ABC Trip Part 2 : Bersepai hari 1st trekking!



Assalamualaikum



21 Mac 2018 (Rabu) 

Hari Pertama Trekking

Nayapul - Birethanti (checkpoint) - Tikedhunga - Ulleri



Wajah-wajah bersemangat semua nak start trekking! 


Setelah menempuh perjalanan malam yang penuh berliku dan panjang, kami singgah di RnR untuk pergi toilet dan makan malam. Kami tapau nasi briyani masa kat restoran petang tadi. Tapi pepagi buta ni memang tak de selera pun nak makan. Rasa nak muntah dah duduk dalam van dengan cuaca yang sejuk! Lepas tu driver pun nak berehat, masing-masing pun terbongkang tidur dalam van! Memang mengantuk teruk! hahaa.. 


Lepas tu singgah masjid di Pokhara untuk solat subuh. Seterusnya kami ambil porter kami di bandar Pokhara dan terus ke Nayapul yang mengambil masa 2 jam lagi perjalanan.


Tak ready lagi! hahaa


Sempat nak photobomb! hahaa


Group selfie dulu sebelum start trekking!


"You need special shoes for hiking, and a bit of a special soul as well." 

~ Terri Guillemets ~


Singgah farmasi nak beli ubat. Kena standby ubat banyak-banyak! Terutamanya paracetamol sebab memang akan sakit kepala. Ingat saya ada masa untuk sakit kepala?? ehh eh


Kami nak cari ubat acetazolamide 'Diamox'. Kat Malaysia ubat ni agak terkawal dan susah nak dapat. Diamox ni sebagai langkah pencegahan untuk mengelak dari terkena serangan Acute mountain sickness (AMS). So mencegah adalah lebih baik dari mengubati kan. Penyakit ini terjadi terutama pada pendakian lebih dari 2400 meter.

Di pergunungan, tekanan udara dan kadar oksigen lebih rendah, hal ini menyebabkan tubuh kekurangan oksigen. So untuk elak terkena AMS, jangan jalan laju-laju sangat. Laju-laju nak pi mano? Tak lari gunung dikejor yop! Kena jalan slow and steady jer. Enjoy the moment yang indah-indah masa hiking dengan orang yang tersayang. ehhh.. Paling penting banyakkan minum air.


Gejala-gejala mountain sickness :

– Pusing atau pening kepala
– Mual sampai muntah, muntah darah
– Sukar untuk bernafas 
– Kelelahan
– Hilang nafsu makan
– Sukar untuk tidur
– Menyendiri, malas bergaul dan berkomunikasi
- Paling teruk boleh menyebabkan pengsan dan koma


Ubat batuk pun benda paling kritikal sebab cuaca kat sini kering, sejuk dan berdebu, so sakit tekak & batuk tu perkara biasa. Majoriti semua kena batuk terutamanya bila nak sampai kat ABC tu. Dengan cuaca yang tak menentu, kejap panas, mendung dan hujan! Memang perit betul kena sakit tekak!


Aquatab / Water purification tablet (sangat perlu sebab air kita refill dari paip air jer). Bawalah perisa air seperti extrajoss, serbuk 100plus, glucose or yang sewaktu dengannya. Certain orang akan guna air paip je nak top-up air & then letak water purification tablet. After about 30min, dah boleh minum. Kat mana-mana teahouse/guesthouse akan ada air filter yang boleh korang top-up untuk mendaki tapi kena bayar. Itu pun rasa dia agak luarbiasa. Memang perit juga tekak nak minum. hahaa


Pil AMS / Diamox : 150 npr

Aquatab : 100 npr

Total : 250 npr = RM9.62


Kami telah menggunakan khidmat 4 orang porter dan seorang guide iaitu Aswin, Manish, Robin, Durga dan Nopras. Mereka akan membantu kami dari segi menempah penginapan di Guesthouse, makan minum dan juga logistik. Mereka sangat berpengalaman dan arif dengan selok belok pendakian disini. Zek pon leh join jadi porter lah sebab dia sorang je yang bawa beg sendiri! Padu!


Zek acah-acah porter! Zek memang gagah! Idola gadis-gadis! hehee


Sebaik tiba di Nayapul, kami terus memulakan trekking untuk hari yang pertama ini. Keadaan di Nayapul agak sibuk dengan kehadiran pendaki yang akan memulakan pendakian masing-masing.




Peringkat permulaan trekking ini kami melalui kawasan rumah penduduk tempatan yang sibuk dengan aktiviti harian mereka. Memandangkan kawasan ini sentiasa menjadi laluan dan tumpuan trekker, kami perhatikan keadaan dan kebersihan kawasan rumah ini dijaga dengan rapi oleh penduduk dan pihak berkuasa di sana.


Semasa di Nayapul, kami juga dapat melihat kumpulan kanak-kanak yang dalam perjalanan ke sekolah. Kami berasa agak pelik memandangkan waktu tersebut sudah hampir jam 10 pagi. Setelah dimaklumkan oleh Aswin barulah kami tahu bahawa waktu persekolahan di Nepal bermula pada jam 10 pagi hingga jam 4 petang. 


Logiknya sekolah bermula agak lewat bagi memberi masa yang secukupnya bagi anak-anak ini untuk sampai ke sekolah memandangkan jarak dari rumah yang agak jauh dan geografi yang berbukit bukau membataskan pergerakan mereka. Kagum kami melihat semangat dan kegigihan anak-anak comel ini.. :)




Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah sangat indah dan mendamaikan. Walaupun kelibat gunung-ganang yang diliputi salji masih belum kelihatan, kami disajikan dengan kehijauan hutan dihiasi sungai-sungai, jeram serta air terjun. Air sungai di sini juga amat jernih dan bersih. 



Modi river! Sangat cantik warna hijau kebiruan yang jernih!


Menuju ke Annapurna! Here we go!

Cover macho ke tu abe Pi! hahaa


The start of a new journey! Excited!



Trek untuk harini. Menaik je sampai ke Ulleri! Mental jangan koyak please! hahaaa


Tongkat Red Devil ke tu?? Glory2 Man United! hahaaa


He was like a dandelion. I was bout to make a wish upon him, but wind took him away... far far away from me... 

Dandelion!


Setelah berjalan untuk beberapa ketika, kami sampai ke sebuah pos pemeriksaan di Birethanti. Di pos ini semua pendaki perlu menunjukkan permit pendakian masing-masing dan nama mereka akan didaftarkan oleh petugas. 


Proses ini bertujuan untuk merekod dan memantau pergerakan masuk dan keluar pendaki di kawasan Annapurna. Terdapat 2 jenis permit yang perlu didapatkan oleh pendaki di kawasan ini iaitu Trekker's Information Management System (TIMS) dan Annapurna Conservation Area Permit (ACAP) yang dikhaskan bagi pendakian di kawasan Annapurna.


TIMS dan ACAP permit ni wajib diisi oleh trekker jika hendak mendaki atau pun trekking di Nepal ni.. Ini adalah salah satu langkah keselamatan pihak kerajaan Nepal bagi memastikan nama anda didaftarkan dan mengetahui siapa dan bila anda akan kembali. 


Dan jika anda tidak pulang seperti yang ditetapkan dalam tarikh di borang permit tersebut , mereka akan mula mencari anda. Permit dan TIMS ini telah pun diuruskan oleh Deepak terlebih dahulu sebelum kami sampai ke Kathmandu lagi. So kena standby gambar passport 2 keping.



Beli epal yang fresh dari ladang 100 npr. Lebih kurang RM3.80 sebiji! Agak mahal tapi memang sedap dan rangup!



"Happiness only real when we shared."



Lagi satu check post untuk ACAP.


Wak muka tu tak payah la ketat sangat! hahaa


Ok wifi is everywhere!


Mungkin akan merindui senyuman ni selamanya....


Kalau nak ke Ghorepani/Poon hill, sini adalah starting point dia.



Kuda & Roja



Perampok gunung! hahahh


Cuaca pada hari ini adalah agak panas dan membahang. Tambahan pula kami terdedah secara terus kepada terik matahari memandangkan pada peringkat awal ini kami mendaki di altitud yang masih rendah dan keadaan hutan yang agak terbuka. 


Trek pada hari pertama ini adalah melalui jalan tanah dan kerikil yang panas dan berdebu dengan pendakian yang agak landai tetapi berterusan. Kat sini pun dah rasa pewai weh!













With Aswin & Durga




Bila jeep lalu jer memang disaster! Dia punye habuk sampai tak nampak jalan dah! Rasa menyesal dah kat sini, kenapa kami susah-susah cari pasal jalan kaki! Baik naik jeep jer sampai atas! Jimat masa, jimat tenaga! hahaa.. Tapi poket tak jimat lah! Hari first dah rabak duit nanti! hehehh.. Kena bertahan sampai 9 hari ni. Kat atas gunung tak de mesin atm nak cucuk duit! hahaa





Steady akak misi!

Pewai dah ke wak? hehee


Di pertengahan perjalanan, kami berhenti rehat dan makan tengahari di Green Land Restaurant. Di sepanjang trek, akan terdapat tempat penginapan atau lodge yang turut menyediakan restoran kecil bagi kemudahan pendaki. 


Menu dia sama jer kat setiap guest house. Harga jer semakin tinggi semakin mahai!


Baru trekking kejap pun dah sunburn muka! So topup sunblock sekilo lu untuk extra protection! hehehh


Kebuluran dah ni semua! hahaaa


Kami telah memesan nasi goreng telur dan air teh. Portion makanan disini amat banyak! Sepinggan nasi boleh dikongsi oleh 2 ke 3 orang. Disebabkan kami semua baru pertama kali, jadi banyak juga pembaziran yang berlaku! Hahaa.. Rasa makanan dia, ermm tak de rasa! Nasib baik demo ni bawa la juga sambal bilis & serunding. Boleh la juga telan nasi tu. hahaa


Dan setiap kali mahu membayar makanan, semua jadi kelam kabut disebabkan tiada duit kecil! Bertabahlah untuk 8 hari lagi! hahaaa


Lunch :

Nasi goreng telur : 400 npr
Ice lemon tea : 70 npr

Total : 470 npr = RM18


Adakah berdua tu lebih boekk? Ermmm

Manish & Aswin

Sedikit mengenai guide dan porter kami sepanjang trekking ini. Aswin merupakan guide merangkap porter kami yang berusia awal 20an dan masih baru lagi dalam dunia trekking. Masih lagi belajar di Universiti dan sekarang tengah cuti semester. So sementara cuti tu rajin la jadi part time porter. Bagus! Beliau agak fasih berbahasa Inggeris dan lebih banyak berinteraksi dengan kami. Beliau merupakan adik ipar kepada Mr Deepak.

Durga


Manish pula kawan kepada Aswin. Merangkap photographer tak rasmi kami. hahaa.. Saja datang makan angin kat ABC! Yang lain pula kami ambil porter dari Pokhara. Mereka memang dah lama bekerja sebagai porter sejak remaja. Umur pun masih muda dalam 20an. Mereka agak kurang mahir berbahasa Inggeris menyebabkan interaksi kami dengan mereka agak terhad. So apa-apa memang kami deal dengan Aswin yang banyak mulut! hahaaa

Nopras

Upah bagi setiap porter adalah sebanyak 16USD sehari. Satu porter kami kongsi untuk 2 orang. Aku share dengan Roza. Macam beg kami yang paling berat! Sebabnya misi kami nak pakai uniform kerja & baju raya kat puncak ABC tu nanti! hehee

Aku bawa uniform operasi tu saja dah berat 2-3kilo! hahaa.. Ni sume idea Fuzah & Abi yang nak pakai uniform nurse kat puncak. So aku pun terjebak sekali! ekekkke.. Nasib baik aku tak bawa uniform no.3, kalau tak memang jenuh, butang-butang baju saja dah bape kilo... hahahh

Robin

Depa ni memang kuat beb, bayangkanlah beban yang mereka pikul ni setiap sorang porter hampir 40kg ke 60kg tu. Aku kagum dengan mereka ni. Tapi memang dah itu kerja diorang kan. Kami hanya pikul beg kecil je untuk isi air, jacket dan sedikit makanan.





Ini ke OYDS yang telah mencuri hati saiaa?... Ehh (Orang yang disyaki). Ok see you in court & will be charge under criminal act 143! hahaa.. Abis la dah keluar term investigation kat sini! hehee


Trek ribuan anak tangga yang perlu ditempuh sehingga sampai ke Guesthouse kami iaitu Hotel Curious Camels terletak di Ulleri yang berketinggian 1950m. Longgar lutut nak hadap tangga nih! fuhhh...


Betul-betul menguji mental, fizikal dan emosi kami. Rasa nak menangis! Ok please don't give up! Baru hari pertama ni babe! hahaa



Our unofficial photographer, Mr Manish aka sweet! hehee.. Somebody's crush! We can smell the love in the mountain! Mungkinkah ni adalah OKT bagi big nurse? (orang kena tahan)


So thirsty!...



Ehh.. ni pak cik bos, Remy Ishak kerr? Nak sign plishh... hahaa


Hot bachelors! hahaa.. Katenyer masih single blako ni. So kawe nak cop yang hat kiri skali tu deh.. Tapi macam dah kena sailang jer! huk alohh.. Tapi demo ni available ke tak, tu kawe dok tahu le, sebab yang kawe tau wifi jer yang available! hahaaa


Ko tahu tak kopi apa yang paling pahit? Tak tahu

Kopilih dia dari aku! uhukk... pahitnya disitu! Mocha ko bahagia ya!


Fizue, Aswin & Wak


tangga musibat! hahahhh



Menyeberangi jambatan menuju ke hati awaaa...







Nak buat gangnam style ke tu Soki? hehee



Senyuman paling manis dari hakak Roja! Abis la bersemut blog aku jap lagi! 


Nasib baik Zek pakai baju Malaysia! kalau tak dah sama macam Nepali mari ni! hehee

Model wannabe! lol


Kenapa dah daki beribu-ribu anak tangga, tapi tak sampai-sampai lagi nih! hahaa


Abi yang sentiasa ceria bila nampak kamera! 




2 jam lagi woi nak sampai Ulleri! Aduduuu...


Anjing penjaga wifi! Nak password please! hehee


Anjing kat atas gunung ni semua comel-comel dan gebu!


cute dog!

Abi & little pony!


Ok sikit lagi nak sampai!







Macam sedap la pula tengok jagung nih!



Take 5, take 10 ke take 15 ni? bersepai sedareeee... hahaaa



Stairway to heaven??



Air kemenangan Zek! Coca cola dihatiku! hahaaa


Kata nak boikot Israel? Acah-acah! hahaaa

Why berkerut gogo?

Abam Rapi yang ceria sokmo!

Fuhhhh.... minum air paling sedap masa trekking, Sprite!


Big nurse, Fuzah! Geng pewai & seret kaki! hahaa

feelin good!


Letih abam memikirkan masalah doniaaaa... (rolling eyes)



Hebat nanny ni, trekking ABC weh! Masih kuat dan fit! Salute!

First lemme take a selfie!


Jauh lagi ni perjalanan nak sampai ke Ulleri!


Say cheese!

Pewai namatey!





Steady kekmi berdosupp! hahaa


Why so serious abam?



Aku agak tersentuh apabila melihat seorang porter yang agak berusia membawa beban yang sangat berat. Sedih rasanya melihat betapa sukarnya mereka ini memerah keringat dan membanting tulang demi mencari rezeki.. 


Inilah yang dikatakan 'berat mata memandang, berat lagi bahu dan belakang yang memikul'.. sob sob.. 






Macam kesian jer Pony nih! Bertabah ye Pony! uhukk





Muka masih ada sinyum! hahaa


Anak-anak Nepal yang tinggal di kawasan pergunungan




Come on Aswin! hahaa



Sikit lagi nak sampai tu yang paling seksa!




Finally sampai juga di Ulleri!



Esok sambung pewai nak ke Ghorepani pula! huhuuu



Pendakian pada hari pertama ni memakan masa selama 7 jam dari Nayapul sehingga ke Ulleri dengan jarak pendakian 18.8km. Phewwww... 


Kami start mendaki pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Hotel Curios Camels yang berada di ketinggian 1960m pada pukul 5.00 petang. Habis sudah penyiksaan di hari pertama! Mental ada la sikit terkoyak! Jap lagi nak tampal balik pakai plaster! hehee


Bersepai betol Soki ye! hahaa


View dari depan bilik! Memang awesome!


Tenang!



Hotel 1 bilik : 800 npr
Hot shower : 100 npr per person x 3


Total : 1100/3 = 366.67 npr


Bilik aku kongsi bertiga dengan Kak Aimi & Roja. So bahagi 3. Sorang RM14.10 jer untuk bilik satu malam. Murah kan? Cuma makan kat sini agak mahal. Semakin tinggi guesthouse memang harga pun semua semakin mahal.


Ni guesthouse yang paling selesa sepanjang 9 hari kami trekking! Sebabnya ada bilik air kat dalam bilik dengan hot shower. Ada selimut tebal lagi! Yang lain tu guesthouse setakat ada basic je la katil & bantal. Toilet semua dekat luar lagi-lagi kat ABC! Nak buang air pun menggigil sejuk gler nak p toilet! hahaaa


Bilik luas & selesa. Port nak charge battery & other electrical item pun ada juga. So, sila bawa siap-siap adapter. Kat sini plug kat each teahouse pun berbeza juga. Ada yang pakai 3-pin & ada juga yang pakai 2-pin. Yang 2-pin socket pun ada 2 jenis, hahaha. Tak standardize betul. Since plug available kat bilik, so, tak delah charge yang dikenakan. 


Untuk malam pertama ni, aku tak guna lagi sleeping bag untuk tidur sebab katil dia dah ada selimut tebal. Memang sejuk tapi masih terkawal lagi.


With owner guesthouse



Waaa seronoknya Soki lepak depan anjung nih!



Time for dinner! Rasa macam pipi dah surut sikit sebab dah barai hari 1st trekking! hehehh.. Ta zabarr nak kurus! :p


Lepak cari wifi yang available. Tengok-tengok abe pi jer yang available! ehh.. hehehh



Dinner kat guest house :

Nasi goreng telur : 350
Pizza bawang : 450
Sup bawang putih : 220
Air refill 2 botol : 200
Hot lemon : 60

Total : 1280 npr = RM49


Ok macam biasa, makanan rasa dia semua tasteless! hahaa


Harga makanan macam makan kat Restoran Menate' tuh! fehhh.. So lepas ni kena jimat skit bab makan! hehee.. Makan sharing2 jer sebab portion dia memang besar dan tak kan habis kalau makan sorang.


Pizza bawang! Ni yang rasa nak membawang! aihhh... tak sedap! hahaa



Patut la demo ni tak turun kat dining room pun. Sebabnya makan Sharifah senyap-senyap dalam bilik! krik krikk...



Kalut semua bila part nak bayar bil-bil nih! Sebabnya masing-masing tak de duit kecik! hahaa.. Fyi, kami pergi ABC ni secara DIY. Itienary semua kami plan sendiri. Cuma cari agen untuk arrange mengenai transport dan porter. Segala bayaran semua kami bayar sendiri masa menginap kat sini. So kat sini kami dah boleh bajet mengenai perbelanjaan harian kami.




Layan view depan bilik!



Gud morning from Ulleri!



Asal mamat sebelah ni lagi jelita dan kurus dari aku?? ehhh.. tak puas hati nih!


Breakfast :

Pun Bread Honey : 250 npr
Hot Chocolate : 100 npr
Total : 350 npr = RM13.50

Wifi : 50 npr = RM1.80


Garlic soup untuk panaskan badan.



Total lost day 1 trekking :

Hotel 1 malam : 14.10
Ubat : 9.62
Lunch : 18.00
Dinner : 49.00
Breakfast : 13.50
Wifi : 1.80

Total : RM106.02 / 2759.72 npr




Previous entry :












Comments

  1. Salam, nak tanya, tea house/guess house kat area atas² tu ada selimut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ada. Kadang ada yg selimut nipis jer so kne standby bawa sleeping bag yang tebal.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS