ABC Trip Part 5 : Taman Bunga dalam hutan



Assalamualaikum




23 Mac 2018 (Jumaat) 

Hari Ketiga Trekking (Chapter 2)

Ghorepani (2850m) - Tadapani (2590m)

10.30 am - 4.30 pm


Boys over flowers!

Dari Poonhill tadi, kami turun semula ke guesthouse untuk breakfast dan packing semula barang-barang.


breakfast makan :

Maggi sup = 250
air panas = 30 

Total = 280 NPR


Semangkuk maggi yang kosong ni lebih kurang RM10! hahaaa... Memang meninggal harga macam kat restoran 5 star pula atas gunung ni. So jangan membazir bab makan nih! hehee... Tunggu kat ABC nanti mau sampai RM30 demi semangkuk maggi sahaja ye lagi kalau ada tambah sebiji telur. Bertabahlah anak muda! Kalau nak jimat korang boleh bawa maggi sendiri lepas tu order air panas jer. Secawan air panas pun nak dekat RM2. Teh hijau tu aku bawa sendiri.


Secara geografinya kedudukan Tadapani (2590m) terletak lebih rendah berbanding Ghorepani (2850m), namun pada peringkat awal trekking kami melalui laluan mendaki yang agak mencabar dikelilingi kawasan berhutan. Kami meneruskan perjalanan ke Tadapani pada pukul 10.30 pagi yang mengambil masa selama 6 jam trekking.


Laluan pendakian pada peringkat awal ini juga agak 'sibuk' dan sesak dengan pendaki lain yang turut memulakan pendakian mereka. Laluan ini menjadi laluan utama bagi pendaki yang menuju ke Annapurna Base Camp (ABC).



Permulaan trek, kami akan mula mendaki tangga yang panjang & slowly makin tinggi. Macam tak de kesudahan dia punya tangga! hahaaa 


View kat sini macam di Poon Hill from the other side. Dan sepanjang perjalanan selama 2 jam juga kami dapat lihat view yang indah ini sehinggalah hilang dari pandangan. Hilang pun sebab trek seterusnya kami dah mula masuk ke dalam hutan.



Anak kambing yang cute!


Perjalanan seterusnya seperti entrance ke dalam hutan bunga rhododendron bagaikan alam mistik! Mula-mula masuk ke dalam hutan tebal, layan tangga beribu macam tak de kesudahan sampai semput, pewai bersepai! Macam masuk secrect door dalam cerita fairy tales, keluar-keluar je,

Taraaaa.....



The World Is Just so damn Awesome!


 Surprises on the Journey with the beautiful Rododhendron forest!


Terbentang luas bunga-bunga pink yang indah dan ceria menyambut kedatangan kami! Cantik sangat!


Take away your protective layers and open your heart to reveal your beautiful soul.

Goo Jun Pyo versi Nepal! hehee



Kat atas gunung, di tengah-tengah hutan belatara yang tebal, ada taman bunga yang begitu luas dan cantik & kuda-kuda liar menghiasi latar belakang pemandangan yang cukup indah! Syorga dunia! Mashaallah!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan (Ar-Rahmaan 55:13)

Aswin, model wannabe! :p

Gadis dan bunga

with kekmi


Magical layout of the garden




The clearest way into the Universe is through a forest wilderness.

-John Muir-




A flower blossoms for its own joy!


Trek yang pacak dan cuaca agak panas!



Rileks dulu santai-santai sambil layan view! Ni sebab awan tebal so tak nampak view snowcapped mountain kat belakang tu!


Badang Himalaya!


Aku nak try angkat beg dorang ni memang tak terangkat! Memang berat giler dorang bawa untuk 9 hari! Memang gagah betul porter nih! Respect!




Nasib baik abam gogo towing aku masa naik bukit yang pacak ni! Sebabnya aku dah pewai terok & mental agak koyak! Thanks awaa.. hahaa


Cuaca pada hari ini sangat baik dengan sinar matahari memancar agak terik. Kami dapat melihat langit yang membiru dan banjaran gunung memutih diselimuti kelompok kecil awan.



To Tadapani!



Di sini kami sekali lagi disajikan dengan pemandangan puncak-puncak gunung yang sangat indah dan mengasyikkan nun di kejauhan. 


Trek harini amat lah memerah keringat kami kerana ianya naik turun tangga dan merentasi gunung ke gunung! Bersepai sedaree.... haha





Altitud sekali lagi menjadi ujian terhadap kemampuan kami ditambah pula kami masih berasa keletihan setelah bangun awal pagi untuk mendaki ke Poon Hill awal pagi tadi.



Amazing tengok susunan batuan kat sini!


Aku pun tanya kat porter, Aswin. Apa tujuan dorang buat macam ni?

Aswin pun bagitahu ni adalah tempat masyarakat setempat berdoa dan berhajat. Batu yang disusun setinggi mungkin dengan batu yang terkecil di puncak susunan merupakan simbolisme dari doa yang dipanjatkan dengan ketekunan dan kesungguhan. 


Cara nak susun dia pun ada teknik sebenarnya. Sebab nak bagi dia stabil. Ramai juga pendaki yang lalu kat sini pun try nak susun batu-batu tu.


Aku pun acah-acah suruh Fizue buat macam ni untuk aku. Kot la dia ada berhajat untuk meminang aku ker?? kah3.... 

Pastu dia pun tegur, cakap benda ni sume syirik, khurafat dan mengarut! Tak pasal dapat la aku tazkirah free! Sekali dengan pak cik bawang si Aswin pun kena tazkirah, tah paham ke idok Aswin tuh! :p heheh.. Alaa chill la bro. Why so serious brada?? Why bother, why bother?? 


Dan aku pun berhuhuu...



Aku pun berlalu pergi meninggalkan batuan ni, jalan laju-laju kat depan dengan Fuza & Abi tinggalkan dia & Aswin kat belakang.... 

Krik krik krikkk...



Sebaik menjelang tengahari, kami berhenti rehat untuk makan. Perut pun sudah berkeroncong irama tradisional Nepal! Maggi pagi tadi pun dah habis hadam! hahaa

Lunch : 

Fried noodle = 360

Honey lemon = 100

Total = 460 NPR



Menariknya di kawasan pergunungan ini tidak terdapat ais di mana air minuman hanya disejukkan di dalam chiller sahaja. Maka usahlah berangan untuk mengorder Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais apatah lagi Sirap Bandung Ais di sini :P


Setelah berjaya mengenyangkan perut, kami bergerak untuk ke peringkat terakhir perjalanan menuju destinasi kami ke Tadapani. Pada ketika ini, kami dah letih amat kerana perjalanan yang sangat panjang pada hari ini. 



Cian Abi sakit perut & muntah-muntah! Barai bersepai! Nasib baik ada Cik Misi, Fuza leh bagi ubat. Makanan kat sini memang tak boleh masuk sangat sebab macam tak de rasa. hahaa.. Kami terpaksa juga makan untuk top up energy dan meneruskan perjalanan.


Perjalanan kami seterusnya banyak menyusuri denai-denai dikelilingi hutan yang menghijau. Sepanjang laluan kami juga terdapat sungai-sungai dan air terjun kecil yang indah. 



Perjalanan pada peringkat ini juga lebih banyak menurun namun terdapat juga beberapa pendakian yang tidak kurang mencanaknya.

kerbau tengah bersantai


Akhirnya setelah melalui hari yang panjang dan mencabar, pada pukul 4.30 petang dengan total jarak perjalanan sejauh 16.2km kami tiba di Tadapani, 2650m. Kami menginap di Fishtail Viewtop Lodge. Kami diberikan bilik di tingkat atas untuk berehat dan mengumpul semula tenaga setelah memerah keringat sepanjang hari ini.  

hotel triple room = 800/3 = 266.60 NPR. Satu malam bayar lebih kurang RM10 untuk penginapan. Murah kan! 


Kami berehat seketika untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebelum keluar semula untuk meninjau keadaan di Guest House. Seperti Guest House lain, restoran atau ruang makan ada disediakan di aras yang sama.

Dinner :

Hot water = 30
Fries chips = 450/3 = 150
Garlic soup = 250
sandwich = 550/3 = 183
wifi = 200

Total = 813 NPR


Breakfast esok pagi :

Hot water = 30
Plain toast = 150

Total = 180 NPR



Total lost for day 3 trekking :

Lunch = 460
Dinner = 813
Hotel = 266
Breakfast = 180

Total = 1719 NPR / RM66.12



To be continued.......





Previous entry :










Comments

  1. Mmg ditunggu2 sambungan trip ni..sgt2 memberi inspirasi..thumbs up..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS