Bukit Gasing 4.0 (full loop)


Assalamualaikum


Rentetan siri kedua pendakian #roadtoXueshan. Haritu training santai sangat kat Denai 3 puteri! hahaaa.. Kali ni aku nak naik Bukit Gasing pula. Selalu kalau aku naik bukit gasing ikut laluan yang biasa jer. Peluh pun macam hidup segan mati tak mahu jer dia keluar ...

 Tapi harini kita nak buat Full Loop. Bukan takat peluh jer tapi, memang rasa nak mati! hahaaa...


Trek bukit gasing ni umpama macam gasing la cerita dia.. Berpusing-pusing! So korang jangan pening ok! 

Jom layan!


My previous hike:



Meriah harini kat trek! Geng gadis-gadis!



Done first loop dalam 20 minit, sampai kat area kuil Hindu! Kat kawasan kuil tu dah tak boleh masuk dah sekarang. Dia tutup tak tahu lah kenapa, mungkin untuk ketenangan mereka nak beribadat! Tempat suci dorang kot? Tapi situ jer kawasan yang boleh tengok view lawa kat PJ nih..Maka marilah kita berhuhuu


Bersepai peluh weh! #sweatisafatcrying hahaaa...

Nak tengok trek dia boleh usha kat sini :



Next, lalu Kawasan tangki air


Daki tangga batu


Kat atas sini boleh la juga nampak view bandar PJ



Boleh tahan curam gap antara tangga dia! Sis gayat! hahaaa


“It feels good to be lost in the right direction”



"Me thinks that the moment my legs begin to move, my thoughts begin to flow." 


Next, jumpa jambatan gantung!

The suspension bridge.


Padu dikra nih! Bukan beshe-beshe... hahaa


Jambatan ke hati awaaa.... ehhhh



Next, jumpa trek jalan tar. Trek ni akan tembus ke Taman Rimba Bukit Kerinchi.



The concrete and steel bridge at the Pantai Dalam entrance.



Pinjam beg Rara, konon nak load training! Kat Xueshan nanti kami tak de porter... Sis tengah pikir mampu ke idok ni nak pikul beg besar! Takut tak sampai puncak je nanti kat Taiwan! hahaaa... 

Memang padu budak Rara ni sebab dia nak pergi trip V2 kot! Mendaki gunung tertinggi kat Banjaran Titiwangsa tu. Kalau sis memang idok la nak naik G7 sume tuh.. Sebab sis memang tak kuad nak bawak load berat-berat sampai seminggu dalam hutan! hahaa.. Memang tak leh bincang pewai dia nanti! :p


Jambatan besi ni terletak di Bukit Kerinchi. Di kawasan jambatan besi ni ada taman rekreasi dan juga parking space yang proper dan besar. Kalau nak senang parking boleh start hike dari entrance Taman Rimba Bukit Kerinchi.

Nak tengok keseluruhan kawasan taman ni leh usha sini :



The sisters
Isha, Nadz, Ana

Say cheese! :)

team gadis-gadis


 Dah puas bergambar kat jambatan ni, masuk semula dalam trek hutan untuk pulang ke main entrance. Haaa kat sini dah start pewai la... hahaa


Tangga ni memang maut! Pacak tak de diskaun gaissss! Agak mental sikit la... hahaa


Kena turun pulak! Kiranya ko kena turun tangga, sampai bawah, kena naikkkk pula tangga yang tinggi depan tuu...hahaha... Longgar juga la lutut! :p


Layan Tangga lagi sampai muntah! Mencanak... hahaaaa.. Tangga tak berpenghujung namanya nih... Barai!



In a nutshell, lebih 3 jam juga kalau nak layan semua trek aka full loop Bukit Gasing ni.. Memang pewai bersepai sedara. Bukit Gasing ni bukan biasa-biasa, boleh tahan padu trek dia especially part tangga tu untuk training!...hahaaa

 So happy hiking guys... See ya in the next trip! 

Kita layan gunung pula!
















Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS