PJ Half Marathon


Assalamualaikum


Heiii what's up gaissss! 

Kali ni kita nak main lari-lari kat PJ Half Marathon 2019.



Date: 25 August 2019
Venue: Dataran Petaling Jaya
Time: 04:30 am
Location: Malaysia
Categories: Half Marathon, 10 km, 30 km, 3 km


Entry fees :

30 km - RM 90
21 km - RM 80
10 km - RM 58
3 km - RM 40




Hello pulis, ha ni sis nak melaporkan... ada kes kecurian masa peserta larian! hahaaa


Awal pagi lagi dah start drama. Rumah kami tak de letrik, tapi nasib baik sis teringat bawak bib. Ni si Madi dia terlupa bawa bib larian sebab keluar rumah dah lewat dah tak nampak kat mana dia letak bib. Satu taman blackout gelap gelita time suboh tu. hahaa

Sampai je kat starting line dah lewat lebih kurang 20 minit, semua peserta dah start lari. Tapi disebabkan Madi xde bib urusetia kat sini tak bagi lari.. Ehh.. what the heckk.. Banyak songeh plak budak yang jaga nih! Orang dah bayo mahai-mahai dia tak bagi start pula. So memang bergaduh juga la. 


Tapi kami yang lain dah lari dulu sebab nak habiskan run ikut cut-off time. Tetiba dah 1km kemudian, Madi memecut laju! Wowww padu juga minah ni lari ingat ke dah tak dapat masuk tadi. hehee.. Dia pula berdesup tinggalkan kami kat belakang. Sempat dia bebel kat budak yang jaga tadi dia tak kira, di nak lari juga! hahaa


Thanks Lan Lui Lui yang jadi pacer sis! hahaaa




Ni first time sis masuk larian tetiba hujan turun dengan lebatnya! Tengah syok berlari, mula-mula hujan renyai-renyai je. Masuk ke KM yang ke 5 kot, hujan tetiba lebat nak mati! Fuhhhh, rasa macam nak lipak jer. Tapi memandangan jauh lagi nak sampai finishing line, sis redho... hahaaa

Nak berteduh pun tak de tempat sebab kat jalan raya. Nak tak nak lari je la laju-laju sebab kesejukan dah basah lenjun dalam hujan! hahaa


Distance : Flag Off | Cut Off Time

30km: 0430am | 5hrs
21km: 0500am | 4hrs
10km: 0700am | 2hrs

3km 0715am | 1hrs


Entitlement:

- Event T-Shirt
- Finishing Medal
- Timing Chip (except 3km)
- Finisher Tee ( 30km & 21km only)
- Bib No.
- E-Cert (except 3km)


Finally berjaya juga semua menghabiskan larian sebelum cut-off time! hahaa



Medal dia memang lawa giler gaiss!



Untuk 30km & 15km saiz medal dia besar sikit dari yang 10km & 3km



Ramai geng-geng hiking dah beralih arah sekarang masuk marathon pula tak pon trail running! hahaa... Padu dorang ni masuk 30km dan 21km. Bukan kaleng-kaleng!

Sis 10km jer mampu.... hahaa


Bergaya dengan medal masing-masing!





Actually, sis teringin nak masuk half marathon. Tapi tak tau la mampu ke idokk.. hahaa.. Sebab sis takuadddd.. Kena training lari selalu. Ni training pun tak de.. Main redah jer masuk 10km. Sebab t-shirt & medal dia cantik! hehee


Ni pompuan ni lari berdesup! Sis tercicir jauh kat belakang! hahaa




Lepas run bantai makan roti canai! hahaaa... Sia-sia jer bako kalori tadi! 
Kalori intake melebihi kalori burn. Mana tak gemoknya sis! hehee



Demi sesuap mileage! hahaa







In a nutshell, running is done! See ya in a next event!




Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS