Gunung Ledang via Asahan





Assalamualaikum


Sempena cuti Chinese New Year baru-baru ni, aku berkesempatan untuk join trip mendaki ke Gunung Ledang melalui trail Asahan. Aku sebenarnya dah lama juga teringin nak naik Gunung Lagenda ni yang terkenal dengan mitos dan kisah Puteri Gunung Ledang yang cantik jelita yang menjadi penjaga gunung ini.



Kami bergerak dari PJ pada pukul 11 malam menuju ke Tangkak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lepas tu kami lepak di Masjid Tun Khalil di Asahan untuk melelapkan mata seketika dan solat subuh. 



Lek jer budak laki dorang tidur bergelimpangan kat luar perkarangan masjid! hahaa.. Kami yang perempuan tidur kat dalam masjid.


Pembahagian ration untuk daypack oleh Abam Gogo kepada semua peserta.



Kemudian, kami semua bergerak ke Laman Tiga Budaya untuk pendaftaran pendaki.


Borang yang perlu kami isi sebelum hiking. Barang yang kami bawa kena declaire dan kira satu persatu. Balik nanti perlu ada jumlah yang sama. Kalau bawa makanan, pastikan bungkusan yang ada tu disimpan untuk dibawa turun. Kalau dia kira balik nanti tak cukup, akan kena denda. Peraturan kat sini agak ketat.




Masing-masing dah siap isi borang.

Team gadis-gadis


Photobomb! :p




My hiking buddy is back! Yeahhhh... Bravo Xue Li! Rindu nak pewai sama-sama! hahaa


Beso Vs Kecik


Kasut bau kedai jer masing-masing! hahaa



Lemme take a selfie!




Inilah barisan kita..... Yang ikhlas berjuang....


Pintu masuk




Gogo yang kacak lagi macho, abam Zamri dari Tenang Trekkers! 
Idola gadis-gadis! 


Ehhh... apehal A. Samad Said ada kat sini?




Lama betul pak cik ni nak check barang-barang kami! Pukul bape nak start hiking daa....


Haihhh... ni dah kenapa, belum hiking lagi dah bergelimpangan pewai! hahaaa


Tengah-tengah alam pula dia sedap landing! hahaaa


Miawwww comey!


Cat Dog!


Lepas dah declaire semua barang-barang yang kami bawa, ada sedikit briefing .



Guide sedang briefing mengenai perjalanan dan trail yang akan kami tempuhi sepanjang perjalanan ke Puncak Ledang. 


Dalam banyak point yang disebut dan yang paling aku rasa wow ialah cut off time. Ada 7 check-point rasanya. Setiap sela check-point adalah dalam 45 minit.
Mak aihhh, kalau aku ni pendaki tegar boleh la kot nak kejar masa dia! Ni aku yang tahap nubis kubis memang tak terkejar lah! Aku dah la cepat pancit! 

Maksudnya kami kena sampai check-point yang telah ditetapkan ikut masa dia. Andai tak sampai dalam masa yang telah ditentukan, secara automatik pendakian tamat dan kena turun. Fuhhh....


Warming up dulu. Lepas tu terus shoot dengan pantas sebabnya kami start ni pun dah agak lambat lebih kurang pukul 10 pagi. Tapi takpe, janji semua dapat bergerak dengan selamat dan terancang.


Perjalanan dari Entrance ke CP1 agak landai. Masa yang diambil lebih kurang ke 20 minit ke 30 minit. Masa pergi bolehlah semangat lagi, korang akan rasa mental gila turun nanti. Trek nya yang landai memberi maksud, tiada perubahan masa pergi dan balik.



Boleh tersenyum lagi masa ni! hahaaaa


Sama juga dari CP1 ke CP2. Treknye agak santai dan landai. Ada sedikit sahaja  trek yang menaik.








Dengan Abam Luilui, photoghapher of the day! hahaa


Masih lagi mampu untuk bergelak ketawa! hehehh




Dari CP2 ke CP3 akan start trek menaik. Tapi ok lagi pendakiannya. kadang-kadang trek rata dan landai dan ada juga trek berakar. Silalah berhati-hati dengan setiap langkah anda.



Dengan abam guide merangkap sweeper.


Dari CP3 ke CP4 (Lembah Beruang) anda akan menurun sahaja sampai ke lembah dimana kedudukan CP4 berada. Tapi menurunnye takdelah curam pun. 

Maka ingatlah bahawa anda akan menaik semula ke CP3 dalam perjalan pulang nanti. CP4 ni namanye Lembah Beruang, tapi xdelah habitat beruang kat sini. hehee


Hang Tuah ni berhajat nak pergi meminang Tuan Puteri kat Puncak Gunung Ledang! Gud Luck! hehee


Mental jangan koyak Xue Li! hahaa


Dari CP4 (Lembah Beruang), anda akan jumpa trek pacak je sampai la ke CP6. Cabarannya yang menguji mental & fizikal bermula disini. Kalau korang boleh keep on hike tanpa berhenti, kejap je dah smpai ke CP5 dan CP6. Tapi fuhhh memang dah ketar lutut masa kat sini.

Walaupun jarak hanya 1.3km ke CP5 (Batu Berlumut) dan 1.2km ke CP6 (Padang Batu), tapi memang seksa betul rasa! Sempuittt...


Pacak tak de diskaun dah kat sini! 


Merecik peluh! Ledang bukan biasa-biasa gaisss! Memang padu trek dia!


Hang Tuah sedang berehat


Kat sini sumpah dah rasa give up! Sekiranya jam 1pm baru berada di check point 5, maka kami tak boleh teruskan pendakian ke puncak. Peraturan ni adalah bagi mengelakkan line up terpaksa OT atau tiba di bawah pada waktu gelap.


Selepas CP5, anda akan menempuh batu hampar yang amat tinggi. Nice juga tempat ni. Darjah kecuraman dalam 50-60 degree. Tali disediakan. Sila berhati-hati menggunakan tali tersebut dan bersabarlah menunggu giliran anda. 


Gayat woi!







Rasa nak merangkak dah ni! Pewai namateyyy siakkk!



Sedih tak dapat pergi ke puncak! Tapi tak pe, yang penting it's all about the journey, not destination. 

It doesn't matter where you are going, it's who you have beside you!


With my sis yang padu berdesup! Tercicir jauh aku kat belakang!...  Fuhhh,
Mana taknya, dia tiap minggu asyik pergi menggunung jer! hahaa.. Dia dulu dah pernah naik ke puncak Ledang ikut Sagil. 


Finally tibalah kami di CP6 iaitu Padang Batu. Disini adalah campsite untuk laluan Asahan. Dianggarkan, campsite ini boleh memuatkan dalam 40-50 orang dalam satu-satu masa. Kat sini katanya boleh tengok dengan view sunset. 



Pendakian kami terhenti sampai setakat sini sahaja. Guide tak bagi kami pergi ke puncak disebabkan kekangan masa. Bertabahlah, walaupun rasa macam sikit jer lagi nak sampai! huhuuu


Gunung kedua yang aku jumpa ada jamban setelah Kinabalu! hahaaa



 Sini juga adalah satu-satunya watersource untuk laluan Asahan. Ada air terjun kecil and juga paip yang memang dah dibuat oleh pihak Jabatan Taman Negara. Senang nak masak air, nak ambil wudhu! Terbaek!


Pondok untuk solat


Berhenti untuk rehat, makan & solat



Mana yang bergerak laju tu, dorang dah sampai kat CP7 dan akan meneruskan perjuangan kami sehingga ke puncak Ledang!


Tangga ke puncak kejayaan!



Nak ke puncak macam lagi curam batu dia.



Ni je la geng-geng katang & padu berdesup yang berjaya sampai ke puncak Gunung Ledang yang berketinggian 1276m dalam masa 3 jam! Tahniah!


Adakah ini dia Puteri Gunung Ledang yang dikatakan berada di puncak tu?


Tapi Hang Tuah pun tak sampai puncak, acaner nih? hahaa


Dah jom turun!


Menikmati pemandangan indah gunung ganang dari Padang Batu.


Abam gogo & Miya! Ehem-ehemmm....




Gudbye Ledang. We will not meet again right? hahaaa



Panas ke tu Rara?? Mana Abam Lan Luilui ni, payung skit! heheee


Perjalanan turun terasa sangat jauh pula. Masa dalam perjalanan turun tu, kami berselisih dengan dengan beberapa orang pendaki yang sedang menuju ke campsite. Kalau bawa barang untuk mendaki lagi la jenuh nak kira satu-satu barang yang perlu di declare! hahaa


In a nutshell, pendakian ke puncak Gunung ledang bagi aku memang mencabar fizikal dan mental jika anda bercadang untuk buat secara daypack. Seeloknya start seawal subuh supaya sempat untuk sampai ke puncak sebelum cut off time! Tapi kalau nak pendakian yang santai dan rileks boleh la try camping 2 hari 1 malam. 

Nak ajak aku repeat, ermmm.. pikir dulu 10 kali! Melainkan ada sesiapa yang sudi untuk bina sebuah jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang? Tu on slaluh! hahaaa

Last but not least, ni adalah pendakian gunung aku yang pertama untuk tahun ni dan mungkin juga yang terakhir. See ya in Annapurna gais!









Comments

  1. terbaiklah sis, saya dulu naik gunung ledang masa form 4,dengan kelab anti dadah..masa tu tahun 1998 hohoho..

    ReplyDelete
  2. Hi. We plan to do DIY. Are there any signs along the way?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes but need to hire a guide from Ledang national park

      Delete
  3. yeah..tqvm info nk hike Ledang Asahan 4-5/8 nnti..puncak yg sme ..kn..kami dh daki via Sagil Dec 2017 ritu..

    ReplyDelete
  4. yg mana lg susah? via asahan or sagil?

    ReplyDelete
  5. Hai kak. Teruja gambar sy ade dlm ni 😁. Nnt marilah repeat ledang.

    ReplyDelete
  6. Terbaik sis... sy naik bulan September haritu pun tk kesampai ke puncak...
    lalu sy repeat lagi 29-30 ni utk ke puncak jaya Gunung Ledang...
    tapi camping laahhh.. kalau daypack nangis....
    Wish me Luck!

    ReplyDelete
  7. Haii boleh saya dapatkan no telefon guide tu?

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Syarikat saya sedang menjalankan sebuah kajian mengenai Taman Negara Gunung Ledang. Kajian ini termasuk tinjauan pelawat dulu dan semasa untuk mendapatkan persepsi pelawat mengenai Taman Negara Gunung Ledang secara keseluruhan.

    Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini, sila hubungi saya di sab@ere.com.my, terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah