ABC Trip Part 3 : Antara Cinta & Airmata, Hidup & Mati!



Assalamualaikum




22 Mac 2018 (Khamis) 

Hari Kedua Trekking

 Ulleri (1960m) - Ghorepani (2860m)





Perjalanan hari ni sangat mencabar dan kami perlu mendaki lagi ribuan anak tangga yang sehingga dua kali ganda daripada altitude yang kami berada sekarang! 

Detim di taman bunga!

Hari ni kami akan merentasi perjalanan panjang yang sangat indah melalui hutan taman bunga Rhododendron! Teruja!


Kalau tengok map, memang menegak jer trek harini. Sama macam semalam! hehee


Suasana pagi di Ulleri agak dingin dan mendamaikan. 


Abam tanker!


Muka-muka happy dan bersemangat di pagi hari sebelum kemurungan melayan trek tangga! hahaaaa


Hotel Curious Camels ni yang paling selesa dan cantik sepanjang kami trekking selama 9 hari kat Himalaya ni! Very recommended!

Anok sapo yang comei sangad nih?? hahaa


Group photo dulu sebelum bergerak.


See ya on trek! Please be nice! hehee


"Purple is just... awesome"!

Are you ready girls? yeahhhhh


Setelah mendapat rehat secukupnya, kami memulakan hari kedua trekking di Annapurna dengan bersemangat sekali. Perjalanan kami pada hari ini adalah disifatkan mencabar memandangkan hampir keseluruhan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Ghorepani adalah melibatkan pendakian dan kami perlu naik ke elevation yang hampir dua kali ganda daripada altitud yang kami berada sekarang.


Keadaan di sekitar Guest House pada pagi ini agak sibuk dengan semua kumpulan pendaki bersiap untuk memulakan pendakian. Kelihatan juga deretan keldai-keldai yang mengangkut barangan keperluan seperti tong gas, sayuran melalui lorong-lorong kecil di kawasan pergunungan ini. 


Di awal starting point lagi kami sudah berhadapan dengan deretan tangga yang hazab disebabkan lereng mendaki yang curam. Tapi selepas itu tangga-tangga di kawasan kampung lebih santai dan berselang-seli dengan trek berbatu.


Seperti yang dijangkakan, kami terus mendaki sebaik sahaja memulakan perjalanan. Pada peringkat awal ini kami perlu mendaki anak-anak tangga yang diperbuat daripada batu yang curam dan berliku-liku. Kami mendaki anak tangga demi anak tangga secara berterusan selama beberapa jam dan di sinilah bermulanya ujian ketahanan fizikal dan mental yang bukan sedikit. Mental jangan koyak sedaree... hahaaa


Terdapat dua cabaran utama di sini iaitu keletihan fizikal dan yang keduanya adalah altitude sickness yang mungkin akan terjadi akibat pendakian secara berterusan. So rileks2 jer daki. Laju-laju nak pi mano??


Zek tengah training jadi Sherpa bertauliah! Habis trip nih dah boleh amik upah bawa beg kami pula la ye untuk next trip! hahaa


Zoom in!


Geng pak cik bawang! Terutamanya Aswin yang suka sangat bergossip pasal aku! kah3...



Sesuatu yang tidak dapat dinafikan adalah, pemandangan di sepanjang pendakian adalah amat mengagumkan dengan kehijauan bukit bukau dan pergunungan yang menyajikan sebuah landskap yang sangat indah dan mengasyikkan!


Model sedang beraksi!


Camera ready, strike a pose!


Dah nampak dah gunung salji! Teruja bak ang!


Dekat di mata, namun jauhhh di kaki! Perlu merentasi di sebalik gunung ke gunung nak sampai sana tuh! 4 hari lagi kena mendaki! kemon guys! hehee


Tempoh perjalanan menjadi lambat skit la sebab banyak diselang-selikan dengan aktiviti mengambil gambar. Pada pendapat aku, pemandangan sebegini cuma sekali jer dapat kita lihat di sepanjang trek jadi tak salah kalau kita menikmatinya bersungguh-sungguh kannn... hahaa



Still waiting gambar dari Iphone gogo nih! Bila nak dapat daaa??


Pendaki syantik! ehhh hehhh.. emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik..



Penggunaan trekking pole sangat lah berguna untuk keseimbangan badan terutamanya masa turun dari gunung. Juga untuk memudahkan pendakian yang bertindak sebagai kaki ketiga. Bila dah pewai terok rasa nak seret kaki je kan, boleh la berpaut pada tongkat, nak jalan pun tak larat! hahaa.. Kalau tak de tongkat ni boleh jer beli kayu masa sebelum start mendaki. Harga dalam 100 rupee lebih kurang RM3. Lepas habis trekking boleh buang jer. hehee

Kalau tengok mat salleh, dorang suka pakai 2 tongkat. Tu lagi bagus kalau masa jalan kat atas salji nanti. Ala-ala main ski gittewww. Tapi kalau ada 1 pon dah ok.


emang lagi manja, lagi pengen dimanja, 
pengen berduaan dengan dirimu saja... ehh



Kami meneruskan perjalanan yang masih lagi mendaki sambil menikmati keindahan pemandangan serta menghirup udara segar pergunungan. Cuaca pada hari ini baik. Panas dan agak berdebu.


Semakin tinggi mendaki kami dapat merasakan suhu menjadi semakin dingin dan hutan di sekeliling kami menjadi semakin tebal. Sesekali di tengah perjalanan kami akan melalui kawasan perkampungan yang terdiri daripada beberapa buah rumah penduduk tempatan dan kelihatan juga haiwan-haiwan peliharaan mereka. 


Kehidupan masyarakat di pergunungan ini sangat sederhana dengan dikelilingi alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kota. Sukar juga sebenarnya untuk membayangkan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menjalani kehidupan seharian di tempat yang terpencil dan jauh dari kemudahan yang biasanya terdapat di bandar. 


Penduduk sini hidup dalam suasana yang tenang dan damai jauh daripada tekanan serta kesesakan. Untungnya mereka juga dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan pada setiap hari.



Anak kambing yang comel!


Macam nak bela sekor awaa! hehee

tongkat dagu!


 Gogo & Zek kat belakang tu dah kenapa?? nak join cakap! hahaaa


You can count on me like one two three, I'll be there
And I know when I need it I can count on you like four three two, You'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah....

Eiii gedikknya mamat nih!


Sayang kakak ehh! #siblingoals

Brother love!

Kuda yang seksi dan jelita!




Hasil Kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan untuk dijual kepada pendaki yang berkunjung ke sini.


pashmina

gelang tangan

Blood brother katanyer!



Mai pilih-pilih! Masih bujang trang tang-tang semuanya! hahaa

Gambo kontroversi! Geng kunyit ker ni? kah3
I'm the king of the world or king of my heart??! ehh

Abe pie macho

Line up padu! Boboboi dari kiri Wak, Soki, Rapi, Fizue & Zek.


Gugurl Aimi, Nadz, Roja, Puja & Abi


Shoot to our porter aka guide (uncle onion), Aswin!



Epal & limau fresh dari gunung! Beli epal sebiji 100NPR dan limau sebiji 100NPR.

One for you & one for me ehh??

Ok fine bagi kat Abe Pi! :p lol

“An apple a day keeps the doctor away.”

~ Benjamin Franklin ~

Crawling in my skin!

Abam gogo idola gadis-gadis!

Nikmat betol makan epal tu Abe Pi! hahaa

You Are the Apple of My Eye!

Big nurse, Cik misi Fuzah! 

Lepak sap kok lu sambil bergossip!



Bila sampai sini baru teringat tak bawa baju hujan. Tapi, kuasa alam kita bukannya boleh ramal kan? Tengok langit pun macam dah mendung. Nak beli baju hujan tapi dorang ada jual plastik jer. Boleh la kot standby kalau hari hujan.

Beli plastik sampah buat baju hujan = 150NPR. Lebih kurang RM6 juga sehelai. Ermm biasa la kalau dah atas gunung nih, semua benda jadi mahal.


Anak-anak Nepal yang comel. Seronok ye dapat coklat dari abam Zek!


Penduduk tempatan sedang sibuk menjalankan aktiviti harian mereka. Ada yang membawa pony dan keldai melalui lereng-lereng bukit, makcik sedang mencuci pakaian, kopek buah kelapa, bercucuk tanam dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang berlari-lari ke sekolah.




"After a day’s walk, everything has twice its usual value." - G.M. Trevelyan




Mengah ke tu abam Soki?? hehee




Pewai giler siakkkk! Muka memang tadak sinyumm time aku trekking! hahaa

Muka ketat! hahaa


With abam Manish!



Beautiful canyon with crystal clear water!


Tahan nafas ke tahan perut tu bro?

Cantik air terjun!




“Let’s wander where the WiFi is weak”




Semakin tinggi mendaki kami juga sudah mula merasakan kesan daripada altitud yang meningkat. Terasa udara semakin menipis dan nafas juga menjadi semakin pendek. Agak sukar pada mulanya untuk badan kami menyesuaikan dengan keadaan ini menyebabkan kami berasa agak letih dan banyak kali berhenti seketika untuk berehat. 

Abi yang senyum sokmo bila nampak kamera! hahaa


"Enjoy every (purple) moment"

Steady abam wak!


Adakah ini abam Thor?? Korang jangan nak pecah ovari pulak! hahaa

Porter kami iaitu Robin, Nopras & Durga yang gagah!

Ehem-ehemm... So sweet! hahaa


Aku sensorang kat nun diatas tu bersepai! hahahaa

Pewai ke tu hakak Roja! hehee


Layan tangga lagi sampai rasa nak muntah hijau! hahaa


Dorang yang syok bergambo sakan kat bawah tu. Aku perati jerr demo! hahaa


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!


Tak sampai hati menengoknya tapi apakan daya sudah itu tugas mereka.


sempuit abam!



Acah-acah senyum lagi! Padahal aku dah bersepai terok! hahaaa




Sejam setengah lagi woi nak sampai ke Ghorepani!


 Sememangnya menjadi rutin kami sepanjang trekking ini untuk memulakan perjalanan pada awal pagi, trekking selama kira-kira 3-4 jam, berhenti rehat untuk makan tengahari dan kemudiannya menyambung kembali trekking untuk 2-3 jam lagi untuk sampai ke destinasi atau pit stop tempat kami bermalam pada hari tersebut. 



Barang-barang antik & rare! Macam pasar karat kat atas ni! hehee


Beli apa tu bang??

Sepanjang perjalanan, kami sering kali terjumpa dengan deretan keldai dan pony yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan di kawasan pergunungan ini. Najis haiwan juga agak bersepah di sepanjang perjalanan dengan bau yang agak umphhhh! Taik freshh punya! hahaa


Selepas beberapa jam trekking, kami singgah untuk makan tengahari di ‘Hungry Eye Restaurant’. (nama agak menyeramkan) hahaaa



Yang tak order tu makan sharifah! Makan untuk tenaga, tenaga untuk hidup! Hidup untuk hiking... ehhh.. hahaa


Menunya sekali lagi kami order nasi goreng vege telur dan air teh. Nasi dia macam biasa sangat banyak. Boleh share 2-3 orang. Rasa dia pon sama tawar! hahaa.. Nasib baik ada sambal bilis dan serunding! 


Tapi air tehnya rasa agak aneh sebab dia letak susu. Kami order black tea sepatutnya tak de susu. Ni susunya rasa agak luar biasa! Agak loya tekak kami dibuatnya. Kami berpendapat, susu yang digunakan adalah susu pony yang diperah fresh dari atas gunung ni! Hahaaa.. Baru la organik kan! :p


Semua minum tak habis! Ni semua lagho amalan seton, membazir! hahaa. Nasib baik aku order air limau panas! :p


Lunch 

Nasi goreng telur : 400/2 = 200
Teh limau panas : 60

Total : 260 NPR


Cutenya anjing ni tengah tido! hehee

Sweet dream baby!


With kekmi, kak ipar tak jadi! ehhh.. hahaa

Restoran Mata Lapar! hahaaa


Happiness is, hiking with friends!


Pewai bersepai sedare!..... hahaa

take 5 dulu


Trek menuju ke Ghorephani adalah sangat indah! Hutannya yang terletak di atas gunung ibarat taman bunga yang luas terbentang! Kami dihidangkan dengan pokok bunga Rhododendron iaitu ‘Bunga Kebangsaan Nepal’ yang berwarna pink cerah! Selain itu, terdapat juga bunga yang berwarna putih, merah dan oren.


 Pemandangan di hutan amat menawan dan ceria.



"Find beauty in the little things"




"Look deep into nature and you will understand everything better." 

- Albert Einstein -



Amazing view sepanjang perjalanan!


Trek ABC yang diumpamakan "permata di Himalaya" ini sesuai didaki bermula bulan March iaitu akhir musim salji hingga Disember sebelum bermulanya musim salji. Bulan March memang sangat cantik pemandangannya iaitu bermula musim spring sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Bunga Rododendron memang sedang mekar nan indah!


Tadaaaaaaa! Sumpah cantik giler bunga-bunga kat sini!




Not all girls are made of sugar, spice, and everything nice. Some girls are made of adventure, brains and no fear!



Malam bulan di pagar bintang
Makin indah jika di pandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman




Bagai pungguk rindukan bulan! ehh




Big nurse

lil nurse



“I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.”

– Robert Frost



Trekking kampung ke kampung ini banyak menaiki tangga batu yang disusun rapi, pendaki harus banyak membuat latihan fizikal jika ingin sampai ke sini. Walaupun trek agak mudah tetapi stamina harus tersedia jika tidak mahu tewas!





Pintu gerbang perkampungan Ghorepani



Akhirnya, kami sampai di perkampungan Ghorepani 2860 meter yang juga dikenali sebagai Base Camp Poon Hill kurang lebih pada pukul 4:30 petang. Yeahhhh


Love hate relationship! I'm sick of it!

Stor kayu api



Di sini porter berhenti untuk melapor diri melalui permit kami di check point. Perkara ni sangat penting untuk merekod maklumat para pendaki yang akan pergi ke Poonhill esok hari.


Akhirnya, setelah 8 jam mendaki dari pukul 8.30 pagi dengan jarak perjalanan sejauh 10.3km, kami tiba di guesthouse. Kami menginap di Hotel Dhaulagiri yang mempunyai ‘one of the best viewpoint in the world’ iaitu view yang mengadap ke arah kawasan pergunungan yang indah!




Kebiasaannya pendaki akan bermalam di Ghorepani untuk ke Poon Hill pada awal pagi keesokannya. Ketibaan kami di sini disambut dengan cuaca yang mendung dan cuaca yang sejuk (2850 meter dari paras laut) Keadaan di sini juga sangat tenang dan agak sunyi dengan kelihatan penduduk tempatan bersantai bersama keluarga.


View dari tingkap bilik


Bilik yang disediakan adalah ringkas tetapi kemas dan selesa. Tandas dan bilik air juga bersih dan terdapat hot shower disediakan.

Dah sampai kat bilik boleh rileks2. Lepas tu aku nak mandi air panas. Tapi hot shower dia dekat tingkat bawah. Kami stay kat tingkat 3. Maka bermulalah peristiwa ngeri yang hampir meragut nyawa aku!




Disebabkan toilet tu mempunyai tingkap yang luas kat bahagian atas, so aku pun decide la untuk tutup sikit tingkap tu pakai sweater aku. Kang free show pula! hahaa.. Tapi nak guna hot shower dia, ada pakai gas untuk panaskan air ni. Bila on jer shower tu, ada gas yang meletup-letup keluar dengan percikan api sikit. Macam scary pun ada! Aku pun tak pasti gas apa. Aku bukak la sikit sweater aku kat tingkap tu kasi gas tu keluar. 


Tapi dah semakin lama, aku rasa pening dan kepala tetiba pusing! Aku pun cepat-cepat setel mandi, tetiba rasa sesak nafas nak rebah dalam bilik air! Bunyi gedeganggg, badan aku terlanggar pintu besi & terjelepuk aku jatuh terduduk kat lantai bilik air! Badan aku dah ketar habis, nak pakai seluar dah tak boleh berdiri lutut rasa longgar, pandangan mata jadi kabur! 

Tapi aku cuba bertahan, kemas semua barang mandi, cepat-cepat keluar! Hampir merangkak juga aku nak keluar dari bilik air tu. Nasib baik Soki & Kekmi ada kat luar tu. Memang aku nak pengsan & pitam dah sebenarnya. Kekmi terus papah aku naik ke tingkat 3! Nak naik tangga pun hampir tergelincir kekmi papah aku yang dah terkulai!


Fuhh.... suhu badan aku terus drop abis, ketar terok, rasa nak muntah & macam maut datang menjemput! Jantung aku berdegup kencang, dada rasa nak pecah! Aku dah mengucap banyak kali dah.. Masa ni aku ingat mati jer! 

Cik misi, Fuzah & Abi terus bagi rawatan kecemasan kat aku! Terus bungkus aku dalam selimut tebal & tampal hot patch kat tapak tangan dan kaki. Thank you korang selamatkan aku! I heart you guys! Serius aku nak menangis dah masa tu sebab rasa tak boleh bernafas! uhukkk


Lepas tu bila Aswin tahu, dia suruh aku keluar dari bilik lepak kat luar hirup udara segar kat luar. Sejuk giler kat luar tuh! Lepas 10 minit aku pun dah ok tak rasa sesak nafas lagi. Lepak kat dining room yang ada heater! Lega! Alhamdulillah, masih lagi bernyawa! Syukur!


Lepas tu Soki & Roja pun bagitahu, dorang pon ada rasa pening bila habis mandi & keluar jer dari toilet tadi tu. Semua pun dah trauma tak nak mandi kat toilet tu. Bertahan la untuk 3-4 hari lagi tak mandi semua! hahaa.. Dah kecoh pula berita pasal aku nak pengsan kat guesthouse nih! hehee


Ok bertenang semua, chill guys! 


Thank you Aswin yang banyak tolong, masa aku pewai & sakit! Begitu juga Abi, Fuzah, Kak Aimi & Roja yang banyak membantu aku! Rasa macam antara hidup dan mati jer sesak nafas terlebih hidu gas heater dalam bilik air tuh! Rasa insaf betul! Lepas tu aku dah ok dah! hehee


Satu perkara menarik yang diperhatikan pada setiap kali waktu makan, para guide dan porter akan menjadi waiter kepada guest mereka. Begitu juga dengan kami. 

Aswin akan mengambil order makanan kami dan seterusnya menghantar hidangan yang dipesan. Hanya setelah kami semua mendapat makanan masing-masing barulah kumpulan guide dan porter ini akan makan beramai-ramai di ruangan khas yang disediakan.

Happy nanny!
First lemme take a selfie!


Dinner time!

burger vege



Memang sakan bila order makanan! Ni kami share 5 orang gugurl. Lepas tu semua tak habis! Nasib baik ada geng jejaka idaman yang boleh tolong habiskan makanan ni semua! hahaa.. Thanks guys!


Dinner

Burger vege : 450
Spring roll : 500/5 = 100
Garlic sup : 250
Ginger tea : 90
Mushroom Soup : 300/3 = 100
Hot water : 100

Total : 1090 NPR

Hot shower : 100
Drink water : 100
Triple room : 800 per night / 3 = 267

Total: 1250 NPR 


Total lost :


Dinner + hotel : 1250
Lunch : 260
Buah : 200
Plastik baju hujan : 150

Total : 1860 NPR


Total lebih kurang RM72.00 perbelanjaan pada hari kedua trekking! Jimat juga sebab boleh share-share bayar untuk makan dan hotel!


Kami perlu mendapatkan rehat yang secukupnya memandangkan esok kami perlu bangun awal pagi untuk ke Poon Hill. Esok juga merupakan hari yang panjang buat kami dengan cabaran yang lain pula. 



To be continued....



Previous entry :












Comments

  1. perghhh...hebat la gang2 adik manis ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. yang jadi pening tu sebab tutup tingkap bilik mandi dgn sweater, gas tak boleh keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gas boleh keluar sikit cuma bila sedut gas tu rasa nak pengsan

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS