PINOY TRIP : Part 5, BOHOL lagi!


Assalamualaikum



Day 5


11 Julai 2017, Selasa, 7.30 am



 Bohol - Butterfly garden - Loboc - Chocolate Hill - Tarsier - Man made forrest






Ni la rutin harian kami. Sebelum gerak keluar, kami akan masak dulu di rumah. Sebab memang tak de la nak dapat makanan halal kat sini. Restoran muslim pun memang tiada. Masak yang simple-simple je pek Brahims tu. Tapi dah nak muak juga ni tiap-tiap hari makan makanan segera! hahaa


Breakfast & bungkus siap-siap makanan sebelum pegi jalan-jalan. Tour kami start pukul 8.00 pagi.


Hari kelima, kami akan berjalan lagi di sekitar Bohol dengan pakej Bohol tour berharga 3200peso


Tempat yang kami pergi adalah 'The Blood Compact Shrine Monument' iaitu tugu peringatan semasa perjanjian di antara Filipina dan Sepanyol. 

Monument ini terletak di Tagbilaran City. Di bahagian belakang monument ni terbentang pemandangan lautan kepulauan Bohol.

Bestfriends since primary school & still counting!


'Sandugo or Blood Compact Shrine'



Info mengenai monument ini : sumber wikipedia


The Sandugo was a blood compact, performed in Bohol between the Spanish explorer Miguel López de Legazpi and Datu Sikatuna, the chieftain of Bohol, on March 16, 1565, to seal their friendship as part of the tribal tradition. This is considered as the first treaty of friendship between the Spaniards and Filipinos. "Sandugo" is a Visayan word which means "one blood"


The monument, with the bronze statues of Miguel Lopez de Legazpi, Rajah Sikatuna and several other witnesses, was a masterpiece of the Boholano sculptor and National Artist for Sculpture, Napoleon Abueva.



With our tour guide merangkap supir bernama 'Jeju'.


Next kami ke Bohol Butterfly Bonsai Garden. 


Kemudahan yang terdapat di tempat ini antara lain adalah butterfly garden, butterfly enclosure, nature trail, visitor center, restaurant, barbeque stand, pagoda, gift shop, dan lain-lain. Butterfly garden merupakan taman terbuka yang ditanam dengan berbagai jenis tanaman yang dapat mengundang kupu-kupu.


Entrance fee : 45peso per pax


Ulat bulu dah naik daun! hahaaa.. Geli weh meremang bulu rhome aku pegang ulat nih! Acah-acah berani jer! kah3


Dah boleh buat topeng kupu-kupu tu! hahaaa




Love is like a butterfly: It goes where it pleases and it pleases wherever it goes. ~ Anonymous



Yeahhh dah jadi rama-rama yang cantik! hahaa


Kemudian, aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu menaiki Superman Zipline di 'Loboc Ecotourism Adventure Park'. Kami telah mengambil pakej combo one way zipline dan cable ride dengan harga 500peso seorang termasuk gambar dalam bentuk cd. 


 Tetapi cuaca pada hari tu hujan lebat, jadi kami terpaksa menunggu lebih kurang dua jam sehingga hujan reda.


Sementara tunggu hujan reda, bergambar dulu. Acah-acah model! hahaa


Outfit of the day! #ootd


Ready for takeoff!


 Memang terbaik zipline ni! Rasa macam superman dapat terbang di udara! Hahaa




Fantastic!



Amazing!


Terbaek weyh!


Wonderful!


Sekejap jer terbang ni dalam 10 saat! Tak sempat nak rasa gayat! hahaa




F.L.Y

First love yourself then others will come!


Patah balik ke seberang kami naik Cable Ride!


Ni gayat la juga! Sebab dia gerak perlahan! hahaa







Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke 'Chocolate Hills Adventure Park'. Disini terdapat pelbagai aktiviti ekstreme yang menarik dan mencabar fizikal. Entrance fee 60peso per pax.



Tapi kami nak cuba satu aktiviti jer iaitu Bike Zipline. Berbasikal di atas tali merentasi beberapa bukit kecil. Harganya 550peso seorang termasuk gambar yang dicuci sekeping dan softcopy. 


Nak naik ni, kami perlu mendaki tangga dan juga menara setinggi lima tingkat. Perasaan semasa mengayuh basikal di udara, fuhhhhh..... sangat gayat dan mencabar! Memang menggigil kaki dan lutut beb! Macam dah kayuh laju-laju tapi tak sampai-sampai! Hahaa. 



Jarak untuk mengayuh lebih kurang 550meter (ulang alik) dan tinggi lebih kurang 100 kaki! Memang ketaq abih! Sesiapa yang mempunyai masalah sakit jantung dan darah tinggi tak digalakkan la buat aktiviti ni!


Aktiviti seterusnya, kami menaiki ATV dan Buggy ride ke kawasan Chocolate Hills! Harga 500peso seorang termasuk entrance fee. 




Memang best pengalaman naik ATV dan pandu Buggy ride masuk ke dalam kawasan hutan dan meredah lumpur offroad! 






Ni baru la real 4x4 offroad! hahaa




Kongkang telah bertukar menjadi gergasi!


Berhenti untuk bergambar di kaki bukit coklat!


Tendangan padu!


Masa pergi Tiqa drive, masa balik aku pula drive!


Jom layan video dulu!





Semangat pam air telaga nak cuci kasut kene lumpur offroad tadi! hahaa


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke puncak bukit untuk menikmati pemandangan indah taburan 1260 bukit di sekitar Chocolate Hills. Entrance fee 50peso per pax. 


Kami perlu mendaki lebih kurang 200 anak tangga. Aduh, semput juga! Hahaa. 


Pheww... thorbaekk Pinoy sado sebelah tu angkat awek dia! hahaaa


Bergambar di Chocolate Hills adalah trademark di Pulau Bohol.


Aku pergi trip ni masa hari raya aidilfitri haritu. So acah-acah salam perantauan lah! hahaaa


Nama bukit ni diberi seumpamanya kerana jika dilihat pada musim kering, rumputnya akan berwarna coklat dan bentuk bukit separuh bulat ni seakan coklat kisses!




Memang cantik pemandangan bukit di sini! So terubat la skit kekecewaan tak dapat hiking kat Osmena Peak haritu sebab hujan lebat! hahaaa



Three mystic apes! lol 'see no evil, speak no evil, hear no evil!'



Dab pose!


Tadaaaa...







Kemudian, kami akan melalui Man-Made Forest iatu 2KM jalanraya yang dikelilingi hutan buatan manusia. 


Sebenarnya, ia adalah projek untuk menyuburkan semula hutan setelah berlaku deforestation yang kronik akibat penebangan dan pembakaran hutan yang dipanggil 'Kaingin' yang dilakukan oleh penduduk tempatan untuk mencari perlindungan semasa zaman perang dunia ke 2. Jenis pokok yang ditanam ialah red & white Mahogany trees. 


Nak ambil gambar di sini perlu berhati-hati kerana ada banyak kenderaan yang lalu lalang.


Seterusnya, kami ke Tarsier Conservation di Loboc. 



Entrance fee 60peso per pax. Kat sini semua tempat masuk kena bayar ye. So prepare la duit secukupnya.


 Tarsier : Kera Hutan di Bohol

Kera Hutan yang unik ini katanya hanya ada di Bohol. Ia di panggil Tarsier dan antara hidupan liar yang mesti anda lihat jika ke Bohol. Ia memang lain dari kera hutan biasa dan ia menjadi tarikan kepada pencinta haiwan di Philippines.


Tarsier adalah spesis kera hutan yang semakin pupus di dunia. Tarsier  sebenarnya adalah haiwan yang pemalu. Jika ia rasa terganggu, dia akan cepat stress. Bila dia stress, dia akan bunuh diri dengan menghantukkan kepalanya! Huhh, agak psycho disitu! 

Jadi jika anda ingin datang ke sini, walaupun sangat teruja tengok Tarsier yang sangat kecil dan comel ni, tapi anda tak boleh bercakap dengan kuat dan bising, tak boleh ada flash dari kamera dan juga bunyi telefon. Jangan korang pula yang stress ye! Hahaa



Comel jer dia tengah tidur! hahaa.. Kera ni sangat kecil! Sebesar penumbuk la lebih kurang saiz dia.


Suami isteri tengah bersantai! hahaa


So total lost untuk hari kelima adalah 2405 peso per pax.


Kesimpulannya, kat Bohol ni memang banyak aktiviti menarik dan best! So esok kami ke Balicasag sea tour! Nak tengok dolphin & snorkeling! 






Comments

  1. Ak pn rasa nak hantuk kepala mcm tarsier..stghess 😥

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yup kecik jer.. tak nampak pun klu tgk mcm tu je. Kene zoom pki kamera bru nampak muka dia. hahaa

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat