot move on dengan kejernihan airnya & pasir pink!








Menikmati biru yang sangat mewah. Warna langitnya, permukaan air lautnya, benar-benar biru yang sempurna.




Model Baywatch, Hafiq! haha


Pink Beach that is known for it’s pink tinted sand created by the red coral that washes up.


Menurut Mas Bidong, dulu warna pantai ni lagi ketara pinknya. Sekarang dah tak berapa pink sebab dulu pelancong selalu datang bawa balik butiran pasir pink dalam botol. Sekarang dah tak boleh ambil bawa balik dalam botol dah sebab pasir pink dia dah semakin sikit!



Angin laut menderu-deru di telingaku. Kadang bagai membawa pesan, sesekali meniupkan kenangan, lalu hadirkan angan, rindu dan harapan. Hatiku telah tertinggal di kepulauan Flores yang eksotik dan indah! Assudahh...


Next, kami pulang semula ke homestay untuk makan, mandi dan berehat!


Jeti ke kampung Komodo.



Kebanyakan penduduk di Pulau Komodo bekerja sebagai nelayan.





Kebanyakan penduduk disini beragama Islam.






Kambing berak bersepah!


Anak- anak di Kampung Komodo yang hidup sederhana di kepulauan Nusa Tenggara.


Setelah berehat, petang tu kami turun ke laut semula untuk ke Pulau Kalong.


Melihat sunset di tengah laut!





Pulau Kalong sebenarnya adalah rumah Batman! hahaa.. 


Pulau Kalong adalah sebuah pulau yang didalamnya terdapat populasi kelawar dalam jumlah besar. Waktu terbaik mengunjungi pulau ni adalah saat matahari mulai terbenam. 



Pemandangan langit senja yang indah!


Sambil lepak di atas kapal, kami menikmati indahnya langit senja sambil melihat kelawar yang mulai keluar mencari makan.


Haaa tu dia dah keluar dah sang kelawar berterbangan di angkasa! Tapi haritu tak berapa banyak sangat kelawarnya! Mungkin banyak yang masih tidur!



Balik dari Pulau Kalong, kami dinner di homestay.



Lauk macam biasa, hari-hari kami makan ikan. Sedap juga masakan dorang.


Lepas makan, kami nak jalan-jalan sekitar kampung Komodo. Singgah di rumah dan melawat keluarga Mas Bidong. Kalau datang kat Indonesia, bila sebut jer kami dari Malaysia, dorang mesti akan teringat Upin Ipin! Memang famous betul kartun Upin Ipin kat sini! Masa kat rumah mas Bidong pun, anak-anak dia tengah tengok kartun ni. Masih menggunakan bahasa Malaysia Kartun ni, cuma dengan subtitle Indonesia. Rasa bangga pula karya anak Malaysia begitu terkenal di negara luar! Salute!

Betul betul betul!


Esoknya nak jumpa dengan Komodo Dragon & ke Pulau Kelor!

Comments

  1. wow, cantiknya pemandangan. Rasa tenang je. Luas mata memandang. Rasa teringin pula nak jejakkan kaki di Pulau Komodo tu.

    ReplyDelete
  2. wow..so amazing ...memang best..hope i can go too

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak